Monday, July 29, 2013

Al Quranku

Assalamualaikum..

Salam Nuzul Quran ! Sempena hari yang mulia ni, aku nak kongsi sikit la tentang apa yg berlaku kat aku hari rabu yang lepas. Tengahari tu seperti biasa, semua pelajar akan bergegas ke surau untuk solat zohor berjemaah. Aku juga, seperti biasa, ke surau selepas tamat pnp. Usai mengambil wuduk kat surau perempuan, aku segera ke surau Al Falah. Kami(pelajar perempuan) tak dibenarkan solat di surau perempuan kecuali dah lewat. Masuk saja ke surau, sementara menunggu untuk solat, aku ambil kesempatan membaca al quran yang memang aku sentiasa bawa dan aku sayang sangat al quran tu. Lepas solat jemaah, ustaz ziayuddin mula memberi tazkirah. Sudah menjadi kebiasaan, pada bulan ramadhan, kami akan dengar tazkirah selepas solat zohor sebelum pulang ke rumah.

Ustaz menyatakan kekesalannya tentang solat sunat rawatib yang semakin hilang dalam kalangan pelajar. Tapi ada satu saja perkara yang ustaz cakap, yang amat menyentuh jiwaku, jauh ke lubuk jiwaku. Ustaz cakap, dia dah jumpa ramai pelajar yang menggunakan al quran yang bukan rasm uthmani punya. Ada cara untuk check sama ada quran itu rasm uthmani atau tak.

Apakah rasm uthmani?

 Adalah mushaf yang dicatat dan disempurnakan pada zaman Khalifah ‘Usman ibn ‘Affan yang digunakan kaedahnya hingga hari ini.
   Mushaf Uthmani disandarkan pada nama khalifah Uthman
   Menurut jumhur ulama, mushaf ini berjumlah 6 buah.
   Kaedah tulisan kalimah2 dalam mushaf Uthmani, dipanggil dengan = Rasm Uthmani

Keistimewaan/kelebihan mushaf Rasm Uthmani

  1. Mengikut tulisan asal alQuran sewaktu zaman Nabi s.a.w ( kerana ianya disalin dari mushaf abu bakar)
  2. Memperbolehkan bacaan sesuatu kalimah dengan pelbagai qiraat.  – Mengandungi pelbagai Qiraat, walaupun sebahagiannya berlaku perbezaan makna tapi tak terkeluar dari maksud dan tujuan ayat itu.
  3. Telah disepakati lebih kurang 12,000 para sahabat atas keputusan penulisannya.
  4. Ditulis berdasarkan dalil dan hujjah yg kuat dari bacaan yg mutawatir.
  5. Ditulis ayat2 yg diambil dari para huffaz yg menjadi teras pengumpulan alQuran
  6. Kaedah2 penulisannya mengandungi pelbagai rahsia dan pengembangan ilmu dan ijtihad.

Kewajiban menulis Qur’an dengan kaedah Rasm Uthmani

Sebahagian besar para ulamak salaf dan khalaf (Jumhur ulamak) berpendapat wajib menulis Quran dengan kaedah rasm uthmani kerana inilah satu sunnah yg telah ditulis oleh para penulis wahyu dan direstui oleh Nabi s.a.w dan disepakati oleh khulafa’ rasyidin dan para sahabat.
Banyak hadith2 yg menguatkan pendapat ini.



ALLAH SWT telah memberi jaminan untuk menjaga al-Quran melalui firmannya yang bermaksud: Sesungguhnya Kami yang menurunkan al-Zikr(al-Quran) dan Kamilah yang menjaganya. (al-Hijr: 9)
Ulama menafsirkan penjagaan ini terbahagi kepada dua iaitu di dalam dada para hafiz dan dalam helaian mushaf.
Apabila ditanya kepada Imam Malik apakah boleh ditulis mushaf mengikut ejaan semasa? Beliau menjawab mesti ditulis mengikut apa yang ditulis oleh penulis wahyu di zaman Rasulullah SAW.
Imam Malik juga menyatakan bahawa al-Quran ditulis mengikut pendengaran para sahabat ra dari bacaan Rasulullah SAW.
Dua petikan kata-kata Imam Malik di atas adalah bukti yang kuat kepada kita bahawa penulisan Rasm Uthmani adalah pilihan utama kepada umat Islam dan wajib dikekalkan.

