Wednesday, August 15, 2012

Tips strategi belajar pada bulan ramadhan

Assalamualaikum, 
Pada hari yang indah ini, aku nak share sikit tips yang aku jumpa dalam majalah Fokus SPM . Harap2 berguna lah yer. Kita selalu pikir, kita berpuasa, mestilah letih, jadi kita buat tak endah akan pelajaran. (Bagi yang bakal menduduki Trial SPM&PMR harapnya tak la begini ea ^^). Sebenarnya, bila berpuasa kekuatan kita akan lebih daripada kekuatan diri orang yang tidak berpuasa. Kenapa ? Kerana apabila berpuasa kita dilatih untuk bersabar, menjauhkan diri dari perkara mungkar dan menjalani kehidupan seharian seperti biasa walaupun lapar.

So, ini strategi belajar yang perlu kita ikuti sepanjang bulan ramadhan ini.



1. Bercuti dari mengulangkaji ?
   It's mean, adakah kita perlu bercuti daripada mengulangkaji pelajaran kerana berpuasa dan letih ? Adakah kita akan melipatgandakan semula usaha selepas hari raya. Semestinya, kita akan rasa menyesal kerana kita akan ketinggalan jauh dan mengalami kerugian besar dengan membiarkan masa berlalu begitu sahaja.


2. Tetap gigih berusaha
Kenapa perlu tunduk dengan kelaparan ? Mengapa perlu mengalah dengan keletihan ? Justeru, kita seharusnya mengambil peluang ini dengan tetap gigh berusaha kerana kita mempunyai banyak masa apabila tidak makan. Jika hari ini kita tunduk dengan kelemahan diri, kita tidak akan kuat pada masa hadapan.


3. Cabaran utama
Kelaparan , keletihan dan rasa mengantuk sememangnya merupan cabaran buat kita sewaktu menjalani ibadah puasa. Oleh itu, kita perlu meminimunkan cabaran cabaran tersebut.
a. mengambil makanan berkhasiat
b. tidur yang secukupnya
c. sesuaikan gaya dan trend pembelajaran 
d. jangan tinggal sahur
4. Memanfaatkan masa
a. Jangan tidur selepas sahur sebaliknya bacalah buku, menelaah atau mengaji.
b. Membaca fakta@nota seperti sejarah atau geografi sementara menunggu waktu berbuka 

5. KUALITI vs KUANTITI
Kita perlu ingat bahawa kualiti lebih pening daripada kuantiti. Lebih banyak ilmu yang dapat dikuasai dalam masa satu jam menelaah dengan penuh tumpuan berbanding tiga jam menghadap buku dengan fikiran yang melayang entah ke mana.

Semoga ianya berguna dan dapat di amalkan walaupun bukan pada bulan puasa ! 
Selamat beramal :) 


#actually entry ni nak post lama dah cuma tak sempat, takpa lah, share jugak nohh, boleh guna bila2 masa or tahun depan pulak !

Ramadhan makin pergi

Assalamualaikum,

Kita sudah maklum , bulan Ramadhan kian pergi meninggalkan kita. Sedih :'(
Kita juga sedia maklum, pada 10 malam terakhir, terdapat malam Lailatul Qadr iaitu lebih baik dari seribu bulan. 
Nak tahu lebih lanjut tentang lailatul qadar? klik SINI 
Bagi yang benar benar ingin bertemu dengan malam yang mulia ini sudah tentu begitu berusaha mencarinya.
Malangnya, yang aku nampak skrg ni ramai yg beriktikaf di pasaraya lagi. Perghh, skrg kan tgh buat MURAH SALE sempena raya. Hmmm. My baju raya pun takbeli lagi actually. Pakai baju tahun lepas takpa kot nohh :3 . Apapun, aku nak pesan, bersederhanalah dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba taklama lagi. 
Heyy, bulan ramadhan dah nak pergi, dah khatam ke aQ ? Haaa, kalau belum jum juin aku speed up baca Quran tapi tajwid tetap kena jaga :D
Hari ni hari sekolah tapi aku takpi, *innocent* . Saya kan demam so, ambil cuti awai takpa aihh<ayat kaver.

HAHA ^^, cukup lha dah aku merepek. :D . Sebelum tu aku nak tulis sesuatu kat 'Ramadhan'.

Dear Ramadhan,

I wish you could stay forever :)
So, muslims will be at their best of iman. :D


                                  Sincerely, Aishah :)


Monday, July 30, 2012

Budak baru belajar

Assalamualaikum, hai !

'Budak baru belajar' . haha, aku dah lama belajar, semenjak tadika lagi. Tapi, hari ni aku jadi budak belajar guna photoshop ! I am so excited because my first try was success ! Hehe , see header yang hodoh tu ? Nahhh, budak baru belajar, nak buat gena kan..haha, i will try to improve my skill..Thanks to my friend, wafi sebab bagi aku copy photoshop cs4 dia ni. Penat download takpenah nak berjaya..Lastly ada rezeki tergolek kita amik je lah ! Hoho . 


Emm, about my life, still the same lah. Of course, aku orang yang paling sedih sebab kawan kawan aku buat tak hairan ja kat aku. OMG, hampa takpeduli ka aku keluar ke tak ? aceehh, bunyi macam merajuk lak. Tapi lebih kurang aku merajuk la yang aku keluar asrama tu tapi...takpe lahh. Orang dah memang takpeduli kat kita nak buat gena..weyh, aku pasrah ja. Tapi, aku nak ngaku aku SAYANG hampa . :(

Back to the big point, yaa, tak salah mencuba sesuatu yang baru. Err, bagi orang yang memang dah pro jangan la ketawakan aku sebab berjaya buat header yang hodoh tu ja. Im still learning. Hoho


Bagi sesiapa yang ingin belajar menggunakan photoshop seperti saya boleh la singgah sini Tutorial Photoshop
Selamat mencuba ! :)