Wednesday, December 26, 2012

10 Perkara Untuk Selamat

Sesiapa yg ingin meninggalkan dunia dalam keadaan
selamat maka lakukanlah 10 perkara:
1. Hak kpd diri, iaitu dgn mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada2 dgn rezeki yg ada.
... 2. Hak kpd Malaikat maut, iaitu menqada’kan segala kewajipan yg tertinggal, iaitu dgn memohon maaf drp org yg dizalimi, membuat persiapan utk mati dan merasa cinta kpd Allah S.W.T.
3. Hak kpd kubur, iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jgn suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.
4. Hak kpd Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu jgn berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.
5. Hak kpd Mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakan berzikir, ikhlas dlm amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
6. Hak kpd titian sirat, iaitu buang tabiat suka menumpat, bantu orang beriman dan hidup dlm suasana berjemaah.
7. Hak kpd Malaikat Malik, iaitu menangis lantaran takutkan Allah S.W.T. membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kpd ibu bapa dan memperbaiki akhlak.
8. Hak kpd Malaikat Ridwan, penjaga syurga, iaitu redha kpd qada’ Allah S.W.T. , sabar menerima bala dan bertaubat.
9. Hak kpd Rasulullah s.a.w., iaitu dgn sering berselawat kpd baginda, berpegang kpd sunahnya dan bersaing mencari kelebihan dlm beribadah.
10. Hak kpd Allah, iaitu mengajak manusia kpd kebaikan, mencegah manusia drp melakukan kemungkaran, bencikan kpd sebarang maksiat dan tdk melakukan kejahatan.
Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS, Al-Munafiqun, 63:11).

Friday, December 14, 2012

AdaMu Ya Allah

AdaMu - Najwa Latif

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna kau yang satu
Yang setia bersamaku
Tika aku jatuh
Kubangkit kernaMu

Ku tahu ku adaMu
Disisiku selalu
Bantulah hambaMu
Mencari keredhaanMu


Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Kerna kau yang satu
Yang setia bersamaku
Tika aku jatuh
Kubangkit kernaMu

Ku tahu ku adaMu
Disisiku selalu
Bantulah hambaMu
Mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan


Kita sebagai seorang Islam seharusnya bersyukur kerana kita mempunyai Allah yang sentiasa ada bersama kita. Sekiranya kita meletakkan Allah yang utama dalam hidup kita, pasti hidup kita akan lebih bermakna dan sentiasa diredhaiNya.
Kita selalunya nampak rezeki atau PEMBERI rezeki ?
Kita selalunya nampak ujian atau PENGUJInya ?
Renungkanlah...Allah maha kuasa atas segala sesuatu. :) Allahurabbi..Allah..Allah..

Salam Jumaat :)

Wednesday, November 21, 2012

Ombak di Facebook

Assalamualaikum. Hello Ebelibadi. 

Hari ni aku nak story sikit tentang ombak yang melanda laman sosial yang amat di minati ramai sekarang, FACEBOOK. Bila sebut je 'facebook' mesti semua orang tahu. Even mak cik yang dok juai perkasam tepi jalan tu pun tahu, siap suruh add lagi. "Add ler mak cik, Mak Montel."Itulah antara perkataan yang keluar dari mulut mak cik tu. HAHA, okay, bergurau -_-

Kenapa aku kata OMBAK? Hal ini kerana status yang di keluarkan oleh para pengguna fabebook bagaikan ombak. Apabila terkena ombak di tebing kiri maka kanan pun akan terkena. Betul kan?

Mari tengok antara contoh-contoh ombak status yang melanda facebooker sekarang.

1. Anak panah
Aku pun hairanlah, sudah menjadi ikutan facebookerz kini dengan membuat status menggunakan anak panah. Anak panah ni di gunakan untuk menunjukkan urutan cerita yang ingin dia sampaikan itu. Tapi, hampa semua tau dak, ada keburukan anak panah ni?
Aku penah jumpa soalan BM yang meminta calonnya menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah. Aku just takut hampa jawab gini ; Pak Ali makan. Anak panah. Perutnya penuh. Anak panah. Dia sakit perut. Anak panah. Dia masuk bilik air. Anak panah. Bunyila sesuatu yang jatuh. Haha. Pastinya anda tidak mahu anda melakukan kesalahan yang kecil sebegini, kan?

2. Pray for Gaza
Yeahh, aku tahu semua org bersimpati dan sedih dengan keadaan yang menimpa saudara Islam kita di sana. Pasti kita juga ingin membantu mereka namun apa lah daya kita ni, so, hanya doa sahaja yang kita ada. Namun, ada sesetengah facebookerz yang hanya mengikut arus ombak itu. Bila org post gitu, dia pun mula post juga tapi dia tidak menghayati apa yang dia share itu. Org macam ni patut tembak je. Petiewww....!

