Thursday, March 28, 2013

I Deserve Nothing




Assalamualaikum...

This is really pathetic to me. Makin lama aku makin menyedari, aku deserve nothing. Aku dah try discover my own ability, but, nothing. Aku tak ada satu pun kelebihan yang khusus. Aku sederhana dalam semua perkara. Adakah ini bagus untuk aku? Kenapa aku rasa sedih ?

Aku lihat, setiap orang di sekeliling aku, semuanya ada kelebihan mereka tersendiri. Contohnya, pandai masak, terror dalam subjek2 tertentu,  hebat sukan and banyak lagi. Tapi aku....aku tak pandai masak, aku tak ada subjek2 tertentu yang aku hebat, aku tak ada kelebihan yang khusus. That's why aku tak boleh tentukan matlamat aku! tak boleh tentukan cita-cita aku! tak boleh tentukan masa depan aku! Aku rasa aku tak ada gunanya.....aku rasa marah kat diri sendiri ! Marah! Kenapa aku macam ni? :'( Sedihnyaaaaa....Jelousnyaaa kat kawan-kawan...

Mak selalu kata, kalau tak ada apa-apa waktu hidup kat dunia, sekurang kurangnya kita ada bekalan untuk akhirat. Tapi aku, dua dua pun tak ada. Aku tau sebab ianya diri aku sendiri..Aku belajar selama ini, hanya untuk menunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang anak, dan sebagai seorang manusia yang sentiasa memerlukan serta dahagakan ilmu.

However...aku tau, aku harus bangkit. Aku tak harus goyah hanya kerana aku tiada kelebihan tertentu. Mungkin kelebihan  ialah tidak tahu berputus asa. Yess, i admit it. Aku tak pernah rasa putus asa. Malah, aku akan lebih bersemangat untuk mencapai matlamat aku. :) aku dah penat fikir apa matlamat aku, apa cita cita aku, apa yang aku minat...aku cuma perlu yakin pada diri sendiri. Kan :)

Aku mengaku, aku selalu angkuh dengan kelebihan aku yang tak seberapa. So, bila aku jumpa orang yang lebih hebat daripada aku, barulah aku sedar, aku masih kurang hebat. Aku masih perlu belajar. Thanks to Allah kerana dah menyedarkan aku. Kita tak seharusnya angkuh, lalai, riak dengan kelebihan yang kita ada.

Akhirulkalam, aku dah boleh senyum :)  Ada hikmahnya Allah jadikan aku sebagai manusia yang sederhana. Dia ingin aku tingkatkan usaha, dan tidak akan pernah berputus asa. Aku harap, apa yang berlaku kat aku, akan jadi pengajaran buat semua. :) InsyaAllah.

p/s : exam baru baru ni teruk >< . Tapi banyak subjek yang meningkat. InsyaAllah, akan aku tingkatkan semuanya. :)

They plan and Allah plans. But Allah is the best PLANNERS.


Sunday, March 10, 2013

Faktor kekusutan

Maaf, sila abaikan gambar ini kerana tiada
kena mengena dengan entrynya. wakaka

Malam ni aku just nak luahkan perasaan aku. Kepala aku kusut sangat. Aku tak boleh study. Banyak faktor yang mmengusutkan kepala aku ni. And maybe faktor-faktor ni jugak sama dengan faktor kekusutan yang di alami oleh pelajar yang lain.
Antaranya,

1) Malas.
-Penyakit ni memang berbahaya, membunuh secara senyap. Sekali hang malas, susah nak rajin  balik. Haa, sekarang penyakit ni sedang menular dengan jinaknya dalam diri aku. Maybe lagi jinak daripada kucing yang hampa bela. So, aku benci malas! Tapi aku tak mampu mengawalnya. Huahua. Bila malas ni, sure banyak kerja kita yang bertangguh kan. Then, for sure jugak, mesti kita akan rasa bertambah kusut bila satu persatu kerja bertambah akibat malas.

2) Keluarga
-Aku paling benci bila ada masalah keluarga. Sebab apa? Sebabnya keluarga yang paling dekat dengan kita. Kadang kadang rasa macam nak lari dari rumah. Nasib baik iman masih kuat, i mean, nasib baik aku cerdik. Yolahh, mau aku lari dari rumah, aku nak makan apa? Nak tidur kat mana? Keselamatan aku terjamin ka? Larat ka aku nak lari jauh jauh? Nak lari 100meter pun dah penat. So, lebih baik aku mengurungkan diri dalam bilik sambil menahan perut aku yang panas akibat terletak overdose pati halia. Ohh...

3) Duit
-Hang ingat hidup dasawarsa ini pakai baju dengan seluar saja ka? Duit mau ada maa. Hang tak ada duit memang tak boleh nak hidup dengan selesa kat dunia ni. But, kerna duit juga laa, kepala hotak aku kusut sekarang. Duit nak pakai untuk segala macam urusan. Memang lack of money la sekarang ni. Ayah aku memang tak kerja hebat macam orang lain yang mak pak depa president america, Mark Zuckerberg ka, Paris Hilton ka, Jackie Chan ka, James Chadwick ka(budak baru lepas study kimia la katakan)..Hmmm...

