Sunday, September 15, 2013

We're not perfect







Tips hilangkan kesedihan

                                                                  Assalamualaikum..




Heyyyyy awakkkkk!
Awak tengah sedih ke tuu? Alalala, shiannyer..Ehemm. Sedih. Suatu perasaan yang semua orang pernah rasa. Aku paling benci bila aku sedih or marah or geram or sakit hati. Bagi aku, hidup aku hanya perlukan kegembiraan. Cewahhh. No lahh, i mean, aku kan nak exam tak lama lagi. So, aku tak nak lah emosi yang tak elok ni menyerabutkan kepala otak aku. Kann? Aku pernah join sesi kaunseling berkumpulan. Aku mintak pendapat kawan kawan and cikgu untuk uruskan emosi. Sebab waktu tu fikiran aku memang serabut. Aku tak tau nak kawal emosi tu. So, inilah antara pendapat kawan kawan aku :

1) Lakukan perkara yang menyeronokkan.
Contohnya, hampa keluar hang out dengan kawan kawan. Pegi shopping ke, makan ke, or whatever, for sure hampa akan rasa gembira. At the same time, kawan kawan boleh tolong beri nasihat. Haa, kan senang hilang sedih tuu ;) 
Kalau boleh, sibukkan diri dengan pelbagai kerja, barulah hampa akan senang lupakan kesedihan.

2) Luahkan kepada seseorang
Selalunya kita akan pilih orang yang kita nak luahkan masalah. Orang tu mestilah boleh dipercayai. Kan? Selalunya juga, orang tu adalah kawan. So, jangan la rasa segan, malu, shy shy cat dan sebagainya lagi lah untuk story masalah hampa kat depa. Mana tau depa boleh tolong. Kalau tak boleh tolong, boleh beri nasihat. Kalau tak boleh beri nasihat, boleh jadi pendengar je lahh. Kadang kadang kita dah rasa lega bila dah luah walaupun masalah tu belum selesai. Ada juga orang yang tak suka luahkan kat orang lain. Jangan risau, hampa boleh ja luahkan kat kertas, tulis semua perkara yang tak puas hati, then bakar. Kena bakar tau, nanti ada orang baca. Takpun, hampa boleh ja luahkan kat bantal, teddy bear, tapi yang ni kira tahap teruk sebab boleh dikategorikan sebagai orang gila. Yolahh, cakap sorang sorang :P

3) Menangis
Hok nii selalunya perempuan lah. Tapi jangan kata lelaki takda yang menangis. Ada. Depa pun manusia biasa. Dulu kecik kecik pun depa nangis jugak mintak susu botol. Kan? Cuma lelaki ni hati dia lebih kuat dari perempuan. Perempuan hati dia lembut, cepat terasa. Bila rasa sedih, aku syorkan, hampa jangan lah tahan menangis. Kononnya hampa kuat. Jangan. Menangislah sepuas puasnya. Then, barulah hampa senyum kembali. :)

4) Mengadu kepada Allah
Allah maha mendengar, maha pengampun, maha mengasihani. Dia akan dengar doa hambanya. Bila rasa sedih, jangan lupa, kita ada Allah. Mengadulah padaNya, minta petunjuk, minta tenangkan hati. InsyaAllah, Allah akan makbulkan.

Things that happened today, made me realised that….Deep in my heart, I truly believe that…ALLAH have better plan for me, InsyaAllah. He knows better. :)Don’t be sad…La tahzan innallaha ma’ana…

Hope hampa tak sedih dah :)
Jangan sedih sedih yaa, senyumlah selalu, dengan senyum hampa boleh lupakan masalah tapi jangan ketawa tak ingat dunia tauu.

p/s : orang yang selalu senyum ni akan cantik sampai ke tua. Haha, tak tahu lah, my mum yang cakap :P

Babai ^^

Friday, September 13, 2013

Tips hilangkan rasa bosan

Assalamualaikum..


Sekarang musim hujan kan? Aku nak ambil kesempatan ini untuk memperingati semua orang agar menjaga keselamatan di jalan raya, and kesihatan diri. Okayy? Bila hujan mesti susah untuk kita keluar tak kira lah ke sekolah, kerja or whatever. Apatah lagi pelajar seperti aku yang baru selesai menjawab semua paper TRIAL SPM. For sure nak rehat rehat je kan? Haha. Then, bila hujan ja mesti kita terperap dalam rumah ja. Aku selalu rasa bosan bila hujan. Tak tahu nak buat apa. Nak study pun dah malas. Hampa pun bosan? Yeker? So, meh saya nak share sikit tips menghadapi bosan. Ehemm

