Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Sunday, December 25, 2011

Auratmu suatu kewajipan !

Assalamualaikum..

Hehe, rajin lak aku update blog ea sekarang :D . Aku tengah sedih ni, sedih sebab bab aurat org ke tepi kan. Sekarang ni aku lihat, wanita wanita yang mengaku Islam ramai yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Kadang2 bila aku tanya, depa jwb "alahh, org kg ni dah biasa lihat aku tak pakai tudung, nnti depa kata apa pula kalau aku tetiba tukar imej." Wow, terkejut aku dgn jawapan sebegitu. Hurm, sebenarnya, tak kira lah dalam rumah ka, luar rumah ka, dalam kg ka, luar kg ka..semua tmpat kita perlu menutup aurat.

Kadang2, bila orang datang rumah kita, kita keluar tak tutup aurat dalam hati kata "alah, rumah aku, ikut suka la aku nak buat apa." Huhu, sedih kalau orang pikir camni.



perhatikan gambar2 di atas, tu kesalahan yg selalu berlaku
dan kita tak menyedarinya.


 nak tau lebih lanjut ? klik SINI

Buka Aurat vs Tutup Aurat


BA: Aku tetap nak buka aurat!
TA: Aku tetap nak tutup.

BA: Orang suka aku buka. Cantik katanya.
TA: Ada orang kata tak cantik tutup?

BA: Buka ni fesyen.
TA: Tutup still boleh berfesyen.

BA: Bila buka, ramai terpikat. Jodoh senang.
TA: Tutup – lebih ramai terpikat. Jodoh senang dpt yg soleh.

BA: Ketinggalan zaman tutup2 ni.
TA: Arahan al-Quran tak lapuk dek zaman.

BA: Dah rasa baik sangatla tu tutup aurat tu.
TA: Ada aku kata ko tak baik? Atau ko sendiri yg tetibe rasa diri tak baik?

BA: Tutup pun kena fitnah gak. Mulut cam harem fitnah org gak yg tutup aurat ni.
TA: Jika yg buka kena 1 juta fitnah, tutup kena 10 fitnah. Mana ko nak? Jgn salahkan majoriti bila minoriti yg mulut macam tu.


BA: Apasal nak tutup lak? Keindahan ni Allah bagi.
TA: Lebih indah di pandangan suami halal.

BA: Tak sedia lah nak tutup.
TA: Tak mengapa. Kain kapan sedia menutupi bila2 masa. Sedia atau tidak sedia.


Muhasabah diri lah semua , mana satu kita nak pilih ? Azab di neraka atau syurga idaman semua. Tampilkan lah peribadi seorang wanita solehah :) .

Wednesday, December 14, 2011

Cepatnya masa berlalu..

Assalamualaikum semua :)

Cepatkan masa berlalu ? rasa sekejap je dah nak habis cuti. Cuma nak tunggu result je lagi, huhu, gementar rasa.   Hah, waktu cuti buat apa semua ? Gunakan lah cuti ini untuk perbaiki diri, sebab aku tahu, bila habis je cuti semua sibok belaka kan ?


Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api".
H.R.Termizi

Sekarang kita sedar kan masa berlau makin cepat. Belum sempat pun kita nak buat sesuatu tu masa makin pergi akibatnya banyak perkara yang perlu di selesaikan. Aku pun waktu kat asrama, bila time prep ja, rasa cam singkat je masa, waktu tu baru perasan banyak lagi homework tak siap(waktu lain xnak buat)
MyEm0.Com




Kita se akan akan sibuk padahal kita tak tahu apa yang di sibukkan. Macam kita lihat bandaraya Kuala Lumpur la, bandar yang xpenah tidur. Jalanraya xpenah lenggang, tak hairan kah kita, apa yang manusia kejarkan sangat di dunia ni ?


Kita diburu masa dan ia berlalu dengan tiada ada perkara yang dapat kita selesaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan singkatnya masa. Sebab tu lahh ada, "MASA ITU EMAS". Masa sangat berharga kepada kita.

Menurut Irnam al-Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnya masa ini ialah dicabut keberkatan daripadanya. Mcmang benar apa yang dikatakan oleh Imam al-Karmani itu, dahulunya kita merasakan dalam sehari banyak perkara yang dapat kita laksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara-perkara yang dapat kita laksanakan. Ini adalah satu petanda hampirnya qiamat. Jadi hargailah masa yang kita ada ini dengan sebaik-baiknya. 

Orang yang membaca ini belum mati lagi kan ? hehe. Sebab tu la Allah still beri nyawa kepada kita, supaya kita cari dan buat lagi amalan yang mampu membawa ke syurga di akhirat sana :) .
Rebutlah masa yang ada semua. 



Tuesday, November 29, 2011

Hati Sakit vs Sakit Hati

Assalamualaikum ..

Apa khabar semua ? sihat ? Hehehe, aku tau sure ramai yg akan jawab sihat kan ? Tapi sebenarnya, kita tak tahu ada lagi anggota kita yg mungkin sakit, iaitu hati .