4) Exam
-Bila tibanya exam week, memang tidur tak lena, makan tak basah, mandi tak kenyang. Ehh? Asyik pikir exam je(maklumlah pelajar cemerlang, wakaka) . Tapi sungguh lah, kusut sangat sebab aku burn the midnight oil. Hampa paham? Aku study last minute. Itu membuatkan kepala aku kusut memikirkan banyak lagi bab yang aku perlu habiskan study malam ni. Emm, hampa rasa yang ni salah aku ka? Salah aku la yer? Ok, hampa diam. Aku tak bersalah.

5) Blogger
-Haa, disebabkan entry ni, aku tak study. Well, ni yang lagi kusut! Arghhhhhh!

*Actually, we can overcome this problem of being frustration by :
1. Talk to a friend
2. Write your successes and failures in a journal 
3. Accept reality
4. Track your progress
5. Take a long walk .
6. Stop blaming yourself 
7. Stop being angry 
8. Take a hot bath or sleep it off 
9. Be around positive people
10. Try to be positive 

*Remember, it is how we deal with it that is important.


Allah is the Best Helper :)


Friday, March 8, 2013

Tutorial Printscreen

Assalamualaikum, hai :)

Aku sungguh bosan hari ini, so, aku nak buat satu tutorial. Maybe ramai yang dah tahu kan tapi aku tetap gedik nak buat jugak. Ada aku kisah? Hahahaha

First of all, korang tekan shift+prt scr .  'prt scr' tu ada kat bahagian atas keyboard. Cari la sendiri kat keyboard tu. Pemalas betul. Then, korang bukak paint. Dah bukak paint. Korang tekan 'paste' macam gambar kat bawah ni.
Preview only

         Tadaaa, hahahaha. Dah printscreen pun. Mudah kan :)

Preview only
Korang boleh la edit pakai paint ni. Dah edit apa semua korang boleh la 'save' . Hee
Tutorial ni mudah, that's why aku galak nak buat. Kekeke Sory k over -.-
Selamat mencuba :)

Pelukis Profesional


Assalamualaikum and hai ! :D
Hohoho, hari ni sempat update story ckit. Setelah penat menghadapi seminggu exam. Petang ni nak santai dulu. kikiki

Kemarin , waktu aku tengah khusyuk menyelongkar kotak yg ada kertas-kertas soalan exam tahun-tahun lepas punya, aku terjumpa khazanah aku yang berharga bagi aku. Wakaka! (berharga la sangat)
Haa, ini dia khazanah aku tu....
sory if tak jelas, pakai pencil je
Apa tengok-tengok?

Tom Rider

hohoho

hok ni paling payah nak lukis

salah satu drawing aku yang aku suka ^^ cute

lukisan tak seimbang

Hitman Reborn (maaf, yang atas tu ganggu je)

lengan dia kurus sangat. kikiki

watak dalam manga yang aku cuba hasilkan tapi tak jadi. wakakaka

serabut, kan? kalau hampa boleh baca, baca je la k :)

*sorry gambar tak jelas sangat, snap pakai phone je.
Hampa mesti tertanya tanya kan, kenapa semua lukisan buruk ni merupakan khazanah aku? Actually, salah satu hobi aku ialah melukis. Aku suka melukis. Tak kira lah kat mana pun. Kertas exam ke, surat khabar ke, bil elektrik ke, semuanya aku sapu. Tapi, itu dulu. Sekarang, tangan aku dah tak kreatif. Sebab hampir tiga tahun aku tak melukis. Maklumlah budak PMR time tu and SPM pulak sekarang. Busy sentiasa.

Semua lukisan ni adalah lukisan terakhir yang aku lukis secara serius, time aku form 2. Memang macam lukisan orang pro kan ? PROSAK :p
*banyak lagi act, tapi aku malu la nak tunjuk lebih lebih* hehe :}

Haa, ni pulak lukisan aku yang pertama aku hasilkan selepas lukisan yang kat atas tu.

muka sebelah ja

I'm muslimah girl :)



waiting for someone :(
So, ada beza tak lukisan dulu dengan sekarang? Haha, entahlaaa, Aku harap lepas SPM nanti boleh la aku melukis semula. And secara lebih serius. Aku nak tingkatkan kreativiti aku. Dan sekiranya aku rasa aku boleh master bab ni, aku akan ambil keputusan untuk teruskan pembelajaran aku di peringkat universiti dengan course creative multimedia. InsyaAllah :)

Tuesday, March 5, 2013

Tidur Siang Hari (Qialulah)

Imam Al Ghazali di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’ telah berkata: “Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor.”



Syaitan tidak melakukan Qailulah, oleh itu orang-orang mukmin yang melakukan Qailulah atau tidur sejenak sebelum solat Zohor selama 10-40 minit akan memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari.


Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti.

Sabda Rasulullah S.A.W:"Lakukanlah qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani untuk melakukan qailulah". (Riwayat Al-Thabrani).