*Itu ja yang aku boleh kongsi sebab aku pun tak faham sangat tentang rasm uthmani ni.*

btw, rupa rupanya quranku juga merupakan salah satu quran yang bukan rasm uthmani punya. sedih yang amat. Aku dah guna sejak form1 lagi. Maknanya selama 5 tahun ini, aku membaca quran yang salah? Keesokannya, ustaz ziayuddin kumpul semua al quran yang bukan rasm uthmani. Dia kata nak hantar kat pejabat agama. Ya Allah, sedih sangat. Aku sayang sangat al quran aku tu. Tapi, aku terpaksa serahkan juga. Aku kucup al quran tu. Walaupun salah, al quran tu banyak berjasa kat aku. Aku lihat rakan rakan yg lain pun begitu juga.

Balik dari sekolah, aku dan aini pi cmart arau. Aku nak cari quran baru. Akhirnya aku jumpa quran yang aku berkenan sangat. Harganya RM55. Aku tak tahu nak cari duit mana. Aku ada RM30. Aku suruh kak yang jaga kedai tu simpan untuk aku. Balik rumah, aku terus nyatakan hasrat aku kat ayah. Alhamdulillah, ayah bagi jugak duit yang selebihnya tu. Boleh la beli quran baru! Hehe . Ehh, lupa gitau, aku dah check quran baru ni ok. Memang rasm uthmani punya :)





Bahagian dalam, ada hadith dan asbabul nuzul


So, hati hati lah yer membeli. Banyak dah quran palsu. buku hadis yang palsu. Oh, lupa nak gitau, kemarin pegi beli al quran digital dengan mak. Mak nak sangat beli, katanya mudah dia nak baca. Bagus jugak quran digital tu, sesiapa yang belum pandai membaca, boleh belajar. :)
Ingatlah, tak rugi habiskan duit ke arah kebaikan :) yang ruginya habis duit beli mercun! Apatah lagi dalam 10 malam terakhir ini, sepatutnya al quran tu dah baca 20 juzuk lebih :)
Dekatkan diri dengan kalamullah, lagi dekat diri kita dengan Allah :)

Saturday, July 20, 2013

Syawal Giveaway by Syazlia & FD


Assalamualaikum.


klik banner untuk join

Senarai hadiah:
Peplum tribal x 3, skirt lycra x 1, pashmina x 1, shawl x 1, brooch x 3, topup RM10 x 2, topup RM5 x 3, duit Raya RM20 x 2


Giveaway Gempak Raya 2013


ADA 43 PEMENANG YANG BERTUAH !!

Hadiah - Hadiah Menarik :

1- Skirt Stylista
2- Cursor Bertema
3- Top
4 - Dress
5- Topup RM5
6- Novel Adam Dan Hawa
7- Pretty Little Badge
8- Instant Hijab 
9- Bag
10 - Tudung/Shawl
11- Tudung Nur Kasih
12- Earring
13- Nano white infinity trial cream
14 - Perfume
15- Shawl + Inner
16 - Hair Ribbon Clips
17- Gelang
18- Shawl
19-Topup RM5

SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan , Semua ! Hehe . Kali ni Fie nak buat segmen simple yang bertajuk " SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan " . Tujuan Fie buat segmen ni untuk berkenalan antara satu sama lain n untuk menambahkan follower n trafik blog korang . Segmen ni bermula pada 13 July 2013 sampai 8 Ogos 2013 11.59 malam Fie hope sangat2 segmen ini mendapat sambutan meriah .

CARA - CARA NAK JOIN

  1. Follow blog CIK FIE
  2. Like fanpage CIK FIE  
  3. Buat satu entri yang bertajuk " SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan "
  4. Copy coding entri  yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri 
  5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini



Sunday, July 14, 2013

Tips Menjawab soalan Biology

Assalamualaikum !