1. Jangan berseorangan
-Elakkan daripada berseorangan. Kalau boleh cari lah sesiapa buat teman. Kalau kat rumah, ajaklah adik ke, abang ke, kakak ke, atuk, nenek, mak ayah, mak mentua, cucu cicit untuk teman hampa sembang. Aku konfomm punyalah hampa tak bosan. Sembang pi lahh apapun topik. Kalau hampa cakap sorang memanglah bosan. Cuba la cakap dengan orang lain, mesti ada saja balasan. Kan? Sekurang kurangnya ada jugak orang nak ajak bertekak. Haha :P
-If kat rumah hampa tu takdak orang, bukak la internet, sekarang kan bnyak laman sosial, bukaklah facebook and twitter hampa tu. Nak taruh sampai berhabuk buat apa?

2. Buat perkara yang di sukai
-Yang ni paling aku suka. Contohla hampa suka tidur. So, kalau hampa bosan, tidur je lah lama mana pun. Tapi make sure solat jgn tinggal! Tidur didahulukan, solat diutamakan! :P Ada jugak orang yang bila bosan je dia suka makan. So, jangan la hina orang yg gemuk tu, kesian dia, mesti dia selalu rasa bosan kan? :P
Buat je lah apa yg hampa suka buat time bosan. Mesti tak bosan dahh! Tak percaya cer tryyyy!

3. Buat semua kerja yg perlu
-Bosan ni menguntungkan. Kenapa? Sebab bila bosan, hampa boleh isi rasa bosan dengan buat semua benda yg perlu. Contohnya, homework, assignment, kemas rumah, lap rumah, cuci rumah. Selalunya bila aku bosan, aku suka kemas bilik.

4. Keluar makan angin
-Tak semestinya makan angin ni keluar melancong. Dalam rumah pun boleh makan angin. Dalam rumah jugak hampa boleh keluarkan angin tak kiralah menggunakan method yg mana satu sama ada melalui belakang atau atas. Maksud aku, hampa keluar la ronda ronda depan rumah, tengok dunia ciptaan Allah yang begitu hebat ni. Dapat pahala tau tak? Rumah aku kat kampung, keliling sawah padi, so, aku akan pergi berjalan jalan tepi sawah padi, tengok padi yg kian menguning,(tapi sekarang musim menuai). Rasa tenang sangat and automatik hilang rasa bosan.



Ok, itu saja yang ingin aku kongsikan. Maaf kalau hampa try tak jadi. Hope hampa tak bosan dah!! Orang yang bosan ni selalunya orang yg malasssssss! Hahahaha, babaiiii xD


Sunday, September 1, 2013

Lawatan Kelab Sejarah (Bad Memory)

Assalamulaikum ..

Esok paper biology untuk trial punya. Hahaha, aku still terperap dalam bilik mengadap laptop yang membuang masa ni. But, itsokeyhh, saya suka saya suka (result teruk baru padan muka) :P
Entah kenapa aku rasa nak story pasai lawatan yang aku pi pada 3-6 Jun yang lalu. Lama dah kann ? Biaq pi la aku nak cerita jugakkk! Tak kiraaa!

Actually, aku dah demam sminggu sebelum pi, tapi aku degil, tak dngar cakap mak n ayah. Aku gagahkan diri pi jugak. Sebab apa? Sebab sorang kawan aku ni. Aku pi sebab dia. Aku taknak hampakan dia yg susah payah jayakan lawatan ni. Memang teruk jugak keadaan aku, aku batuk, selsema, badan panas sangat. Aku dah penat telan panadol. Destinasi pertama kami adalah KL , kami sampai dalam pukul 8p.m jugak la. Then, check in kat hotel Hankyu kat jalan chow kit. Aku masuk je bilik terus baring lemah. kawan2 ajak turun makan tapi aku tak larat. Naseb baik depa prihatin mau jugak beli makanan kt aku. Huhu

Esok hari, kami pi beberapa buah muzium, antaranya Muzium Kesenian Islam, Muzium Diraja, Muzium apa lagi tah. Tapi yang aku ingat ada empat. Memang boring tapi seronok, apa apa pun aku memang tak larat nak jalan, asyik cari tempat duduk ja. Haha

depan muzium diraja, orang tak bagi amik gambar kami amik jugak :P

 Malam tu, kami pi ICT, mula dari sini lah terciptanya bad memory bagi aku. Awai awai tu memang seronok, turun ja dari bas, kami berlima (aku, een, yat, aeni, pnut) pi cari kfc. Maklumlah lapar sangat. Haha, lepas tu kami pi la snap sat. KawanII yang lain pakat masuk snow walk, kami ja dak. Aku memang tak suka. Habis duit and dapat sejuk ja, dah la demam. bukan ada salji boleh main pun.

