Sunday, September 15, 2013

Tips hilangkan kesedihan

                                                                  Assalamualaikum..




Heyyyyy awakkkkk!
Awak tengah sedih ke tuu? Alalala, shiannyer..Ehemm. Sedih. Suatu perasaan yang semua orang pernah rasa. Aku paling benci bila aku sedih or marah or geram or sakit hati. Bagi aku, hidup aku hanya perlukan kegembiraan. Cewahhh. No lahh, i mean, aku kan nak exam tak lama lagi. So, aku tak nak lah emosi yang tak elok ni menyerabutkan kepala otak aku. Kann? Aku pernah join sesi kaunseling berkumpulan. Aku mintak pendapat kawan kawan and cikgu untuk uruskan emosi. Sebab waktu tu fikiran aku memang serabut. Aku tak tau nak kawal emosi tu. So, inilah antara pendapat kawan kawan aku :

1) Lakukan perkara yang menyeronokkan.
Contohnya, hampa keluar hang out dengan kawan kawan. Pegi shopping ke, makan ke, or whatever, for sure hampa akan rasa gembira. At the same time, kawan kawan boleh tolong beri nasihat. Haa, kan senang hilang sedih tuu ;) 
Kalau boleh, sibukkan diri dengan pelbagai kerja, barulah hampa akan senang lupakan kesedihan.

2) Luahkan kepada seseorang
Selalunya kita akan pilih orang yang kita nak luahkan masalah. Orang tu mestilah boleh dipercayai. Kan? Selalunya juga, orang tu adalah kawan. So, jangan la rasa segan, malu, shy shy cat dan sebagainya lagi lah untuk story masalah hampa kat depa. Mana tau depa boleh tolong. Kalau tak boleh tolong, boleh beri nasihat. Kalau tak boleh beri nasihat, boleh jadi pendengar je lahh. Kadang kadang kita dah rasa lega bila dah luah walaupun masalah tu belum selesai. Ada juga orang yang tak suka luahkan kat orang lain. Jangan risau, hampa boleh ja luahkan kat kertas, tulis semua perkara yang tak puas hati, then bakar. Kena bakar tau, nanti ada orang baca. Takpun, hampa boleh ja luahkan kat bantal, teddy bear, tapi yang ni kira tahap teruk sebab boleh dikategorikan sebagai orang gila. Yolahh, cakap sorang sorang :P

3) Menangis
Hok nii selalunya perempuan lah. Tapi jangan kata lelaki takda yang menangis. Ada. Depa pun manusia biasa. Dulu kecik kecik pun depa nangis jugak mintak susu botol. Kan? Cuma lelaki ni hati dia lebih kuat dari perempuan. Perempuan hati dia lembut, cepat terasa. Bila rasa sedih, aku syorkan, hampa jangan lah tahan menangis. Kononnya hampa kuat. Jangan. Menangislah sepuas puasnya. Then, barulah hampa senyum kembali. :)

4) Mengadu kepada Allah
Allah maha mendengar, maha pengampun, maha mengasihani. Dia akan dengar doa hambanya. Bila rasa sedih, jangan lupa, kita ada Allah. Mengadulah padaNya, minta petunjuk, minta tenangkan hati. InsyaAllah, Allah akan makbulkan.

Things that happened today, made me realised that….Deep in my heart, I truly believe that…ALLAH have better plan for me, InsyaAllah. He knows better. :)Don’t be sad…La tahzan innallaha ma’ana…

Hope hampa tak sedih dah :)
Jangan sedih sedih yaa, senyumlah selalu, dengan senyum hampa boleh lupakan masalah tapi jangan ketawa tak ingat dunia tauu.

p/s : orang yang selalu senyum ni akan cantik sampai ke tua. Haha, tak tahu lah, my mum yang cakap :P

Babai ^^

No comments: