Tuesday, November 29, 2011

Hati Sakit vs Sakit Hati

Assalamualaikum ..

Apa khabar semua ? sihat ? Hehehe, aku tau sure ramai yg akan jawab sihat kan ? Tapi sebenarnya, kita tak tahu ada lagi anggota kita yg mungkin sakit, iaitu hati .


“Sesungguhnya pada jasad itu ada segumpal darah,jika ianya baik,maka baiklah jasad keseluruhannya dan jika ia rosak,maka rosaklah keseluruhannya.Sesungguhnya ia adalah hati.” Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Sekarang ramai yang lebih bimbang sakit hati dari memikir hati yang sakit . Apa beza hati sakit dengan sakit hati ? Sakit hati wujud apabila timbulnya perasaan hasad dengki dan iri hati. Jadi, peliharalah diri daripada perasaan-perasaan ini kerana hanya akan menimbulkan perkara yg tidak baik. Sakit hati juga akan memecah belahkan masyarakat kita. Hati pula terbahagi kepada tiga jenis,

Hati yang sihat - Petanda-petanda hati yang sihat ialah dia meninggalkan alam dunia,seolah-olah berada di alam akhirat,cintanya hanya kepada Allah SWT mengatasi segala kecintaannya kepada yang lain,apabila berada dalam solat,hilang segala kerungsingan terhadap runtunan-runtunan keduniaan,tidak tenang kalau tidak menyebut nama Allah SWT . Maksudnya, kita tak terlalu leka dengan nikmat tuhan di dunia tetapi menganggap dunia tempat persinggahan sebelum menuju akhirat. 


“Jadikan dirimu di dunia ini seolah-olah kamu hanya pendatang atau penumpang lalu sahaja”.Riwayat al-Bukhari.

Hati yang sakit - Alamat atau petanda hati yang sakit ialah,tuannya tidak terasa sakit dengan turihan-turihan maksiat,tidak terasa sakit tentang kejahilannya terhadap hak dan kebenaran.Sebaliknya hati yang sejahtera akan terasa sakit dengan adanya keburukan dan kejahatan.Di antara petanda-petanda hati yang sakit ialah penolakannya terhadap ‘makanan-makanan hati’ yang manfaat,sebaliknya sedia menerima makanan-makanan hati’ yang memudaratkan.Tiada makanan ynag lebih bermanfaaat daripada iman dan ubat yang paling mujarab daripada al-Quran. 


Hati yang mati - Tanda-tanda hati yg mati -> 
  1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
  2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
  3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
  4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
  5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
  6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
  7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
  8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
  9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
  10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.
p/s : aspuri smkaa mesti dah tau kan tanda hati mati ni, ingat lagi tak tazkirah terakhir kita hari tu :)

Sakit hati adalah sebahagian daripada penyakit hati . Kita mestilah menjaga hati daripada sakit dan mati dengan cara
bermuhasabah diri . Sebelum kita sakit hati dengan perbuatan org terhadap kita baiklah kita memikir dahulu kenapa dia bertindak demikian kepada kita. Mungkin kerana kita yg menyebabkan dia terasa hati dengan kita sehingga dia mahu bertindak demikian.

Menjauhkan diri dari sifat hasad dengki dan iri hati yang wujud dari sifat cinta akan kehormatan dan kemewahan sehingga menyebabkan hilang rasa syukur.
 Rasulullah bersabda, "Tidak boleh dengki kecuali kepada dua orang. Yaitu orang yang diberi harta oleh Allah, kemudian memenangkannya atas kerakusannya di jalan yang benar. Dan orang yang diberi hikmah oleh Allah, kemudian memutuskan persoalan dengannya dan mengajarkannya." (HR. Bukhari)


Menumbuhkan sifat pemaaf .  "Jadilah engkau pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh." Firman Allah dalam surah Al-A'raf: 119

Husnudhdhan (berprasangka baik)
Allah berfirman, "Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa. Dan jangalah kalian mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebagian kalian menggunjing sebagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya." (QS. Al-Hujurat : 12)

Menumbuhkan Sikap Ikhlas
Ikhlas adalah kata yang ringan untuk diucapkan, tetapi cukup berat untuk dilakukan. Orang yang ikhlas dapat meniatkan segala tindakannya kepada Allah. Ia tidak memiliki hati yang bersifat duniawi. Apabila Allah mengujinya dengan kenikmatan, maka ia bersyukur. Bila Allah mengujinya dengan kesusahannya pun ia bersabar. Ia selalu percaya bahwa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik bagi hambanya.

Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;
"Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal 
sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa. "

Jadi kawan-kawan, perbanyakkanlah zikrullah dan ibadah kepada-Nya agar hati kita tidak akan mati dan sentiasa sihat :)

Thankyou for reading !jyeahhh

Sunday, November 27, 2011

Maafkan saya Mak ..

Assalamualaikum ..
Hari ni, aku telah melakukan kesalahan yang belum pernah aku lakukan.
Tadi waktu makan tengahari, mak memanggil aku makan sekali . Aku cuma berkata, "jap lagi lah mak". mak panggil hampir sepuluh kali xsilap, begitu juga yang aku jawab. Barulah aku tersedar, mak mungkin terasa hati dgn aku. sebelum ni bila dia panggil aku terus muncul tapi kali ni ?
Khusyuk tgok cta korea pnya pasal lah nih ! huhuhuhu, maafkan kakak mak ! bila aku ke meja makan, aku nampak makanan masih terhidang .. kemudian mak berkata "Jom makan, mak teman, kita boleh sembang2 walaupun mak dah makan". Then mak senyum, ya Allah, manis sungguh senyuman mak. Aku sedihh..mak layan aku dgn baik walaupun dia terasa hati dgn sikapku . Betapa besarnya pengorbanan mak. Maafkan kakak ya mak...kakak janji xbuat dah..

