Wednesday, November 21, 2012

Ombak di Facebook

Assalamualaikum. Hello Ebelibadi. 

Hari ni aku nak story sikit tentang ombak yang melanda laman sosial yang amat di minati ramai sekarang, FACEBOOK. Bila sebut je 'facebook' mesti semua orang tahu. Even mak cik yang dok juai perkasam tepi jalan tu pun tahu, siap suruh add lagi. "Add ler mak cik, Mak Montel."Itulah antara perkataan yang keluar dari mulut mak cik tu. HAHA, okay, bergurau -_-

Kenapa aku kata OMBAK? Hal ini kerana status yang di keluarkan oleh para pengguna fabebook bagaikan ombak. Apabila terkena ombak di tebing kiri maka kanan pun akan terkena. Betul kan?

Mari tengok antara contoh-contoh ombak status yang melanda facebooker sekarang.

1. Anak panah
Aku pun hairanlah, sudah menjadi ikutan facebookerz kini dengan membuat status menggunakan anak panah. Anak panah ni di gunakan untuk menunjukkan urutan cerita yang ingin dia sampaikan itu. Tapi, hampa semua tau dak, ada keburukan anak panah ni?
Aku penah jumpa soalan BM yang meminta calonnya menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah. Aku just takut hampa jawab gini ; Pak Ali makan. Anak panah. Perutnya penuh. Anak panah. Dia sakit perut. Anak panah. Dia masuk bilik air. Anak panah. Bunyila sesuatu yang jatuh. Haha. Pastinya anda tidak mahu anda melakukan kesalahan yang kecil sebegini, kan?

2. Pray for Gaza
Yeahh, aku tahu semua org bersimpati dan sedih dengan keadaan yang menimpa saudara Islam kita di sana. Pasti kita juga ingin membantu mereka namun apa lah daya kita ni, so, hanya doa sahaja yang kita ada. Namun, ada sesetengah facebookerz yang hanya mengikut arus ombak itu. Bila org post gitu, dia pun mula post juga tapi dia tidak menghayati apa yang dia share itu. Org macam ni patut tembak je. Petiewww....!

3.Iloveyou
Okay, aku paham hampa nak luahkan perasaan kepada si dia. Okay, aku paham hampa tak berani face to face sebab tu luah kat fb ja dengan harapan si dia 'like'. Haha. Okay, pengecut. Emm, kebanyakan pasangan 'couple' berasa teruja dengan status sebegini. So, depa pun cuba jugak. Omg, cuba hampa bayangkan berapa banyak pasangan 'couple' kat fb? Kalau lah semua pasangan tu update status 'iloveyou' ni. Hampa nak rasa apa? Haha...Haiyoooo.. -_-

4.Tips mudah
Sekarang ramai yang suka bagi tips yang amat mudahhh...Namun karut semua! Ada ka pulak dia bagi tips untuk laki yang nak tarik perhatian perempuan dgn meragut beg tangan perempuan tu. Hahaha. Kalau hampa baca mesti tergelak :D

5. Cerita karut.
Org yang share cerita karut lagu ni memang mulia. Aku tau pasaipa dia share cerita karut lagu ni. Dia berharap org akan gelak seperti mana dia ketika mula mula baca. Mungkin dia berasa terhibur dgn cerita karut tu lalu nak org len pun turut terhibur. Dan yg jelas aku pun turut terhibur :)

6. Via BlackBerry
Mungkin org yg via bb ni rasa hebat bila dapat online guna bb. Tambah tambah yg hotstuff, lagi lah tambah hot kan? Namun, kesian la kat org yg hanya guna Nokia 3310 dan lain lain macam aku ni. Apasai takleh via Nokia 3310 ehh? Baru syok tengok sapa lagi hebat bila jatuh. Hahahaha

Dan yg akhirnya...

7. Aku ada, kau ada?
Aku ada bini, kau ada? Hahahaha, memang jadi ikutan status gini. Kadang kadang macam perli pulak. Yelah, bayangkan org yg tak ada benda benda tu semua. Mesti rasa patah seribu punya kan. Tapi aku tak penah jumpa lagi org yg post status gini; 'aku ada otak, kau ada? ' Kuang hajo noo org gini. 