3.Iloveyou
Okay, aku paham hampa nak luahkan perasaan kepada si dia. Okay, aku paham hampa tak berani face to face sebab tu luah kat fb ja dengan harapan si dia 'like'. Haha. Okay, pengecut. Emm, kebanyakan pasangan 'couple' berasa teruja dengan status sebegini. So, depa pun cuba jugak. Omg, cuba hampa bayangkan berapa banyak pasangan 'couple' kat fb? Kalau lah semua pasangan tu update status 'iloveyou' ni. Hampa nak rasa apa? Haha...Haiyoooo.. -_-

4.Tips mudah
Sekarang ramai yang suka bagi tips yang amat mudahhh...Namun karut semua! Ada ka pulak dia bagi tips untuk laki yang nak tarik perhatian perempuan dgn meragut beg tangan perempuan tu. Hahaha. Kalau hampa baca mesti tergelak :D

5. Cerita karut.
Org yang share cerita karut lagu ni memang mulia. Aku tau pasaipa dia share cerita karut lagu ni. Dia berharap org akan gelak seperti mana dia ketika mula mula baca. Mungkin dia berasa terhibur dgn cerita karut tu lalu nak org len pun turut terhibur. Dan yg jelas aku pun turut terhibur :)

6. Via BlackBerry
Mungkin org yg via bb ni rasa hebat bila dapat online guna bb. Tambah tambah yg hotstuff, lagi lah tambah hot kan? Namun, kesian la kat org yg hanya guna Nokia 3310 dan lain lain macam aku ni. Apasai takleh via Nokia 3310 ehh? Baru syok tengok sapa lagi hebat bila jatuh. Hahahaha

Dan yg akhirnya...

7. Aku ada, kau ada?
Aku ada bini, kau ada? Hahahaha, memang jadi ikutan status gini. Kadang kadang macam perli pulak. Yelah, bayangkan org yg tak ada benda benda tu semua. Mesti rasa patah seribu punya kan. Tapi aku tak penah jumpa lagi org yg post status gini; 'aku ada otak, kau ada? ' Kuang hajo noo org gini. 

Oklahh, cukup sampai sini. Minta maaf kepada sesiapa yang terasa. Aku cuma boring malam ni so, aku buat investigation terhadap friend(s) aku kat fb, and ini la jadinya. haha. Tiada kaitan antara yang hidup atau mati. Aku hanya merepek k. Goatbai!

Detik Cinta Kita(1)

     Tap...tap...tap..Bunyi tapak kaki Alya kedengaran kuat berlari di atas lantai papan rumahnya itu. Rumah yang terletak di hujung kampung itu kebiasaannya sunyi namun malam itu sesuatu berlaku hingga suasana rumah itu bertukar menjadi riuh rendah. 

    "Kau sedar tak apa yang kau buat ni Alya? Jangan nak memalukan ibu dan ayah!" Jerit Pak Soleh sambil tangannya melibas rotan ke punggung Alya. Alya hanya mampu menangis. Kakinya terasa kebas akibat di rotan bertalu talu oleh ayahnya semenjak tadi. Puan Ruhaidah pula hanya mampu melihat anaknya dikasari oleh suaminya kerana dia juga turut merasai kemarahan dan kekecewaan itu.

       "Sudah, mulai hari ini, ayah tak benarkan kamu keluar lagi dari rumah. Pergi masuk bilik!" Ucap Pak Soleh sambil tangannya mengurut urut dadanya yang terasa sakit. Alya bangun perlahan lahan menuju ke bilik. Dia ingin memohon ampun untuk kesekian kali namun lidahnya tidak mampu berkata kata lagi apabila melihat mata ayahnya yang mencerlung ke arahnya.
       
     "Ya Allah, apa salah aku sehingga kau berikan ujian sebegini kepada aku?" Alya merintih sendirian. Saat ini dia merasakan bahawa dia tidak mempunyai sesiapa lagi untuk berkongsi susah dan senang. Ayahnya juga sudah tidak mempedulikannya lagi padahal sebentar tadi dia cuba menagih kasih dari ayahnya supaya dapat memberinya kekuatan dan perlindungan.
      
      Alya menyentuh perutnya dengan lembut. Dia tersenyum dalam kesedihan dan keperitan yang dirasainya ketika itu. 'Alya dah mengandung ayah.' Akhirnya Alya tertidur kepenatan.

*********************************************************************************************

     Puan Ruhaidah berasa sangat bimbang akan puterinya yang satu itu. Sudah seminggu Alya tidak mengeluarkan suara. Namun dia berasa sedikit lega apabila Alya masih mahu makan walaupun hanya dalam kadar yang sedikit. 

   Sedang dia asyik mengelamun memikirkan anaknya, Alya Mardhiah, kedengaran pintu diketuk dan suara seseorang memberi salam dari luar. 
   
   "Waalaikumussalam, oh Dahlia. Silakan masuk." Dahlia hanya tersenyum dan melangkah naik ke rumah papan itu. Dia ingin bertemu dengan Alya, sahabatnya itu.

   "Alya ada dalam bilik, pergilah jenguk. Dia tak bercakap hampir seminggu. Mungkin dengan kamu dia mahu bercakap." Sambung Puan Ruhaidah sambil tersenyum kelat. Dia tahu keakraban Dahlia dan Alya semenjak mereka berpindah ke situ bulan lepas.
  
   Sebaik sahaja kaki Dahlia menjejak di hadapan pintu bilik Alya yang sedikit terbuka itu, dia ingin mengucapkan salam namun Alya terlebih dahulu bersuara.

    "Kau...kau pergi! Aku benci kau! Kerna kau, aku jadi begini!" Jerit Alya. Alya yang tadinya hanya duduk di birai katil bingkas bangun sebaik sahanja melihat Dahlia. Entah kenapa hatinya benci dengan wajah itu. Wajah yang telah mengecewakannya.
   
   "Aku minta maaf Alya. Aku tahu aku salah..Kalaulah malam tu aku tak tinggalkan kau.." Dahlia berhenti daripada meneruskan percakapan. Nafasnya terasa sesak untuk meneruskan percakapannya.
  
  "Kau memang nak tinggalkan aku, ya kan?!"Alya menjerit dan terus menolak Dahlia sehingga terduduk.

   "Aku tak akan percayakan kau lagi, kawan tak guna!" Alya menyambung lalu menutup dan mengunci pintunya. Puan Ruhaidah yang mendengar keriuhan itu tadi tergocoh gocoh datang menghampiri Dahlia. 

      Dahlia hanya diam dan bangun pergi begitu sahaja meninggalkan Puan Ruhaidah yang terpinga pinga. 'Ada sesuatu yang tidak kena antara Dahlia dan Alya. Adakah ianya berkaitan dengan peristiwa yang menimpa Alya?' Namun Puan Ruhaidah tidak menemui jawapannya!

Thursday, November 15, 2012

Masih adakah cinta buatku ?

Masih adakah cinta buatku ?

Bunyi ketukan di pintu kedengaran bertalu talu. Kaisara tidak mengendahkan bunyi itu sebaliknya memandang  telefon bimbitnya dengan sayu. Message yang diterimanya tadi di buka  kembali.

Kita perlu berpisah, setakat ini saja hubungan kita. Aku sudah menjumpai perempuan yang lebih cantik dari kau dan boleh memberi segala galanya lebih dari kau. Jangan cuba hubungi aku lagi. I don’t need u anymore ! Bye :P”

Sakit sungguh hatinya, lelaki itu adalah lelaki yang kesembilan pernah menjalinkan hubungan dengannya.  Kenapa semuanya curang ? Dia sudah cukup setia disisi mereka tetapi mereka memulangkan paku kepadanya malah hanya mahukan duitnya.

Ya benar, Kaisara adalah anak Tan sri Hamdan, pengusaha minyak yang amat terkenal di situ. Selama ini setiap insan yang menghampirinya hanya untuk kemewahan yang ada padanya. Walaupun dia seorang yang amat bersosial tetapi maruahnya tetap perlu di jaga bukan untuk di ragut dengan mudah.

Kaisara bingkas bangun membuka pintu bilik kerana tidak tahan dengan bunyi bising di luar. Kelihatan mama dan papanya sedang bertikam lidah. Air mata Kaisara mengalir laju, sampai bila keadaan ini akan berterusan? Melihat ibu dan ayahnya bergaduh bagaikan hobi untuknya kerana hampir setiap hari mereka bergaduh. Hidup Kaisara mewah tetapi keluarga mereka tidak kaya dengan kasih sayang.

Kaisara berlari keluar tanpa mempedulikan ibu dan ayahnya. Dia harus pergi dari situ, tempat yang bagaikan neraka buatnya. Untuk apa tinggal di tempat mewah sedangkan hidup tidak bahagia ?
Setelah menahan sebuah teksi, Kaisara meminta untuk ke bandar. Sampainya di sana dia berjalan tanpa arah tuju. Hatinya sakit, hatinya penuh dengan luka, kepalanya kusut dengan berbagai persoalan. Tiba-tiba..Allahuakbar…Allahuakbar..azan berkumandang dengan syahdunya.

Langkah Kaisara terhenti, jiwanya yang tadi kusut kembali tenang. Dia melangkah ke masjid berdekatan. Kemudian dia duduk berteleku di suatu sudut bahagian perempuan dalam masjid itu. Kaisara dapat merasakan dirinya amat tenang apabila berada di situ. Dia memejamkan mata sambil menghayati nyanyian azan sehinggalah bahunya di cuit lembut.

“Kaisara, awak buat apa kat sini ?” Kaseh, rakan sekolahnya bertanya. Kaisara hanya merenung Kaseh yang berada di depannya. Dia tidak rapat dengan Kaseh walaupun mereka satu tingkatan kerana Kaseh antara pelajar yang mengambil kelas aliran agama dan bertudung labuh. Tanpa berfikir panjang Kaisara berkata, “saya nak solat tapi saya tak tahu dan saya tak ada telekung.” Entah mengapa soalan itu yang keluar dari mulutnya.

Kaseh tersenyum kemudian dia berkata, “marilah, awak solat ikut imam dulu kat sini nanti saya ajar awak. Telekung dah disediakan.” Kaisara pantas mengangguk lalu mengukirkan senyuman.
Kaseh mengambil keputusan untuk mengajak Kaisara pulang ke rumahnya setelah mendengar cerita Kaisara. Tambahan pula, Kaisara tetap berkeras tidak mahu pulang ke rumahnya walaupun di pujuk dengan baik oleh Kaseh dan hari juga makin malam.

Kini, Kaisara dapat merasakan  Kaseh adalah manusia yang mulia. Kaseh menerangkan tentang apa sebenarnya Islam. Ya, Islam is the way of life. Kaseh mengajarnya cara-cara untuk solat dan banyak lagi perkara asas dalam Islam. Kaisara seperti budak sekolah rendah yang bertanyakan soalan soalan yang bodoh tetapi dia tidak kisah kerana dia betul betul ingin tahu.

Kaisara tahu, kita bukan saja perlu bercinta dengan manusia malahan kita juga wajib mencintai Allah yang maha Esa supaya dia juga akan mencintai kita dan memelihara kita.” Kata kata Kaseh membuatkan Kaisara tersentak. Mustahil manusia boleh bercinta dengan penciptaNya yang agung itu.