Haa, so, kita semua dah tahu kan manfaat qialulah ni, sunnah nabi juga. Aku kan exam minggu ni. Memang kepala otak ni telah digunakan semaksima mungkinlah. Aku sangat sangat lah menyokong qialulah. Tahun lepas, apabila aku rasa letih dan mengantok sangat time exam, aku akan tidur dalam 5-10 minit jugak lah. Bila bangun, aku rasa cergas semula and automatik idea datang mencurah curah. Bagaimana dengan hampa semua pulak? 

Tiba-tiba hari ni, pk pentadbiran sekolah aku marah budak budak tidur time amik exam. Yelah, mungkin dia tak mahu kami membuang masa tapi kalau budak tu tengah qailulah, biarkan saja..Hampa pun kena ingat, nak qialulah pun biar kena tempat. If rasa dah mengantok teruk sangat or dah tak leh pikir baru lelap.

Tapi, exam akhir tahun lepas, sekali pun aku tak tidur, memang tak sempat nak tidur pun. Memang pulun habis habisan lah. HAHA 

Hari ini? Hahaha, paper 3 Bio memang sah sah nak lingkup. Plan experiment yang soalan last tu aku tak boleh jawab. Soalan tu tak familiar. Sebab tu tak study and hasilnya, tak boleh jawab. But, it's okey, aku pasrah. Setakat tu ja yang aku mampu. Hampa jangan jadi macam aku, study semua tau, pastu qialulah time jawab exam k. Muehehe..Dah la merepek. tatata



Saturday, March 2, 2013

Marilah Menuju Kejayaan

Assalamualaikum, 

Minggu depan dah start exam bagi form5 and form4 SMKAA. A little bit nervous. Hari Khamis yang lepas, form5 ada satu majlis iaitu Majlis Ikrar Gemilang. Sebelum majlis tu, kami semua berkumpul kat dewan untuk satu ceramah motivasi oleh guru kaunseling kami. Alhamdulillah, banyak ilmu dan tips2 yang berguna yang kami dapat. Antaranya...

  • Gangguan Utama Kejayaan
  1. Rakan - Semestinya kita perlu berkawan dengan orang yang juga ingin berjaya bukan hanya mengejar keseronokan semata mata. Tapi, bagi aku, aku akan kawan semua. Bila rasa nak belajar cari kawan yang nak belajar jugak. Bila nak berseronok cari kawan yang nak berseronok juga. Baru sempurna hidup. Hehe. Apapun, kawan yang membawa kita ke lembah kesesatan janganla kita nak ikut pulak k. Kawan je. Jangan ikut dia. :)
  2. Diri Sendiri - Apabila diri kita tiada kesungguhan bagaimana mahu berjaya? Selalu berfikiran positif juga. Kita kena yakin kita mampu mencapai kejayaan.
  3. Muka Buka - Facebook sebenarnya menganggu kita. Kita seperti ketagih akan facebook. Mengapa? Sebab ia bersifat keseronokan. Apatah lagi bila kita post something, mesti kita akan sentiasa menunggu feedback rakan rakan facebook. Kan?
  4. Berpasangan - Bila ada pasangan, pelbagai emosi mampu kita hasilkan. Bila emosi terganggu, rasanya kita boleh study tak? 
  5. TV/Komputer - Minimumkan waktu bersama tv dan komputer. Tapi, aku pulak yang tak minimumkan waktu bersama komputer. Maklumlah tengah menaip sekarang bukan baca buku padahal nak exam minggu depan. hehe
  6. Telefon/SMS - Pelajar ni tak memerlukan phone sebenarnya. Entahla, bagi aku penting. muehehehe. Tapi, aku ngaku, handphone memang menganggu.
  • Kaedah Merangsang kedua dua Belah Otak
  1. Gunakan kedua dua belah tangan semasa belajar
  2. mengalihkan posisi duduk jika berasa letih
  3. Berdiri sebentar
  4. Gerakkan kaki
  5. Gunakan highlighter untuk fakta penting
  6. Gunakan bau wangi
Pelajar cemerlang ialah pelajar BIASA yang berusaha secara LUAR BIASA demi mencapai matlamat hidupnya.

Haa, tu ja yang aku sempat salin, yang lain tu semuanya scan masuk kepala otak haha. Tibanya Majlis Ikrar Gemilang, mak ja yang ada kat sebelah, ayah entah kemana. huhu. InsyaAllah, aku akan tunaikan ikrar aku yang mana mak dan cikgu cikgu menjadi saksinya. Target aku ialah 10A1B , insyaAllah akan aku gapainya juga. Cuma satu soalan yang aku pasti tak boleh jawab, "apakah cita-citaku?" Entahla, aku tak ada cita cita yang khusus. Yang aku tau, aku nak belajar. Niat kerana Allah. Cita-cita tu nak pikir lepas amik exam nanti lah. heh. #PrayForMeYa

my target
yang merah tu matapelajaran yang lemah (:


GoodLuck untuk semua :)