korang nak tahu satu kisah tak ? Kisah Juraij ~


Suatu hari, ketika Juraij sedang mengerjakan solat sunat, ibunya memanggil agar Juraij datang segera utk menolongnya. Panggilan itu didengar oleh Juraij tapi Juraij ragu, antara meneruskan solat sunat atau menyahut panggilan ibunya. Akhirnya Juraij meneruskan solat sunat hingga 3x ibunya memanggil. Ibunya kecil hati krn sudah 3x memanggil tetapi Juraij tidak menyahut & tidak dtg kepadanya. Dari mulutnya, keluar kata2; YA Allah, janganlah Juraij mati sebelum dirinya mendapat fitnah. Setelah selesai solat, Juraij menyahut panggilan ibunya, tapi ibunya sudah marah dan kecil hati, dan menganggap Juraij sbg anak derhaka.

Tidak berapa lama slps itu, datang seorang perempuan hamil ke surau Juraij dan duduk di sudut surau. Pagi2 ketika orang pergi ke surau utk solat subuh, maka mereka pun tercengang, siapa gerangan wanita hamil yang duduk di sudut surau itu. Maka org datang kepadanya menanyakan siapakah dia dan kenapa berada di surau itu. Perempuan itu menjawab bahawa dia adalah perempuan yang telah diperkosa oleh Juraij dan hamil kerananya. Semua org tercengang dan kehairanan, kenapa Juraij yg begitu taat beribadat boleh terpedaya dengan ppuan itu sehingga hamil. Mereka yg hadir pulang ke rumah masing2 membicarakan peristiwa yg berlaku kpd Juraij. Maka Juraij ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara.

Setelah ppuan itu melahirkan bayinya, maka Juraij dibawa ke pengadilan utk dijatuhkan hukuman setimpal dengan pbuatannya. Mula2, hakim menanyakan kpd Juraij betulkah bayi yang lahir itu bayinya sendiri. Maka Juraij menjawab, bayi itu bukanlah anaknya. Kemudian, ditanya kpd ppuan itu. Ppuan itu mjawab bahawa bayi itu adalah anak Juraij. Juraij meminta kpd hakim, agar diadakan saksi. Hakim menanyakan siapa yg akan jd saksi itu, Juraij mengharapkan agar bayi yg baru lahir itu menjadi saksi. Hakim kehairanan, tidak mungkin bayi itu dijadikan saksi dan boleh berbicara. Juraij mengharapkan agar bayi itu tetap menjadi saksi dan ditanya siapa bapanya, insyaAllah dia akan menjawab sebagaimana diharapkan.

Akhirnya hakim menerima permintaan Juraij dan meletakkan telunjuk pd pusat bayi itu dan bertanya; ya babus, man abuka (hai bayi, siapakah bapamu)? Maka bayi itu ditakdirkan Allah pandai bercakap; Abi raa’iyal ghanam (ayah saya tukang gembala kambing). Maka terlepaslah Juraij dr tuduhan ppuan itu iaitu memfitnah dan mencemarkan nama baiknya. Jelaslah, bahawa ayah bayi itu bukan lah Juraij tetapi tukang gembala kambing.

Itulah natijah yg diterima Juraij krn tidak menyahut panggilan ibunya semasa beliau sedang solat sunat sehingga ibunya memanggil 3x. Menurut hukum, solat sunat boleh dibatalkan untuk menyahut panggilan ibu… Wallahua’lam…



Lihatlah, panggilan ibu lebih penting dari solat sunat ! Inikan pula aku yg hanya kerana tgok drama KOREA ? 


Muhasabahkan lah diri teman-teman . Moga apa yg berlaku pada diri ku hari ini menjadi pengajaran kpd kita semua walaupun perkara yg nmpk kecil tapi sebenarnya besar di sisi Allah.


Mak , saya SAYANG mak !


Thankyou for reading !jyeahhh

Saturday, November 26, 2011

Penghujung Tahun

Glitter Words

Hai ! Sedar tak sedar hari ini adalah hari terakhir tahun ni dalam bulan Islam. 26.11.11 > 30 Zulhijjah 1432 . Banyak yg aku lalui spnjang tahun ni, ada yg baik n ada yang buruk tapi aku bersyukur sangat sbb tahun ni aku dapat banyak benda baru n lbih baik dlm hidop aku :) . tapi tahun ini juga aku bnyak melakukan kesilapan ! nevermind, aku akn jadikan kesilapan aku ni untuk pengajaran n motivasi pada aku di masa depan ! so, apa azam korang menjelang 1 Muharram 1433 ? Aku juga mempunyai matlamat sendiri untuk tahun 1433. So, sempena hari akhir untuk tahun ini, saya  berharap anda semua kan berhijrah dari buruk kepada baik, baik kepada lebih baik pada tahun 1433 . HEHE . sebelum tu, jangan lupa doa akhir tahun(1432H) dan awal tahun(1433H) supaya kita dijauhi dan dilindungi daripada tipu daya syaitan dan mendapat keampunan Allah SWT , insyaAllah :)

Doa Akhir Tahun >

Doa akhir tahun di baca tiga kali di akhir waktu asar atau sebelum masuk watu maghrib pada akhir bulan zulhijjah.

Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat perlindungan Allah SWT dari tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu




Doa Awal Tahun >

Doa awal tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1433

Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib Ba'diyyah maghrib pada malam taggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan dua malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun mendatang .


Jadi, rebutlah peluang ini agar tahun depan akan lebih bermakna buat kita :) . Aminnn ..

Thankyou for reading !jyeahhh