“Bagaimana nak mencintainya Kaseh?”

“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku” (Az Zariyat:56)
“Tunjukkan rasa cintamu dengan beribadat kepadaNya dan jauhi larangannya.  Cinta yang perlu kita cari adalah cinta yang hakiki iaitu cintaNya bukan cinta manusia yang berlandaskan nafsu semata mata. InsyaAllah, Allah akan membalas cinta kita dengan kemanisan iman.”

“Tapi…Kaisara banyak melakukan dosa, saya tak pernah solat, saya tak tutup aurat dan lain lain lagi. Masih adakah cinta Allah buat Kaisara ?” Kaisara bertanya dengan nada yang amat sayu sehingga air matanya jatuh. Kini, dia betul betul tekad untuk berubah. Dia sedih jika dia sudah tidak dapat di terima Allah.

Kaseh terkedu. Dia tidak menyangka gadis yang berada di depan matanya menangis kerana mengharapkan cintaNya. Ya Allah, kau ampunilah hambamu Kaisara dan kau titipkan cintamu buat dirinya..aminn..
“Kaisara, Allah maha Pengasih lagi maha Penyayang. Sekiranya kita betul betul ikhlas ingin bertaubat Allah pasti akan menerima.”

Kaisara mengangguk angguk. Dia akan cuba untuk menagih cinta kepada Allah. Dia ingin merasai sendiri cinta hakiki itu, adakah cinta itu juga akan berakhir dengan penyesalan? Tidak, dia yakin dengan Allah.
Kaseh bangun untuk menyediakan air untuk Kaisara minum. Kaisara melihat sekeliling bilik Kaseh. Kelihatan rak yang dipenuhi dengan buku buku ilmiah di hujung sudut. Meja belajarnya nampak kemas sekali tiba tiba mata Kaisara terhenti pada sebuah buku. ‘Syariah Islamiah tingkatan 4’. Dia menyelak nyelak halaman buku teks itu sehingga tangannya terhenti kerana membaca sesuatu yang amat menarik perhatiannya. Cara-cara mendapatkan halawatul iman(kemanisan iman). ‘Inilah yang di katakan Kaseh tadi, kemanisan iman,’gumam Kaisara.

1.    Cinta kepada Allah dan rasulnya lebih daripada cinta kepada orang lain
2.       Mengasihi sahabatnya semata mata kerana Allah
3.       Membenci untuk kembali kepada kekufuran
4.       Sabar menghadapi ujian dan cabaran
5.       Istiqamah dalam mengerjakan ibadah
6.       Memperbanyakkan amalan amalan sunat

Kini Kaisara yakin, dia betul betul ingin merasai manisnya iman. Dia tekad untuk mengubah hidupnya tetapi dia juga risau bagaimana penerimaan mama dan papanya ?

“Ya Allah, ya tuhanku, kau tetapkanlah aku di atas landasanmu, kau peliharalah aku dari sebarang kemaksiatan yang boleh mengundang murkamu.  Kau tetapkanlah cintaku pada cintamu…Ya rabbana, kau lembutkan hati mama dan papa agar mereka juga ingin mencintaimu..amin ya rabbal a’lamin…” Kaisara mengaminkan doanya pagi itu dengan hati yang tenang.

“Kaisara, mama awak telefon.” Kaseh menghulurkan telefon bimbitnya kepada Kaisara.
Kaisara bingkas membuka telekungnya. Dia tertanya tanya bagaimana mamanya mengetahui bahawa dia berada di situ.

“Hello mama ?”

“Sayang, kenapa kamu keluar tak beritahu. Telefon bimbit pun kamu tinggal, nasib baiklah Kaseh menelefon mama tadi.” Kaisara merenung Kaseh yang tersengih.
“Kaisara, kejap lagi mama mahu menjemput kamu. Semalam selepas bertengkar, papa terkena serangan jantung. Dia terkejut kamu hilang dan sekarang papa di hospital.” Suara mama kedengaran sedih. Ya Allah, papa !

Papa membuka matanya, syukur ya Allah, papa masih di beri nikmat kehidupan.Kaisara mengukirkan senyuman yang manis buat papa dan papa juga membalas lalu memeluknya.

“Sayang, papa janji tak akan bergaduh lagi dengan mama. So, jangan tinggalkan papa lagi.” Kaisara terkejut mendengar suara Tan Sri Hamdan yang lembut itu. Kaisara menoleh pada mamanya Datin Kirana yang juga sedang senyum.

“Sayang tahu, papa mimpi Sara datang dengan jubah putih dan menyambut papa yang sedang lemas dalam sungai. Papa lihat Sara sungguh cantik ketika itu dan Sara cakap pada papa, Allah sentiasa ada untuk kita cuma kita yang tidak menyedarinya. Papa tahu keluarga kita dah jauh terpesong daripada ajaran agama yang sebenar. Papa nak kita satu keluarga solat jemaah selepas ini. Kita sama sama belajar solat ya.”              
Air mata Kaisara mengalir lembut di pipinya. Ya Allah, kau perkenankan doaku. Syukur Alhamdulillah. Sungguh aku amat mencintaimu wahai tuhanku !

“Baiklah papa, Sara juga amat merindui suasana seperti itu. Sara nak papa jadi imam untuk setiap solat Sara dan ada untuk solatkan jenazah Sara.” Entah kenapa itu yang terluncur dari bibirnya. Tan Sri Hamdan hanya ketawa kelucuan mungkin kerana kata kata Kaisara yang di fikirnya kelakar.