Pada kemarin hari, iaitu hari Sabtu bersamaan 13 Julai 2013 Masihi, aku telah menghadiri satu bengkel biology. Hampir semua sekolah di Perlis menghantar wakil i mean student depa untuk join bengkel ni. Alhamdulillah, banyak manfaat yang aku perolehi. :)
Ada la sikit nota yang aku conteng dan aku nak share dgn hampa semua :)
Hope dapat membantu 

1) Kaya dengan pengetahuan biologi dari segi :
  • Definition
  • Concept
  • Terminology
  • Gambar rajah
2) Mempunyai kemahiran teknik menjawab
-setiap soalan mempunyai :
  • Stimulus
  • Stem soalan
  • Arahan
  • Keyword
-kenalpasti setiap satunya bagi memudahkan kita menjawab soalan

3) Berfikir secara kritis bagi membina ayat jawapan.
Cth 1 : 
Explain the importance of kidney (3 MARKS)
Keywordnya, explain. Mesti bagi FAKTA dahulu, kemudian PENERANGAN.
Jawapan : -As an osmoregulatory organ(FAKTA) 
                - that regulate the osmotic pressure (PENERANGAN)
                - and regulate the water and salt balance (PENERANGAN)
Cth 2:
STATE one function of ligament.
Keywordnya, state. Mesti bagi FAKTA sahaja. 
Jawapan : Attach the bone to bone

4) Pastikan anda cekap menjawab soalan High Order Thinking(Hot) Question.
-Kita mestilah menguasai setiap Application dalam biology untuk menjawab soalan ini. 

Itu sahaja. Actually, bukan hanya biology malah chemistry, physics dan subjek lain lain lagi sesuai untuk digunakan tips ini. Yang penting, study smart 

Saturday, July 13, 2013

Ramadhan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, akhirnya kita sudah berada pada bulan yang di tunggu tunggu seluruh umat Islam. Bulan Ramadhan. Bulan yang mulia. Bagaimana dengan ibadah puasa kalian ? Ingat, berpuasa bukan hanya berpuasa dari makan dan minum malah berpuasa daripada melakukan larangan Allah yakni menjauhi kemungkaran. Tetapkanlah azam, supaya ramadhan kali ini lebih bermakna daripada ramadhan yang lepas. 

Kelebihan Bulan Ramadhan
  • Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hamba-Nya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
  • Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar di mana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalan pada malam tersebut.
  • Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan. Oleh itu, kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran berserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
  • Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
  • Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan. Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri. Mohonlah keampunan Illahi i bulan Ramadhan yang mulia itu.
  • Kegembiraan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
Apabila masuk bulan Ramadhan,  terbukalah pintu-pintu rahmat dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan (daripada merasuk mangsanya)“.
(Hadis Sahih – Riwayat Muslim)


Btw, sempena menyambut bulan ramadhan ini, aku ingin memperkenalkan sebuah lagu yang liriknya sangat menyentuh jiwa.

Ramadhan 
by: Maher Zain
You lift me up high
You spread my wings
And fly me to the sky
I feel so alive
It’s like my soul thrives in your light
But how I wish you’d be
Here with me all year around

Chorus:
Ramadan Ramadan,
Ramadanu ya habib
(Ramadan, Ramadan,

Ramadan O beloved)
Ramadan Ramadan
Laytaka dawman qareeb
(Ramadan, Ramadan,
How I wish you were always near)

Love is everywhere
So much peace fills up the air
Ramadan month of the Quran
I feel it inside of me, strengthening my Iman
But how I wish you’d be
Here with me all year around

Chorus
I just love the way you make me feel
Every time you come around you breathe life into my soul
And I promise that
I’ll try throughout the year
To keep your spirit alive
In my heart it never dies
Oh Ramadan



Salam Ramadhan :)

Tuesday, July 9, 2013

My Mighty Minds 2013

Assalamualaikum and hello peeps !

Warning! Do not read this if you're lazy! This entry is too long for a lazy person like you :)


6 July 2013, made my day light up! :D Mighty Minds memories :]

Pagi itu, aku bangun pukul 7:15 a.m .Aku pikir aku dah lewat, memang kalut bersiap. Then, aini sampai. Dia yang akan menemani aku ke Politeknik Syed Sirajuddin sebab aku tak familiar sangat dengan tempat tu. Bila dah sampai sana, rupa rupanya kami antara orang yang awal tiba. Hahaha. Sekolah aku menghantar 4 kumpulan yang diwakili oleh form 5 (form lain aku taktau ada berapa team). Dua lelaki, dua perempuan. For your information, this is my first time joining this challenge.
Lepas daftar, team untuk lower secondary yang mula dulu. Kami dapat no team, R15. Memang nervous tengok depa. Lemah semangat jugakla sebab soalan depa pun aku takleh jawab -___-. So, start dari situ aku memang tak expect untuk menang :(

Me and Izatul while waiting for our turn :)
How the challenge ?
First of all, Multiple choice quiz·Teams in each category are to answer 20 multiple questions in English which are based on current events and general knowledge, through an interactive device.·The Top 10 teams in each category will proceed to the second round which is the hands-on challenge.
Time ni, aku yang jadi pemegang remote untuk tekan jawapan. Partner aku ialah Izatul dan Shafinaz. Sungguh, banyak soalan yang kami main tembak je. Lepas tu kami pejam mata dan bertawakal. Akhirnya, kat score board menunjukkan kami di tempat ketiga dengan 260 point. Maknanya kami layak ke second round iaitu hands on! Terbeliak mata kami, memang tak jangka dapat teruskan ke hands on. Tapi, nampaknya, memang rezeki kami :) Unluckily, hanya dua kumpulan bagi upper category sekolah aku yang berjaya ke round seterusnya; kami dan satu team lelaki. 
Hands-on challengeThe challenge will be to build an innovative model in ONE hour. Using Science and Mathematics principles, this model should offer a creative solution for a problem presented two weeks before the challenge in StarEducate and online at www.thestar.com.my/mightyminds.·All teams need to give a three-minute ‘Oral Presentation’ on their model to the judges. Speaking in turn, team members will speak for ONE minute each.·The top five teams in each category will move on to the third round which is the buzzer quiz.
Actually, kami baru ja dapat tau soalan tu. Kami mintak tolong teacher mahanom bagi idea dan bagi pendapat tentang idea kami juga. Kalut sangat. Mana dengan nak reka lagi, nak makan, nak pikir.
Bila dah mula, kami macam kelam kabut sebab taktau nak buat apa. On the spot jugak kami reka sendiri model tu. Kami namakan model tu, 'Multiple-Purpose Choice'(MPC). Lagi lima minit nak tamat, kami still tak siap padahal orang lain dah siap and tengah prepare untuk oral. Tapi kami tak putus asa. Time oral, semuanya berjalan lancar. Tapi ada sesetengah soalan juri yang kami tergagap nak jawab(kami ada mention nama MPC tu jugak). Haha


Buzzer quiz·The top five teams will take part in a buzzer quiz where they will have to answer open-ended questions in English based on Current Events and General Knowledge using the speed quiz buzzer system, individually as well as collectively.
Lepas hands on, kami diberi rehat selama lebih kurang sejam jugaklah sebab nak tunggu yang lower team habiskan oral mereka. Akhirnya, mereka nak umumkan top five untuk buzzer quiz. Diorang start dari low point, sampai yang top point. Kumpulan lelaki sekolah kami iaitu Firas, Irfan dan Afiq dapat tempat keempat dalam hands on. Team kami belum dapat tempat...Rasa sedih sangat. Adakah kami dapat masuk final round? Akhirnya, team kami dapat tempat pertama dalam hands on dengan markah yang paling tinggi iaitu 46.27. Terkejut yang amat! Memang rezeki kami :)

Malangnya, buzzer quiz, kami hanya mampu menjawab satu soalan sahaja yang memperuntukkan dua point. Tapi kami bersyukur, kami dah berjaya sampai final round.