Sebelum pi ICT, tengokla muka gembira tu
Waktu tu dah pukul 11, aku nak pi tunggu bas. Aini pi cari kawan2 yang lain. Tinggal la aku sorg. Aku lak tak reti cari jalan. Akhirnya aku sesat, aku taktau nak buat apa, aku pusing merata dah. Tak jumpa jugak. Lepas tu...Aku takmau la cerita part yang mulakan bad memory tu. Akhirnya aku jumpa jalan nakpi ke tempat bas tunggu. Waktu tu air mata dah meramu. Memang tak leh tahan. Malu la jugak kat orang sekeliling tambah2 budak lelaki sekolah aku tu...

Start dari tu, aku dah tak ceria, aku asyik murung, jalan sorang2. Esok tu pi cameron, aku memang takdak hati dah nak teruskan lawatan tu. Rasa macam nak balik. Geng budak2 laki ingat aku menangis sebab aku gaduh dengan tutttttttt. Tapi depa salah. Dia tu la yg jadi kekuatan aku, bagi nasihat kat aku. Walaupun aku kena marah. Hewhew. Dia kata, "tu la, degil, org tak bagi pi, nakpi jugak. kalau pi seronok takpa, ni tak, sedih ja" .

Malam tu, kami pi pasar malam. Aku ingat takmau pi. Tapi cikgu Izzah kata kena ada orang teman, masalahnya sapa nak teman? Semua seronok nak keluar. Trpaksa la aku keluar. Dah la hujan, dengan aku yg still demam, bertambah la teruk demam aku. Kat sana, aku jalan dengan pnut n yat. Actually aku nak jalan sorang tapi tak berani la pulak. Aisehhh, maklumlah tempat orang. Aku ni anak dara...dah la kiut :P

Senyuman senget, mood takdak
Balik ja kat apartment, aku terus tidur. Tak kisah dah apa yg berlaku. Kawan2 yang lain pakat dok tengok cerita hindustan tv2. Esoknya kami nak balik dah, tapi sebelum tu kami melawat taman bunga milik MARDI. Memang penat hati aku. Then baru la aku sedar, kenapa aku perlu sedih kerana org lain? Kenapa aku sia sia kan lawatan aku dengan air mata ja? Aku pun enjoy je la saki baki waktu yg ada. Waktu tu la baru aku teringat aku tak beli apa pun lagi. Duit memang jenuh la, guna untuk makan ja. Tu pun aku makan sikit ja. Tapi nak beli apa dah....

Pegang tisu, sebab selsema kay :D


Dah start gembira :)
Petang tu kami singgah bukit merah. Aku yang geram sebab tak enjoy pada hari hari sebelum tu, mula la nak buat gila2. nak enjoy mandi sampai lebam2 punya. Tapi, kegembiraan aku dihancurkan jugak.......Aku taktau apa masalah orang yag dok kata kat aku tu...Maybe memang betul kot apa yg depa kata. Dah la. Hurmm, lepas tukar baju, baru aku sedar, charger yg ada lam beg tangan aku hilang. Wuaaaaaa, benci gila!!

Tu la serba sedikit 'bad memory' yang aku nak cerita. Sapa yang kenai betoi2 aku ni, mesti dia tau sebab apa aku asyik nangis sejak kat ICT. memang hal tu kecik ja, tapi ckup mendalam kesan dia kat hati aku. Bayangkan, aku demam tapi aku pi jugak. Aku ingat boleh enjoy tapi takkk. Maybe jugak, aku terlalu over layan perasaan. Tapi masalahnya, org yg buat aku sedih tu, tak peduli pun kat aku, nak kata dia rasa dia tak salah pun dak jugak. sebab dia...arghhhh, sudahlaaaa....taknak ungkit..asalkan aku bahagia sekarang. Hahaha. Opsss, nope. Aku tak bahagia. sebab. ada la sebab dia. tak kan semua pun hampa nak tau :P

Klahh, cau dulu. Thanks baca luahan hati yg tak seberapa. Thanks jugak kat kawan2 aku yg cuba menggembirakan hati aku. Aku tau depa sedar apa yg berlaku kat aku, cuma depa takmau masuk campur, nanti aku lagi sedih. Entahlaaa, aku taktau apa sebenarnya dalam hati org lain. Kepada sesiapa yg dok kutuk aku sepanjang aku pi lawatan tu, bertaubatlah. Hampa tak rasa apa yg aku alami. Sedap mulut hampa ja nak kata kat aku kan? Btw, tataaa titiiiii tutuuuuuu