“Papa, izinkan Sara keluar makan dengan Kaseh. Sara betul betul lapar.” Tan Sri Hamdan mengangguk tanda membenarkan.

Kaisara berjalan sambil berpimpinan tangan dengan Kaseh menuju ke kedai mamak di depan hospital. Kaisara yang hendak makan di situ kerana katanya nasi goreng patayya mamak itu sedap.
“Kaseh tahu, Sara sayang Kaseh kerana Allah. Terima kasih kerana membawa Kaisara kembali ke jalanNya.” Kaseh terkedu mendengar kata kata Kaisara yang sungguh ikhlas di perdengarannya. Kaisara melepaskan tangan Kaseh yang masih terkedu lalu dia melintas jalan. Malangnya, Kaisara tidak sempat mengelak daripada lori yang bergerak laju. Akhirnya, Kaisara terlentang di hujung jalan dengan darah yang berlumuran. Kaseh yang melihat kejadian yang berlaku di depan matanya segera berlari mendapatkan Kaisara. Orang ramai mula menggerumuni tempat itu.

Kaseh memangku kepala Kaisara sambil menangis teresak esak. Tangan Kaisara terketar ketar mengelap air mata Kaseh. Darah di tangannya terlekat sedikit di pipi Kaseh. Kaisara senyum seterusnya mengucapkan kata kata terakhir, “ Maha Suci Allah yang menguasai segala kerajaan. Dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Al-Mulk:1). Beritahu mama dan papa Sara sayang mereka tetapi Allah tetap mendahului di hati Sara.”  Kaisara meninggalkan dunia di atas pangkuan Kaseh dengan mengucapkan dua kalimah syahadah. Perginya seorang insan menemui kekasihnya yang amat di cintai..
“Ya Allah! Jadikanlah hari ini kepada kami lebih baik daripada semalam dan jadikanlah hari esok untuk kami lebih baik daripada hari ini…! Amin ya rabbal alamin.

Saturday, October 27, 2012

The Problems

Hello and assalamualaikum ..

Lamanyaaaa tak update kan ? Banyak jugak problem yang aku kena faced dalam tempoh ni. Hanya orang yang hebout macam aku ja yang boleh laluinya :)

Antara problems yang aku hadapi ialah...first of all, netbook LENOVO FREE aku dah rosak, dah jadi macam ipad. muahahaha..actually aku tak kisah sangat tapi kadang kadang tu bila boring sangat mula la rindu . :'(

Masalah kedua yang paling aku benciii tahap gabannn ialah handphone aku hilang :'(. Okey, aku ngaku, aku bawak phone p sekolah tapi tak sangka la nak kena curi lak. Time tu aku kat makmal biologi..waktu teacher mengajar kat depan aku dah rasa seram sejuk. So, aku terus bagitau teacher nak p tandas tapi aku p kelas . bila dah sampai, tengok2 dah takda. mula mula cuak sebab ingat kena rampas tapi duit rm100 pun hilang.
Serius sampai hari ni aku still rasa marah kat pencuri tu. handphone aku tu bukannya mahal pun. secondhand lagi. Arghhhhhh ! (naseb baik mak baik hati beli lain kat aku :'))

Exam akhir tahun dah lepas. Entah lah result okey ke tak. Hope aku berjaya realisasikan impian aku nak naik kelas :') .

Ohya, Salam Aidiladha :)

Wednesday, August 22, 2012

Aku punya raya

Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya Aidilfitri ! 'Aku punya raya tahun ni agak best lah. Tapi, yahh, aku ngaku aku langsung tak rasa 'raya' tu. Aku rasa biasa jaaaaa. Maybe sebab dah makin besarrr kot :3 . Tapi...tapi lagi... -.- , tapi, kenapa aku kata agak best tahun ni ? Haaa, meh nak story satu satu...

1/ Aku beli baju waktu last minit dah and baju tu amat mahal sangat sangat mahal[bagi aku la] . HAHA 
   But it's okey, dah TERbeli punn, hentam je laaaaa. 

2/ Pada malam raya tu aku tido lewat, lewat sangat sebab...aku pecah rekod ! Aku buat kuih raya for the first time by myself and no help from my mom or the others, wow, unbelieveable....Aishah buat kuih ? Hee
And yang paling aku bengang, takde sapapun nak tolong aku buat kuih ni sbb takut aku buat takjadi tapi last2, wurrr, sedappp kot. 
 

ni laa kuih tu, aku bagi nama dia 'biskut bulat2 koko krunch' muahaha

3/  Menjelang hari raya, semua ahli keluarga aku pi sembahyang raya tapi sebab aku malas nak ikut, aku kena tinggal sorang2[dgn my abg actly tapi dah dia tido takbngun lagi] kat umah. Boring gilaaaa ! Then, aku pun ajak lah kawan aku keluar pi rumah kawan2 kami. Dia setuju tapi aku risau, yelahh, no way my daddy nak kasi aku keluar naik moto sendiri. But, aku berusaha memujuk beliau dan akhirnyaa, aku berjaya! Hoho
For the first time jugak, aku bwk moto sendiri gila-gila pi rumah aina yang agak jauh dan kena ikut lebuhraya. Lepas amik aina, aku pi arau, niat nak pi umah ustaz kami tapi lain pulak jadi. Kak angkat aku nak pi umah so, kami pi la tunggu kat sk Arau. Actly, im a little bit worried bila pi situ sebab jalannya agak busy and aku pun takcekap lagi memandu motorsikal. Tapi, disebabkan aku terlalu excited kak angkat nak pi umah so, aku redah je. Naseb tak jumpa polis. :)