Oklahh, cukup sampai sini. Minta maaf kepada sesiapa yang terasa. Aku cuma boring malam ni so, aku buat investigation terhadap friend(s) aku kat fb, and ini la jadinya. haha. Tiada kaitan antara yang hidup atau mati. Aku hanya merepek k. Goatbai!

Detik Cinta Kita(1)

     Tap...tap...tap..Bunyi tapak kaki Alya kedengaran kuat berlari di atas lantai papan rumahnya itu. Rumah yang terletak di hujung kampung itu kebiasaannya sunyi namun malam itu sesuatu berlaku hingga suasana rumah itu bertukar menjadi riuh rendah. 

    "Kau sedar tak apa yang kau buat ni Alya? Jangan nak memalukan ibu dan ayah!" Jerit Pak Soleh sambil tangannya melibas rotan ke punggung Alya. Alya hanya mampu menangis. Kakinya terasa kebas akibat di rotan bertalu talu oleh ayahnya semenjak tadi. Puan Ruhaidah pula hanya mampu melihat anaknya dikasari oleh suaminya kerana dia juga turut merasai kemarahan dan kekecewaan itu.

       "Sudah, mulai hari ini, ayah tak benarkan kamu keluar lagi dari rumah. Pergi masuk bilik!" Ucap Pak Soleh sambil tangannya mengurut urut dadanya yang terasa sakit. Alya bangun perlahan lahan menuju ke bilik. Dia ingin memohon ampun untuk kesekian kali namun lidahnya tidak mampu berkata kata lagi apabila melihat mata ayahnya yang mencerlung ke arahnya.
       
     "Ya Allah, apa salah aku sehingga kau berikan ujian sebegini kepada aku?" Alya merintih sendirian. Saat ini dia merasakan bahawa dia tidak mempunyai sesiapa lagi untuk berkongsi susah dan senang. Ayahnya juga sudah tidak mempedulikannya lagi padahal sebentar tadi dia cuba menagih kasih dari ayahnya supaya dapat memberinya kekuatan dan perlindungan.
      
      Alya menyentuh perutnya dengan lembut. Dia tersenyum dalam kesedihan dan keperitan yang dirasainya ketika itu. 'Alya dah mengandung ayah.' Akhirnya Alya tertidur kepenatan.

*********************************************************************************************

     Puan Ruhaidah berasa sangat bimbang akan puterinya yang satu itu. Sudah seminggu Alya tidak mengeluarkan suara. Namun dia berasa sedikit lega apabila Alya masih mahu makan walaupun hanya dalam kadar yang sedikit. 

   Sedang dia asyik mengelamun memikirkan anaknya, Alya Mardhiah, kedengaran pintu diketuk dan suara seseorang memberi salam dari luar. 
   
   "Waalaikumussalam, oh Dahlia. Silakan masuk." Dahlia hanya tersenyum dan melangkah naik ke rumah papan itu. Dia ingin bertemu dengan Alya, sahabatnya itu.

   "Alya ada dalam bilik, pergilah jenguk. Dia tak bercakap hampir seminggu. Mungkin dengan kamu dia mahu bercakap." Sambung Puan Ruhaidah sambil tersenyum kelat. Dia tahu keakraban Dahlia dan Alya semenjak mereka berpindah ke situ bulan lepas.
  
   Sebaik sahaja kaki Dahlia menjejak di hadapan pintu bilik Alya yang sedikit terbuka itu, dia ingin mengucapkan salam namun Alya terlebih dahulu bersuara.

    "Kau...kau pergi! Aku benci kau! Kerna kau, aku jadi begini!" Jerit Alya. Alya yang tadinya hanya duduk di birai katil bingkas bangun sebaik sahanja melihat Dahlia. Entah kenapa hatinya benci dengan wajah itu. Wajah yang telah mengecewakannya.
   
   "Aku minta maaf Alya. Aku tahu aku salah..Kalaulah malam tu aku tak tinggalkan kau.." Dahlia berhenti daripada meneruskan percakapan. Nafasnya terasa sesak untuk meneruskan percakapannya.
  
  "Kau memang nak tinggalkan aku, ya kan?!"Alya menjerit dan terus menolak Dahlia sehingga terduduk.

