Saturday, May 11, 2013

Full House

Assalamualaikum 
Minggu ni minggu exam tapi...malangnya aku buat hal lagi -.-
Setiap kali exam ja mesti aku addicted kat manga, facebook and movie. Hadoii, aku pun mula la tak study. Entah kenapa aku jadi camni? Susah betoi laaaa nak kawai nafsu ! 

Hampa tau dak la ni aku baru habis tengok cerita apa? FULL HOUSE :) . HAHAHA. Start dari hari khamis  yang lepas aku tengok. Then, aku langsung tak study. Buku letak ja depan lappy. Hmmmm. Hope hampa semua tak jadi macam aku. Aku rasa aku memang failed pulak add math kali ni. Serius aku menyesal tengok full house. Huhu. 



Full House.
Dulu aku dah penah tengok, tapi lama dah laaa. Tapi waktu tu kecik lagi. Belum matang. Tengok pun dengan tak ada perasaan. Hahaha. Btw, this's the best korea drama ever bagi aku :') . 

-Sinopsis-
Han Ji-eun, an aspiring script writer, lives in a house called "Full House" built by her late father. One day, her two best friends trick her into believing she has won a free vacation. While she is away, they sell her house. On the plane, she meets a famous actor named Lee Young-jae. Through comedic events, they get acquainted during her vacation and when she returns, she discovers her house has been sold to him.
Though they don't get along with each other as she is messy and he has a bad temper and likes cleanliness, they agreed to live with each other. At first, Ji-eun works as his maid in order to buy her house back, but because of Young-jae's wish to make the love of his life and Kang Hye-won jealous, they get married. They set up a contract for the marriage to last six months. During that time, complications arise and Ji-Eun and Young-Jae become attracted to each other.

Sweet sangat sangat. Suka tengok depa gaduh. Suka memang suka tapi hang tu tak study pun aishah oi ! -.-
Oke, nevermind. Haa, aku paling benci kawan-kawan Han Ji eun tu. Kawan apa macam tu. Aku taknak kawan kawan macam tu. Hurmmm, mintak disimpangkan :) And, aku palingg suka tengok Young Jae buat muka comel, perghhhh, melting habehhh!

Well. Hampa tau dak apa rancangan aku lepas ni? Study? Nowayyy...sambung tengok full house la! MasyaAllah. -____- baibai

Thursday, March 28, 2013

I Deserve Nothing




Assalamualaikum...

This is really pathetic to me. Makin lama aku makin menyedari, aku deserve nothing. Aku dah try discover my own ability, but, nothing. Aku tak ada satu pun kelebihan yang khusus. Aku sederhana dalam semua perkara. Adakah ini bagus untuk aku? Kenapa aku rasa sedih ?

Aku lihat, setiap orang di sekeliling aku, semuanya ada kelebihan mereka tersendiri. Contohnya, pandai masak, terror dalam subjek2 tertentu,  hebat sukan and banyak lagi. Tapi aku....aku tak pandai masak, aku tak ada subjek2 tertentu yang aku hebat, aku tak ada kelebihan yang khusus. That's why aku tak boleh tentukan matlamat aku! tak boleh tentukan cita-cita aku! tak boleh tentukan masa depan aku! Aku rasa aku tak ada gunanya.....aku rasa marah kat diri sendiri ! Marah! Kenapa aku macam ni? :'( Sedihnyaaaaa....Jelousnyaaa kat kawan-kawan...

Mak selalu kata, kalau tak ada apa-apa waktu hidup kat dunia, sekurang kurangnya kita ada bekalan untuk akhirat. Tapi aku, dua dua pun tak ada. Aku tau sebab ianya diri aku sendiri..Aku belajar selama ini, hanya untuk menunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang anak, dan sebagai seorang manusia yang sentiasa memerlukan serta dahagakan ilmu.

However...aku tau, aku harus bangkit. Aku tak harus goyah hanya kerana aku tiada kelebihan tertentu. Mungkin kelebihan  ialah tidak tahu berputus asa. Yess, i admit it. Aku tak pernah rasa putus asa. Malah, aku akan lebih bersemangat untuk mencapai matlamat aku. :) aku dah penat fikir apa matlamat aku, apa cita cita aku, apa yang aku minat...aku cuma perlu yakin pada diri sendiri. Kan :)

Aku mengaku, aku selalu angkuh dengan kelebihan aku yang tak seberapa. So, bila aku jumpa orang yang lebih hebat daripada aku, barulah aku sedar, aku masih kurang hebat. Aku masih perlu belajar. Thanks to Allah kerana dah menyedarkan aku. Kita tak seharusnya angkuh, lalai, riak dengan kelebihan yang kita ada.