4/ Hajat aku untuk lihat satu keluarga aku berkumpul tahun ni tak kesampaian sebab abg aku takdapat balik sini tapi aku dapat lihat keluarga aku yang lebih besar berkumpul di rumah aku. :) Alhamdulillah. Riuh rendah. Sukanyaaaa suasana tu. :')

5/ Walaupun aku dah tua tapi aku still dapat duit raya lagi and jumlah tu lebih lagi dari tahun lepas. Yeahhh. I loike! Hehehe

Kebahagiaan tu semua datang daripada Allah. Thankyou Allah for making this raya seem good to me berbanding tahun lepas. :) 

Salam Aidilfitri daripada saya. :)
Taqabbalallahu minna wa minkum ! Syukran jazilan, baibai :D

Wednesday, August 15, 2012

Tips strategi belajar pada bulan ramadhan

Assalamualaikum, 
Pada hari yang indah ini, aku nak share sikit tips yang aku jumpa dalam majalah Fokus SPM . Harap2 berguna lah yer. Kita selalu pikir, kita berpuasa, mestilah letih, jadi kita buat tak endah akan pelajaran. (Bagi yang bakal menduduki Trial SPM&PMR harapnya tak la begini ea ^^). Sebenarnya, bila berpuasa kekuatan kita akan lebih daripada kekuatan diri orang yang tidak berpuasa. Kenapa ? Kerana apabila berpuasa kita dilatih untuk bersabar, menjauhkan diri dari perkara mungkar dan menjalani kehidupan seharian seperti biasa walaupun lapar.

So, ini strategi belajar yang perlu kita ikuti sepanjang bulan ramadhan ini.



1. Bercuti dari mengulangkaji ?
   It's mean, adakah kita perlu bercuti daripada mengulangkaji pelajaran kerana berpuasa dan letih ? Adakah kita akan melipatgandakan semula usaha selepas hari raya. Semestinya, kita akan rasa menyesal kerana kita akan ketinggalan jauh dan mengalami kerugian besar dengan membiarkan masa berlalu begitu sahaja.


2. Tetap gigih berusaha
Kenapa perlu tunduk dengan kelaparan ? Mengapa perlu mengalah dengan keletihan ? Justeru, kita seharusnya mengambil peluang ini dengan tetap gigh berusaha kerana kita mempunyai banyak masa apabila tidak makan. Jika hari ini kita tunduk dengan kelemahan diri, kita tidak akan kuat pada masa hadapan.


3. Cabaran utama
Kelaparan , keletihan dan rasa mengantuk sememangnya merupan cabaran buat kita sewaktu menjalani ibadah puasa. Oleh itu, kita perlu meminimunkan cabaran cabaran tersebut.
a. mengambil makanan berkhasiat
b. tidur yang secukupnya
c. sesuaikan gaya dan trend pembelajaran 
d. jangan tinggal sahur
4. Memanfaatkan masa
a. Jangan tidur selepas sahur sebaliknya bacalah buku, menelaah atau mengaji.
b. Membaca fakta@nota seperti sejarah atau geografi sementara menunggu waktu berbuka 

5. KUALITI vs KUANTITI
Kita perlu ingat bahawa kualiti lebih pening daripada kuantiti. Lebih banyak ilmu yang dapat dikuasai dalam masa satu jam menelaah dengan penuh tumpuan berbanding tiga jam menghadap buku dengan fikiran yang melayang entah ke mana.

Semoga ianya berguna dan dapat di amalkan walaupun bukan pada bulan puasa ! 
Selamat beramal :) 


#actually entry ni nak post lama dah cuma tak sempat, takpa lah, share jugak nohh, boleh guna bila2 masa or tahun depan pulak !

Ramadhan makin pergi

Assalamualaikum,

Kita sudah maklum , bulan Ramadhan kian pergi meninggalkan kita. Sedih :'(
Kita juga sedia maklum, pada 10 malam terakhir, terdapat malam Lailatul Qadr iaitu lebih baik dari seribu bulan. 
Nak tahu lebih lanjut tentang lailatul qadar? klik SINI 
Bagi yang benar benar ingin bertemu dengan malam yang mulia ini sudah tentu begitu berusaha mencarinya.
Malangnya, yang aku nampak skrg ni ramai yg beriktikaf di pasaraya lagi. Perghh, skrg kan tgh buat MURAH SALE sempena raya. Hmmm. My baju raya pun takbeli lagi actually. Pakai baju tahun lepas takpa kot nohh :3 . Apapun, aku nak pesan, bersederhanalah dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba taklama lagi. 
Heyy, bulan ramadhan dah nak pergi, dah khatam ke aQ ? Haaa, kalau belum jum juin aku speed up baca Quran tapi tajwid tetap kena jaga :D
Hari ni hari sekolah tapi aku takpi, *innocent* . Saya kan demam so, ambil cuti awai takpa aihh<ayat kaver.

HAHA ^^, cukup lha dah aku merepek. :D . Sebelum tu aku nak tulis sesuatu kat 'Ramadhan'.