   "Aku tak akan percayakan kau lagi, kawan tak guna!" Alya menyambung lalu menutup dan mengunci pintunya. Puan Ruhaidah yang mendengar keriuhan itu tadi tergocoh gocoh datang menghampiri Dahlia. 

      Dahlia hanya diam dan bangun pergi begitu sahaja meninggalkan Puan Ruhaidah yang terpinga pinga. 'Ada sesuatu yang tidak kena antara Dahlia dan Alya. Adakah ianya berkaitan dengan peristiwa yang menimpa Alya?' Namun Puan Ruhaidah tidak menemui jawapannya!

Thursday, November 15, 2012

Masih adakah cinta buatku ?

Masih adakah cinta buatku ?

Bunyi ketukan di pintu kedengaran bertalu talu. Kaisara tidak mengendahkan bunyi itu sebaliknya memandang  telefon bimbitnya dengan sayu. Message yang diterimanya tadi di buka  kembali.

Kita perlu berpisah, setakat ini saja hubungan kita. Aku sudah menjumpai perempuan yang lebih cantik dari kau dan boleh memberi segala galanya lebih dari kau. Jangan cuba hubungi aku lagi. I don’t need u anymore ! Bye :P”

Sakit sungguh hatinya, lelaki itu adalah lelaki yang kesembilan pernah menjalinkan hubungan dengannya.  Kenapa semuanya curang ? Dia sudah cukup setia disisi mereka tetapi mereka memulangkan paku kepadanya malah hanya mahukan duitnya.

Ya benar, Kaisara adalah anak Tan sri Hamdan, pengusaha minyak yang amat terkenal di situ. Selama ini setiap insan yang menghampirinya hanya untuk kemewahan yang ada padanya. Walaupun dia seorang yang amat bersosial tetapi maruahnya tetap perlu di jaga bukan untuk di ragut dengan mudah.

Kaisara bingkas bangun membuka pintu bilik kerana tidak tahan dengan bunyi bising di luar. Kelihatan mama dan papanya sedang bertikam lidah. Air mata Kaisara mengalir laju, sampai bila keadaan ini akan berterusan? Melihat ibu dan ayahnya bergaduh bagaikan hobi untuknya kerana hampir setiap hari mereka bergaduh. Hidup Kaisara mewah tetapi keluarga mereka tidak kaya dengan kasih sayang.

Kaisara berlari keluar tanpa mempedulikan ibu dan ayahnya. Dia harus pergi dari situ, tempat yang bagaikan neraka buatnya. Untuk apa tinggal di tempat mewah sedangkan hidup tidak bahagia ?
Setelah menahan sebuah teksi, Kaisara meminta untuk ke bandar. Sampainya di sana dia berjalan tanpa arah tuju. Hatinya sakit, hatinya penuh dengan luka, kepalanya kusut dengan berbagai persoalan. Tiba-tiba..Allahuakbar…Allahuakbar..azan berkumandang dengan syahdunya.

Langkah Kaisara terhenti, jiwanya yang tadi kusut kembali tenang. Dia melangkah ke masjid berdekatan. Kemudian dia duduk berteleku di suatu sudut bahagian perempuan dalam masjid itu. Kaisara dapat merasakan dirinya amat tenang apabila berada di situ. Dia memejamkan mata sambil menghayati nyanyian azan sehinggalah bahunya di cuit lembut.

“Kaisara, awak buat apa kat sini ?” Kaseh, rakan sekolahnya bertanya. Kaisara hanya merenung Kaseh yang berada di depannya. Dia tidak rapat dengan Kaseh walaupun mereka satu tingkatan kerana Kaseh antara pelajar yang mengambil kelas aliran agama dan bertudung labuh. Tanpa berfikir panjang Kaisara berkata, “saya nak solat tapi saya tak tahu dan saya tak ada telekung.” Entah mengapa soalan itu yang keluar dari mulutnya.

Kaseh tersenyum kemudian dia berkata, “marilah, awak solat ikut imam dulu kat sini nanti saya ajar awak. Telekung dah disediakan.” Kaisara pantas mengangguk lalu mengukirkan senyuman.
Kaseh mengambil keputusan untuk mengajak Kaisara pulang ke rumahnya setelah mendengar cerita Kaisara. Tambahan pula, Kaisara tetap berkeras tidak mahu pulang ke rumahnya walaupun di pujuk dengan baik oleh Kaseh dan hari juga makin malam.