Time yang paling nervous sekali, keputusan. Aku agak, maybe team kami tak akan dapat first, second and third. Tangan aku dah mula rasa sejuk, badan berpeluh peluh. Aku tengok firas and the geng relax sungguh. Siap menyanyi nyanyi lagi lagu 'we are the champion' sebab waktu tu diorang tengah umum lower team punya champion. Tibanya saat bagi upper, diorang umum tempat kelima dahulu, not us. Lega. Tempat keempat, not us jugak! Wahhh, dah sah2 dapat antara satu, dua atau tiga. Lastly, kami di umukan sebagai 'second runner up' of Perlis state! Tak sangkaaaaaa.......dan yang paling terkejut, team firas adalah champion ! Hahahahaha.

Alhamdulillah, ini lah hadiah kami untuk sekolah, rakan rakan dan diri sendiri. Maklumlah, teacher Anisah sendiri cakap, dia menunggu saat ini bertahun tahun sudah. Dan akhirnya, kami realisasikan impian teacher :)
For Firas, Afiq and Irfan, all the best for National Challenge . Good Luck :)
Thanks to the organizer, The Star and RHB Bank because we learned a lot from this Mighty Minds Challenge.  :)
The most important, thanks to Allah yang maha pemurah, yang memberi rezeki kepada kami yang tak berapa layak ini :') Alhamdulillah.
 Wanna know more? Click  HERE

My treasure :) 

Monday, July 1, 2013

Kisah si pohon semalu


Semalu atau dalam istilah saintifiknya ‘Mimosa pudica’ (Sensitive Plant) (pudica = shy), adalah suatu tumbuhan renek berduri yang sering dianggap menyusahkan dan sering tidak dipedulikan tetapi sifat yang tersirat dan pemalunya seharusnya dijadikan contoh ikutan para Muslimah.
Firman Allah SWT :
رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا“Tidak Allah jadikan sesuatu itu sia-sia.” (Ali ‘Imran; Ayat 191)
 .
Malu adalah salah satu sifat mahmudah yang seharusnya ada dalam diri setiap insan terutamanya seorang wanita muslim. Ia penting sebagai benteng untuk menjaga iman kita dari terhakis oleh perkara yang mungkin boleh menjerumuskan kita ke lembah maksiat dan perbuatan lain yang tidak elok.
 .
Bila bercakap tentang malu, ada satu kisah menarik tentang MALU. Kisah antara Rasulullah  dan puteri baginda Fatimah r.a..
Pada suatu hari, Rasulullah   berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.
.
Fatimah mengatakan kepada Ayahndanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.
.
Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
.
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuatdengan Allah Rabbul Alamin.
.
Dan yang keempat dan terakhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabilasenja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
.
.
Jadi, wahai para muslimah sekalian, ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanyalah tumbuhan renek yang melata tetapi sifat malu tetap terjaga dan kena pada tempatnya, yang sentiasa mempertahankan maruah dan harga diri, dan yang pandai menjaga diri.
Sabda Rasulullah   yang cukup indah; “Malu itu baik semuanya.” (Riwayat Bukhari)
.
Malangnya perasaan malu yang dianugerahkan oleh Allah SWT itu pula disalurkan pula di tempat yang salah. Contohnya malu bertanya semasa belajar di dalam kelas, malu untuk menutup aurat, malu berbuat baik dan seumpama dengannya.
.
Wanita Muslim sepatutnya malu dengan Allah SWT jika ingkar akan suruhanNya, malu dengan Rasulullah   jika meninggalkan sunahNya, malu kerana lupa atau malas membaca Al-Quran, malu kerana tidak menghormati guru serta ibu bapa, malu kerana melakukan maksiat, dan yang penting malu dengan dosa-dosa kita.

Wahai muslimah,
Jadilah seperti pohon semalu..
yang durinya,
menjadi perisai diri..
yang daunnya,
 menguncup saat di sentuh..
yang akarnya,
kuat mencengkam bumi..
Tidak berbau wangi dan tidak menarik hati,
maka..tiada kumbang yang akan memerhati..
kerana..
indahmu cukup tersembunyi!