Dear Ramadhan,

I wish you could stay forever :)
So, muslims will be at their best of iman. :D


                                  Sincerely, Aishah :)


Monday, July 30, 2012

Budak baru belajar

Assalamualaikum, hai !

'Budak baru belajar' . haha, aku dah lama belajar, semenjak tadika lagi. Tapi, hari ni aku jadi budak belajar guna photoshop ! I am so excited because my first try was success ! Hehe , see header yang hodoh tu ? Nahhh, budak baru belajar, nak buat gena kan..haha, i will try to improve my skill..Thanks to my friend, wafi sebab bagi aku copy photoshop cs4 dia ni. Penat download takpenah nak berjaya..Lastly ada rezeki tergolek kita amik je lah ! Hoho . 


Emm, about my life, still the same lah. Of course, aku orang yang paling sedih sebab kawan kawan aku buat tak hairan ja kat aku. OMG, hampa takpeduli ka aku keluar ke tak ? aceehh, bunyi macam merajuk lak. Tapi lebih kurang aku merajuk la yang aku keluar asrama tu tapi...takpe lahh. Orang dah memang takpeduli kat kita nak buat gena..weyh, aku pasrah ja. Tapi, aku nak ngaku aku SAYANG hampa . :(

Back to the big point, yaa, tak salah mencuba sesuatu yang baru. Err, bagi orang yang memang dah pro jangan la ketawakan aku sebab berjaya buat header yang hodoh tu ja. Im still learning. Hoho


Bagi sesiapa yang ingin belajar menggunakan photoshop seperti saya boleh la singgah sini Tutorial Photoshop
Selamat mencuba ! :)





Friday, July 27, 2012

Sad part

Assalamualaikum..

Hai !  
25 Julai 2012 / 5 Ramadhan 1433
Tarikh ini adalah tarikh bersejarah buat diri aku. Pada hari itu dengan rasminya aku keluar dari asrama.
Subhanallah, aku tak sangka aku begitu nekad dengan keputusan aku. Aku just minta aku kuat bila aku tiba tiba rindu asrama. Walaupun baru dua hari berlalu tapi kadang kadang perkataan menyesal tu timbul juga dalam hati aku. Tak mengapa lah, itu keputusan aku.
Actually, aku belum bagitau kat kawan kawan . Aku keluar senyap senyap sebab aku tak sanggup nak bagitau mereka. Aku belum bersedia sebab aku belum jumpa jawapan kenapa aku nak keluar sangat .
Ya Allah, kau permudahkanlah urusanku .. 
Kau berilah hikmah yang baik atas setiap perkara yang berlaku ..

Wahai rakan rakan aspuri, i am so sorry sebab aku ketepikan hampa semua dalam hal ni. Aku just tak sanggup nak berhadapan dengan hampa semua. So, aku harap, walaupun nanti hampa semua dah tau aku keluar, hampa akan still anggap aku macam sebahagian dari aspuri and kalau tak aku lah org yang paling sedih. :( . I will miss everything about hostel. Hostel life is something that wonderful that cant be describe by word but can be feel by your experience. No more ring that make me wake up at morning. No more sahur with friends. No more everything about hostel :( .... Fine. This is all my choice . Aku kena kuat ..


Friday, July 20, 2012

Rinduku...padamu.sahabatku..

Assalamualaikum..

Hari ini, aku buat entry ni khas untuk sahabat-sahabat aku.
Aku, secara sedar dan waras ingin memohon maaf atas kesilapan aku pada mereka.
Aku tau aku salah, aku teruk, tapi aku harap mereka dapat memberi aku satu lagi peluang.
Aku tersangat merindui hampa...rindu..rindu...
Tapi, aku malu nak berdepan dengan hampa..apa jenis kawan aku ni ?

Aku ingin memohon maaf sebab dulu aku sombong, angkuh, untuk dengar nasihat hampa..
Sekarang..semuanya sudah terlambat..

Dengarlah wahai sahabat..
Aku amat merindui lunak bicaramu
menegur setiap tingkah bicaraku
Aku amat merindui redup wajahmu
mengukir senyuman saat sedihku
Aku amat merindui hulur tanganmu
membantu tika susahku..

                                                             Kini, baru aku sedari..
Pelangi yang indah itu kian pergi
bersama dirimu jauh berlari.. 


Friend is everything.
hope our friendship will last until Jannah. Aminn

Forgive me....if not, please..let me keep all our memories...it is a sweetest thing 
to be remember in my life.

Friend, nothing is good until we be together.
i do miss you all


Thursday, July 19, 2012

Done

Assalamualaikum, 
Alhamdulillah, akhirnya tak lama lagi kita akan menyambut bulan ramadhan. dan berakhirlah hari-hari yang busy buat aku. :)

Hari Sukan [done]


 Hari Koperasi [done]
 Kem Perdana [done]
Hari Kebudayaan Aspuri [done]

Aku bersyukur sebab aku diberi kesempatan untuk bersama rakan rakan aspuri sewaktu majlis perlantikan.
Tapi, malangnya, jodoh aku dengan aspuri tak lama, minggu depan MAYBE aku akan keluar dari aspuri buat selama lamanya.
               Akhirulkalam, aku sayang aspuri. tapi aku perlu buat keputusan ni untuk kebaikan aku. =]

Selamat menjalani ibadah puasa buat semua !