Akhirulkalam, aku dah boleh senyum :)  Ada hikmahnya Allah jadikan aku sebagai manusia yang sederhana. Dia ingin aku tingkatkan usaha, dan tidak akan pernah berputus asa. Aku harap, apa yang berlaku kat aku, akan jadi pengajaran buat semua. :) InsyaAllah.

p/s : exam baru baru ni teruk >< . Tapi banyak subjek yang meningkat. InsyaAllah, akan aku tingkatkan semuanya. :)

They plan and Allah plans. But Allah is the best PLANNERS.


Sunday, March 10, 2013

Faktor kekusutan

Maaf, sila abaikan gambar ini kerana tiada
kena mengena dengan entrynya. wakaka

Malam ni aku just nak luahkan perasaan aku. Kepala aku kusut sangat. Aku tak boleh study. Banyak faktor yang mmengusutkan kepala aku ni. And maybe faktor-faktor ni jugak sama dengan faktor kekusutan yang di alami oleh pelajar yang lain.
Antaranya,

1) Malas.
-Penyakit ni memang berbahaya, membunuh secara senyap. Sekali hang malas, susah nak rajin  balik. Haa, sekarang penyakit ni sedang menular dengan jinaknya dalam diri aku. Maybe lagi jinak daripada kucing yang hampa bela. So, aku benci malas! Tapi aku tak mampu mengawalnya. Huahua. Bila malas ni, sure banyak kerja kita yang bertangguh kan. Then, for sure jugak, mesti kita akan rasa bertambah kusut bila satu persatu kerja bertambah akibat malas.

2) Keluarga
-Aku paling benci bila ada masalah keluarga. Sebab apa? Sebabnya keluarga yang paling dekat dengan kita. Kadang kadang rasa macam nak lari dari rumah. Nasib baik iman masih kuat, i mean, nasib baik aku cerdik. Yolahh, mau aku lari dari rumah, aku nak makan apa? Nak tidur kat mana? Keselamatan aku terjamin ka? Larat ka aku nak lari jauh jauh? Nak lari 100meter pun dah penat. So, lebih baik aku mengurungkan diri dalam bilik sambil menahan perut aku yang panas akibat terletak overdose pati halia. Ohh...

3) Duit
-Hang ingat hidup dasawarsa ini pakai baju dengan seluar saja ka? Duit mau ada maa. Hang tak ada duit memang tak boleh nak hidup dengan selesa kat dunia ni. But, kerna duit juga laa, kepala hotak aku kusut sekarang. Duit nak pakai untuk segala macam urusan. Memang lack of money la sekarang ni. Ayah aku memang tak kerja hebat macam orang lain yang mak pak depa president america, Mark Zuckerberg ka, Paris Hilton ka, Jackie Chan ka, James Chadwick ka(budak baru lepas study kimia la katakan)..Hmmm...

4) Exam
-Bila tibanya exam week, memang tidur tak lena, makan tak basah, mandi tak kenyang. Ehh? Asyik pikir exam je(maklumlah pelajar cemerlang, wakaka) . Tapi sungguh lah, kusut sangat sebab aku burn the midnight oil. Hampa paham? Aku study last minute. Itu membuatkan kepala aku kusut memikirkan banyak lagi bab yang aku perlu habiskan study malam ni. Emm, hampa rasa yang ni salah aku ka? Salah aku la yer? Ok, hampa diam. Aku tak bersalah.

5) Blogger
-Haa, disebabkan entry ni, aku tak study. Well, ni yang lagi kusut! Arghhhhhh!

*Actually, we can overcome this problem of being frustration by :
1. Talk to a friend
2. Write your successes and failures in a journal 
3. Accept reality
4. Track your progress
5. Take a long walk .
6. Stop blaming yourself 
7. Stop being angry 
8. Take a hot bath or sleep it off 
9. Be around positive people
10. Try to be positive 

*Remember, it is how we deal with it that is important.


Allah is the Best Helper :)