Thursday, August 15, 2013

Prediction of products of electrolysis


The products of electrolysis of aqueous salt solution can be predicted. Ikut je step kat atas ni, insyaAllah, anda akan dapat jawapannya. 

Ex: 2.0 mol dm-3 sodium chloride is electrolysed using carbon electrodes. Predict the ions will be discharged at anode and cathode respectively.
Solution: 
1. List down all the ions present in the solution.
Cations: Na+ , H+   
Anions : OH- , CL-
2.3. Inert electrodes but concentrated solution is used. Thus the factor cocentration is concerned.
4. Cathode :  H+ ions are selectively discharged due to lower position in ES. (What is ES?)
    Anode   : Cl- ions are selectively discharged because its concentration is higher than OH- ions. 

*Kalau tak faham tanya okay :)


Electrochemical Series(ECS)





What is electrochemical series?
  • Shows a series of ions which are arranged based on their tedency to be discharged.
  • The ions at lower position will be discharged.
ELECTROCHEMICAL  SERIES(ES)

Cation :
K+             
Na+
Ca2+
Mg2+
Al3+
Zn2+
Fe2+
Sn2+
Pb2+
H+
Cu2+
Ag+
Au+

So, how I remember this ECS ?
Maybe ada sesetengah orang yang guna cara aku hafal, so fine lah kan. Aku just nak share.Jangan hampa dok buat pelik pulak. "Ehh, cara dia hafal sama dengan aku lahh" whatever. Aku just nak share, ok? Yang ni aku dapat dari senior. Hok yang teacher aku ajar hafal, aku tak reti. Haha

KALAU
NAK
CANTIK
MUKA
AMBIL
ZAT
BESI(Fe kan besi/iron)
SAPU
PADA
HIDUNG
CUN
ANGGUN
AU

Membantu? Hope so. :)




Sunday, August 11, 2013

Permohonan Matrikulasi KPM 2014/2015

Tarikh tutup ialah pada 10 Oktober 2013.



Permohonan Matrikulasi untuk pelajar SPM 2013 telah dibuka bermula 1 Julai 2013 hingga 10 Oktober 2013. Sebelum membuat permohonan, calon digalakkan membaca panduan dan syarat kelayakan minimum terlebih dahulu.

Syarat Kelayakan Minimum Masuk Matrikulasi

a) Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi ialah seperti berikut :

Jurusan Sains (M001)
1. C Bahasa Melayu
2. C Bahasa Inggeris
3. B Matematik
4. C Matematik Tambahan
5. C Kimia
6. C dalam satu(1) mata pelajaran daripada berikut :
  • Fizik
  • Biologi
Jurusan Perakaunan (M003)
1. C Bahasa Melayu
2. C Bahasa Inggeris
3. C Matematik
4. C dalam dua (2) mata pelajaran daripada berikut :
  • Prinsip Perakaunan
  • Ekonomi Asas
  • Keusahawanan
  • Perdagangan
  • Sains
  • Sains Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan
5. E Matematik Tambahan

Aliran Teknikal (M007)
1. C Bahasa Melayu
2. C Bahasa Inggeris
3. B Matematik
4. C Matematik Tambahan
5. C Fizik
6. C dalam satu (1) mata pelajaran daripada berikut :
Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau Teknologi Kejuruteraan
7. E Kimia
8. B Lukisan Kejuruteraan

Cara Membuat Permohonan Online
1. Pelajar haruslah membeli nombor pin matrikulasi di Bank BSN yang terdekat.
2. Layari Laman Sesawang Aplikasi Permohonan Matrikulasi 2014/2015
Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di 03-88844083 atau layari laman sesawang http://www.moe.gov.my atau http://www.moe.gov.my/bmkpm
Untuk mendapatkan panduan mengisi borang sila layari, Panduan isi borang permohonan Matrikulasi


Sumber: Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2013/ 2014 | melvister.com

Nota : Aku dah isi ^^ korang bila lagi :) hehe btw, aku dapat PLKN :'(