Kini, Kaisara dapat merasakan  Kaseh adalah manusia yang mulia. Kaseh menerangkan tentang apa sebenarnya Islam. Ya, Islam is the way of life. Kaseh mengajarnya cara-cara untuk solat dan banyak lagi perkara asas dalam Islam. Kaisara seperti budak sekolah rendah yang bertanyakan soalan soalan yang bodoh tetapi dia tidak kisah kerana dia betul betul ingin tahu.

Kaisara tahu, kita bukan saja perlu bercinta dengan manusia malahan kita juga wajib mencintai Allah yang maha Esa supaya dia juga akan mencintai kita dan memelihara kita.” Kata kata Kaseh membuatkan Kaisara tersentak. Mustahil manusia boleh bercinta dengan penciptaNya yang agung itu.

“Bagaimana nak mencintainya Kaseh?”

“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku” (Az Zariyat:56)
“Tunjukkan rasa cintamu dengan beribadat kepadaNya dan jauhi larangannya.  Cinta yang perlu kita cari adalah cinta yang hakiki iaitu cintaNya bukan cinta manusia yang berlandaskan nafsu semata mata. InsyaAllah, Allah akan membalas cinta kita dengan kemanisan iman.”

“Tapi…Kaisara banyak melakukan dosa, saya tak pernah solat, saya tak tutup aurat dan lain lain lagi. Masih adakah cinta Allah buat Kaisara ?” Kaisara bertanya dengan nada yang amat sayu sehingga air matanya jatuh. Kini, dia betul betul tekad untuk berubah. Dia sedih jika dia sudah tidak dapat di terima Allah.

Kaseh terkedu. Dia tidak menyangka gadis yang berada di depan matanya menangis kerana mengharapkan cintaNya. Ya Allah, kau ampunilah hambamu Kaisara dan kau titipkan cintamu buat dirinya..aminn..
“Kaisara, Allah maha Pengasih lagi maha Penyayang. Sekiranya kita betul betul ikhlas ingin bertaubat Allah pasti akan menerima.”

Kaisara mengangguk angguk. Dia akan cuba untuk menagih cinta kepada Allah. Dia ingin merasai sendiri cinta hakiki itu, adakah cinta itu juga akan berakhir dengan penyesalan? Tidak, dia yakin dengan Allah.
Kaseh bangun untuk menyediakan air untuk Kaisara minum. Kaisara melihat sekeliling bilik Kaseh. Kelihatan rak yang dipenuhi dengan buku buku ilmiah di hujung sudut. Meja belajarnya nampak kemas sekali tiba tiba mata Kaisara terhenti pada sebuah buku. ‘Syariah Islamiah tingkatan 4’. Dia menyelak nyelak halaman buku teks itu sehingga tangannya terhenti kerana membaca sesuatu yang amat menarik perhatiannya. Cara-cara mendapatkan halawatul iman(kemanisan iman). ‘Inilah yang di katakan Kaseh tadi, kemanisan iman,’gumam Kaisara.

1.    Cinta kepada Allah dan rasulnya lebih daripada cinta kepada orang lain
2.       Mengasihi sahabatnya semata mata kerana Allah
3.       Membenci untuk kembali kepada kekufuran
4.       Sabar menghadapi ujian dan cabaran
5.       Istiqamah dalam mengerjakan ibadah
6.       Memperbanyakkan amalan amalan sunat

Kini Kaisara yakin, dia betul betul ingin merasai manisnya iman. Dia tekad untuk mengubah hidupnya tetapi dia juga risau bagaimana penerimaan mama dan papanya ?

“Ya Allah, ya tuhanku, kau tetapkanlah aku di atas landasanmu, kau peliharalah aku dari sebarang kemaksiatan yang boleh mengundang murkamu.  Kau tetapkanlah cintaku pada cintamu…Ya rabbana, kau lembutkan hati mama dan papa agar mereka juga ingin mencintaimu..amin ya rabbal a’lamin…” Kaisara mengaminkan doanya pagi itu dengan hati yang tenang.

“Kaisara, mama awak telefon.” Kaseh menghulurkan telefon bimbitnya kepada Kaisara.
Kaisara bingkas membuka telekungnya. Dia tertanya tanya bagaimana mamanya mengetahui bahawa dia berada di situ.

“Hello mama ?”

“Sayang, kenapa kamu keluar tak beritahu. Telefon bimbit pun kamu tinggal, nasib baiklah Kaseh menelefon mama tadi.” Kaisara merenung Kaseh yang tersengih.
“Kaisara, kejap lagi mama mahu menjemput kamu. Semalam selepas bertengkar, papa terkena serangan jantung. Dia terkejut kamu hilang dan sekarang papa di hospital.” Suara mama kedengaran sedih. Ya Allah, papa !

Papa membuka matanya, syukur ya Allah, papa masih di beri nikmat kehidupan.Kaisara mengukirkan senyuman yang manis buat papa dan papa juga membalas lalu memeluknya.

“Sayang, papa janji tak akan bergaduh lagi dengan mama. So, jangan tinggalkan papa lagi.” Kaisara terkejut mendengar suara Tan Sri Hamdan yang lembut itu. Kaisara menoleh pada mamanya Datin Kirana yang juga sedang senyum.

“Sayang tahu, papa mimpi Sara datang dengan jubah putih dan menyambut papa yang sedang lemas dalam sungai. Papa lihat Sara sungguh cantik ketika itu dan Sara cakap pada papa, Allah sentiasa ada untuk kita cuma kita yang tidak menyedarinya. Papa tahu keluarga kita dah jauh terpesong daripada ajaran agama yang sebenar. Papa nak kita satu keluarga solat jemaah selepas ini. Kita sama sama belajar solat ya.”              
Air mata Kaisara mengalir lembut di pipinya. Ya Allah, kau perkenankan doaku. Syukur Alhamdulillah. Sungguh aku amat mencintaimu wahai tuhanku !

“Baiklah papa, Sara juga amat merindui suasana seperti itu. Sara nak papa jadi imam untuk setiap solat Sara dan ada untuk solatkan jenazah Sara.” Entah kenapa itu yang terluncur dari bibirnya. Tan Sri Hamdan hanya ketawa kelucuan mungkin kerana kata kata Kaisara yang di fikirnya kelakar.

“Papa, izinkan Sara keluar makan dengan Kaseh. Sara betul betul lapar.” Tan Sri Hamdan mengangguk tanda membenarkan.

Kaisara berjalan sambil berpimpinan tangan dengan Kaseh menuju ke kedai mamak di depan hospital. Kaisara yang hendak makan di situ kerana katanya nasi goreng patayya mamak itu sedap.
“Kaseh tahu, Sara sayang Kaseh kerana Allah. Terima kasih kerana membawa Kaisara kembali ke jalanNya.” Kaseh terkedu mendengar kata kata Kaisara yang sungguh ikhlas di perdengarannya. Kaisara melepaskan tangan Kaseh yang masih terkedu lalu dia melintas jalan. Malangnya, Kaisara tidak sempat mengelak daripada lori yang bergerak laju. Akhirnya, Kaisara terlentang di hujung jalan dengan darah yang berlumuran. Kaseh yang melihat kejadian yang berlaku di depan matanya segera berlari mendapatkan Kaisara. Orang ramai mula menggerumuni tempat itu.

Kaseh memangku kepala Kaisara sambil menangis teresak esak. Tangan Kaisara terketar ketar mengelap air mata Kaseh. Darah di tangannya terlekat sedikit di pipi Kaseh. Kaisara senyum seterusnya mengucapkan kata kata terakhir, “ Maha Suci Allah yang menguasai segala kerajaan. Dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Al-Mulk:1). Beritahu mama dan papa Sara sayang mereka tetapi Allah tetap mendahului di hati Sara.”  Kaisara meninggalkan dunia di atas pangkuan Kaseh dengan mengucapkan dua kalimah syahadah. Perginya seorang insan menemui kekasihnya yang amat di cintai..
“Ya Allah! Jadikanlah hari ini kepada kami lebih baik daripada semalam dan jadikanlah hari esok untuk kami lebih baik daripada hari ini…! Amin ya rabbal alamin.