“Sesungguhnya pada jasad itu ada segumpal darah,jika ianya baik,maka baiklah jasad keseluruhannya dan jika ia rosak,maka rosaklah keseluruhannya.Sesungguhnya ia adalah hati.” Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Sekarang ramai yang lebih bimbang sakit hati dari memikir hati yang sakit . Apa beza hati sakit dengan sakit hati ? Sakit hati wujud apabila timbulnya perasaan hasad dengki dan iri hati. Jadi, peliharalah diri daripada perasaan-perasaan ini kerana hanya akan menimbulkan perkara yg tidak baik. Sakit hati juga akan memecah belahkan masyarakat kita. Hati pula terbahagi kepada tiga jenis,

Hati yang sihat - Petanda-petanda hati yang sihat ialah dia meninggalkan alam dunia,seolah-olah berada di alam akhirat,cintanya hanya kepada Allah SWT mengatasi segala kecintaannya kepada yang lain,apabila berada dalam solat,hilang segala kerungsingan terhadap runtunan-runtunan keduniaan,tidak tenang kalau tidak menyebut nama Allah SWT . Maksudnya, kita tak terlalu leka dengan nikmat tuhan di dunia tetapi menganggap dunia tempat persinggahan sebelum menuju akhirat. 


“Jadikan dirimu di dunia ini seolah-olah kamu hanya pendatang atau penumpang lalu sahaja”.Riwayat al-Bukhari.

Hati yang sakit - Alamat atau petanda hati yang sakit ialah,tuannya tidak terasa sakit dengan turihan-turihan maksiat,tidak terasa sakit tentang kejahilannya terhadap hak dan kebenaran.Sebaliknya hati yang sejahtera akan terasa sakit dengan adanya keburukan dan kejahatan.Di antara petanda-petanda hati yang sakit ialah penolakannya terhadap ‘makanan-makanan hati’ yang manfaat,sebaliknya sedia menerima makanan-makanan hati’ yang memudaratkan.Tiada makanan ynag lebih bermanfaaat daripada iman dan ubat yang paling mujarab daripada al-Quran. 


Hati yang mati - Tanda-tanda hati yg mati -> 
  1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
  2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
  3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
  4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
  5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
  6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
  7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
  8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
  9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
  10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.
p/s : aspuri smkaa mesti dah tau kan tanda hati mati ni, ingat lagi tak tazkirah terakhir kita hari tu :)

Sakit hati adalah sebahagian daripada penyakit hati . Kita mestilah menjaga hati daripada sakit dan mati dengan cara
bermuhasabah diri . Sebelum kita sakit hati dengan perbuatan org terhadap kita baiklah kita memikir dahulu kenapa dia bertindak demikian kepada kita. Mungkin kerana kita yg menyebabkan dia terasa hati dengan kita sehingga dia mahu bertindak demikian.

Menjauhkan diri dari sifat hasad dengki dan iri hati yang wujud dari sifat cinta akan kehormatan dan kemewahan sehingga menyebabkan hilang rasa syukur.
 Rasulullah bersabda, "Tidak boleh dengki kecuali kepada dua orang. Yaitu orang yang diberi harta oleh Allah, kemudian memenangkannya atas kerakusannya di jalan yang benar. Dan orang yang diberi hikmah oleh Allah, kemudian memutuskan persoalan dengannya dan mengajarkannya." (HR. Bukhari)


Menumbuhkan sifat pemaaf .  "Jadilah engkau pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh." Firman Allah dalam surah Al-A'raf: 119

Husnudhdhan (berprasangka baik)
Allah berfirman, "Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa. Dan jangalah kalian mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebagian kalian menggunjing sebagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya." (QS. Al-Hujurat : 12)

Menumbuhkan Sikap Ikhlas
Ikhlas adalah kata yang ringan untuk diucapkan, tetapi cukup berat untuk dilakukan. Orang yang ikhlas dapat meniatkan segala tindakannya kepada Allah. Ia tidak memiliki hati yang bersifat duniawi. Apabila Allah mengujinya dengan kenikmatan, maka ia bersyukur. Bila Allah mengujinya dengan kesusahannya pun ia bersabar. Ia selalu percaya bahwa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik bagi hambanya.

Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;
"Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal 
sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa. "

Jadi kawan-kawan, perbanyakkanlah zikrullah dan ibadah kepada-Nya agar hati kita tidak akan mati dan sentiasa sihat :)

Thankyou for reading !jyeahhh

Friday, November 4, 2011

Mau dapat orang yang salah ?

Tadi aku pegi pasar malam , aku trdengar dua org bdk pnpuan sembang .. sorg tu ckp la "apsal Allah jadi kan manusia ni dua jantina , saling tertarik antara satu sama lain ? kan susah hidop ni kena cari yg terbaik buat kita..mau dpt org yg salah ??"
Entah la kat pnpuan tu , tetiba ckp camtu . tapi , sesungguhnya aku cakap , pemikiran tu kolot , kan ? sory la, bkn nk mengata kat ngkau kolot tapi tanpa seorang ayah , bolehkah kau lahir didunia ini ? Kita di lahirkan berlainan jantina sebab kita akan saling memerlukan, btol tak ? Perempuan mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri, begitu juga lelaki. Oleh itu, kita perlu saling melengkapi. cewahhh !














♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah ♥


Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja… tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

~ALLAH knows BESt!~♥


Thankyou for reading !jyeahhh