Monday, May 28, 2012

Best Cuti Ever

 
Alhamdulillah, Allah masih mengurniakan nikmat kehidupan kepada kita hingga hari ini. :) 
Dah tiga hari cuti kan ? Ingat, jangan cuti untuk seronok je, homework jangan lupa buat ! Sekolahku menyediakan modul homework yg di beri nama "cuti-cuti belajar". Oh, bertuah sangat sebab ada kerja, tak la bosan sangat cuti ni, ye tak ? the best thing ever sebaik je cuti menjelang is i have a sleepover at een house. every happy and funny moment i have there.


  kenduri kahwin kak een,yg pkai baju pink tu ! org sibuk dgn kenduri kami sibuk menyembang. hahaha

hah, yg ni memang kelakar ! ptg tu kami merempit p kedai ramai2 and at last, kami smpai kat selekoh, aini bwk motor sorg2 kat depan, aku n pnut kat tgh, belakang kami een n aisyah. aku n pnut pnya la hairan mana aini sbb kami kan ikut belakang dia..terkejut gak dia pergi mana. tiba tiba dia naik dari tebing sambil pgang selipar dia. hahahaha, kesiannn. habis kotor motor mummy dia.

hurm, best dapat habiskan masa with kwan2 sebelum cuti pnjang. ye lahh, nanti rinduuu <3 
jaga diri bila pergi bercuti. jangan lupa diri n yg pnting jangan lupa tunaikan kewajipan kita, solat lima waktu :). i hope cuti ni akn jadi best cuti ever for me , just say it ! 

Sunday, May 20, 2012

So confuse ...

Assalamualaikum ..

Pejam celik, pejam celik dah bulan 5. taklama dah nak masuk bulan puasa lak. Dah habis ke ganti puasa yg lepas ? Cepat2 ganti k, nnt takot xsempat kan .. Kenapa aku asyik rasa nak keluar asrama ehh ? fuhhh, sabar.. Bagi habis tahun ni sudah. Why i feel like that ? Ada beberapa faktor ..

First, kawan.
yeahh, aku tak nafikan, i get many great friend there ! and i love them but sometime they always make me hurt.
Tahu laa, bila tggal kat ostel ngn kawan2, berbagai ragam kita leh lihat and kena hadapi. aku memang leh tahan tapi tak kan selamanya. aku takut satu hari nanti aku dah tak mampu nak simpan ..

Next, result .
Aku teringin gak nak p tuisyen, tambah2 lagi fizik. aku cukup lemah subjek tuu. entahlaaa, aku pun taktauu sebab apa..maybe selalu tido lam kelas kot :P . HEHE . tapi, seriously cakap..result makin terukk..kalau aku biar satu perkara tak paham nanti bertambah lagi, susah oo .. nak p tuisyen ...

Then, me like to talk .
Yeahhh, thats me. im a talkative person so this make me not study but chatty at prep time. huhuu. susah susahhhh .... bila nak study betul2 orang lain pulak bising kannn ... 

Lastly, my adiks.
Seem like they look terrible when i am not at house. They just play game, watching tv and movie . They do not touch the book even one !! Unfortunately, this make their result down and down . Huhuu, who gonna make them up again. yeahhh, me .. but i was not there when they need me ..

K, whats i have to do now ? i love hostel ... and for me, hidup di asrama lebih baik sebab takde henset, lappy yg melalaikan aku...yeahh, tak di nafikan juga, aku lebih bnyak study kat asrama tapi main2, yg peliknya, aku study sikit saja kat rumah tapi sungguh2. entahlaaa, let me discuss with my parent first, right ?

Sunday, April 1, 2012

Apabila aku potpet

Assalamualaikum ..

Hey .. aku demam ! hahaha, sukanyaaaa ~ -.-
Aku takmau balik asrama, takmau ~ hahaha
hah, cakap berkenaan asrama ..
Form4 Aspuri ada ahli baru, siapakah dia ?
Nusra Zakaria ! hehe, harap sangat dia dapat bertahan kat asrama..Hostel Life best hape ? kan ?
#belum cuba belum tahu 

Usrah ? Alhamdulillah, usrah kat asrama berjalan seperti biasa. 
Banyak ohh isu semasa yang kami bincangkan. Minggu depan kami telah diberi tajuk oleh naqibah kami untuk dibincangkan iaitu, 'Couple Islamik' . Ohh, menariik sangat tajuknya :D 

Ohh, result awal tahun dah keluar, weheee, terbaikk giler <---jangan tnya knpa terbaik ..
so, lepas ni pulun lagi chah oii ! jgn pikir nk bercinta ja [nah haii] :D

oke, cukup la celoteh kali ni -.- ..

sekadar renungan ..


Wednesday, March 14, 2012

I'm Back


Assalamualaikum ..

Apa khabar semua ? wow ! lama sudah aku tak update blogkan ! 
semenjak aku menjejak kaki ke alam menengah tinggi[form 4] , hidupku, alamak busyy sangat . tambahan pula aku tinggal di asrama . balik pun 3 minggu sekali. wow . mmg best habis .


Exam awal tahun dah lps mggu lps. Alhamdulillah, aku amek kls sains n oklaa jwb aritu.
tapi, yg sedihh, aku bnyak careless. Add Math ? HAHA . sangatlah best ! 


Doakan aku yg terbaikk..aku nk sngt merealisasikan azam aku untk tahun ni , harap2 berjaya lah :3
Aminnnn ! tanpa usaha semuanya tak akan berhasil ! 

Chaiyokkk Aishahh !