Monday, July 29, 2013

Al Quranku

Assalamualaikum..

Salam Nuzul Quran ! Sempena hari yang mulia ni, aku nak kongsi sikit la tentang apa yg berlaku kat aku hari rabu yang lepas. Tengahari tu seperti biasa, semua pelajar akan bergegas ke surau untuk solat zohor berjemaah. Aku juga, seperti biasa, ke surau selepas tamat pnp. Usai mengambil wuduk kat surau perempuan, aku segera ke surau Al Falah. Kami(pelajar perempuan) tak dibenarkan solat di surau perempuan kecuali dah lewat. Masuk saja ke surau, sementara menunggu untuk solat, aku ambil kesempatan membaca al quran yang memang aku sentiasa bawa dan aku sayang sangat al quran tu. Lepas solat jemaah, ustaz ziayuddin mula memberi tazkirah. Sudah menjadi kebiasaan, pada bulan ramadhan, kami akan dengar tazkirah selepas solat zohor sebelum pulang ke rumah.

Ustaz menyatakan kekesalannya tentang solat sunat rawatib yang semakin hilang dalam kalangan pelajar. Tapi ada satu saja perkara yang ustaz cakap, yang amat menyentuh jiwaku, jauh ke lubuk jiwaku. Ustaz cakap, dia dah jumpa ramai pelajar yang menggunakan al quran yang bukan rasm uthmani punya. Ada cara untuk check sama ada quran itu rasm uthmani atau tak.

Apakah rasm uthmani?

 Adalah mushaf yang dicatat dan disempurnakan pada zaman Khalifah ‘Usman ibn ‘Affan yang digunakan kaedahnya hingga hari ini.
   Mushaf Uthmani disandarkan pada nama khalifah Uthman
   Menurut jumhur ulama, mushaf ini berjumlah 6 buah.
   Kaedah tulisan kalimah2 dalam mushaf Uthmani, dipanggil dengan = Rasm Uthmani

Keistimewaan/kelebihan mushaf Rasm Uthmani

  1. Mengikut tulisan asal alQuran sewaktu zaman Nabi s.a.w ( kerana ianya disalin dari mushaf abu bakar)
  2. Memperbolehkan bacaan sesuatu kalimah dengan pelbagai qiraat.  – Mengandungi pelbagai Qiraat, walaupun sebahagiannya berlaku perbezaan makna tapi tak terkeluar dari maksud dan tujuan ayat itu.
  3. Telah disepakati lebih kurang 12,000 para sahabat atas keputusan penulisannya.
  4. Ditulis berdasarkan dalil dan hujjah yg kuat dari bacaan yg mutawatir.
  5. Ditulis ayat2 yg diambil dari para huffaz yg menjadi teras pengumpulan alQuran
  6. Kaedah2 penulisannya mengandungi pelbagai rahsia dan pengembangan ilmu dan ijtihad.

Kewajiban menulis Qur’an dengan kaedah Rasm Uthmani

Sebahagian besar para ulamak salaf dan khalaf (Jumhur ulamak) berpendapat wajib menulis Quran dengan kaedah rasm uthmani kerana inilah satu sunnah yg telah ditulis oleh para penulis wahyu dan direstui oleh Nabi s.a.w dan disepakati oleh khulafa’ rasyidin dan para sahabat.
Banyak hadith2 yg menguatkan pendapat ini.



ALLAH SWT telah memberi jaminan untuk menjaga al-Quran melalui firmannya yang bermaksud: Sesungguhnya Kami yang menurunkan al-Zikr(al-Quran) dan Kamilah yang menjaganya. (al-Hijr: 9)
Ulama menafsirkan penjagaan ini terbahagi kepada dua iaitu di dalam dada para hafiz dan dalam helaian mushaf.
Apabila ditanya kepada Imam Malik apakah boleh ditulis mushaf mengikut ejaan semasa? Beliau menjawab mesti ditulis mengikut apa yang ditulis oleh penulis wahyu di zaman Rasulullah SAW.
Imam Malik juga menyatakan bahawa al-Quran ditulis mengikut pendengaran para sahabat ra dari bacaan Rasulullah SAW.
Dua petikan kata-kata Imam Malik di atas adalah bukti yang kuat kepada kita bahawa penulisan Rasm Uthmani adalah pilihan utama kepada umat Islam dan wajib dikekalkan.

*Itu ja yang aku boleh kongsi sebab aku pun tak faham sangat tentang rasm uthmani ni.*

btw, rupa rupanya quranku juga merupakan salah satu quran yang bukan rasm uthmani punya. sedih yang amat. Aku dah guna sejak form1 lagi. Maknanya selama 5 tahun ini, aku membaca quran yang salah? Keesokannya, ustaz ziayuddin kumpul semua al quran yang bukan rasm uthmani. Dia kata nak hantar kat pejabat agama. Ya Allah, sedih sangat. Aku sayang sangat al quran aku tu. Tapi, aku terpaksa serahkan juga. Aku kucup al quran tu. Walaupun salah, al quran tu banyak berjasa kat aku. Aku lihat rakan rakan yg lain pun begitu juga.

Balik dari sekolah, aku dan aini pi cmart arau. Aku nak cari quran baru. Akhirnya aku jumpa quran yang aku berkenan sangat. Harganya RM55. Aku tak tahu nak cari duit mana. Aku ada RM30. Aku suruh kak yang jaga kedai tu simpan untuk aku. Balik rumah, aku terus nyatakan hasrat aku kat ayah. Alhamdulillah, ayah bagi jugak duit yang selebihnya tu. Boleh la beli quran baru! Hehe . Ehh, lupa gitau, aku dah check quran baru ni ok. Memang rasm uthmani punya :)





Bahagian dalam, ada hadith dan asbabul nuzul


So, hati hati lah yer membeli. Banyak dah quran palsu. buku hadis yang palsu. Oh, lupa nak gitau, kemarin pegi beli al quran digital dengan mak. Mak nak sangat beli, katanya mudah dia nak baca. Bagus jugak quran digital tu, sesiapa yang belum pandai membaca, boleh belajar. :)
Ingatlah, tak rugi habiskan duit ke arah kebaikan :) yang ruginya habis duit beli mercun! Apatah lagi dalam 10 malam terakhir ini, sepatutnya al quran tu dah baca 20 juzuk lebih :)
Dekatkan diri dengan kalamullah, lagi dekat diri kita dengan Allah :)

No comments: