Saturday, July 13, 2013

Ramadhan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, akhirnya kita sudah berada pada bulan yang di tunggu tunggu seluruh umat Islam. Bulan Ramadhan. Bulan yang mulia. Bagaimana dengan ibadah puasa kalian ? Ingat, berpuasa bukan hanya berpuasa dari makan dan minum malah berpuasa daripada melakukan larangan Allah yakni menjauhi kemungkaran. Tetapkanlah azam, supaya ramadhan kali ini lebih bermakna daripada ramadhan yang lepas. 

Kelebihan Bulan Ramadhan
  • Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hamba-Nya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
  • Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar di mana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalan pada malam tersebut.
  • Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan. Oleh itu, kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran berserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
  • Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
  • Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan. Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri. Mohonlah keampunan Illahi i bulan Ramadhan yang mulia itu.
  • Kegembiraan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
Apabila masuk bulan Ramadhan,  terbukalah pintu-pintu rahmat dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan (daripada merasuk mangsanya)“.
(Hadis Sahih – Riwayat Muslim)


Btw, sempena menyambut bulan ramadhan ini, aku ingin memperkenalkan sebuah lagu yang liriknya sangat menyentuh jiwa.

Ramadhan 
by: Maher Zain
You lift me up high
You spread my wings
And fly me to the sky
I feel so alive
It’s like my soul thrives in your light
But how I wish you’d be
Here with me all year around

Chorus:
Ramadan Ramadan,
Ramadanu ya habib
(Ramadan, Ramadan,

Ramadan O beloved)
Ramadan Ramadan
Laytaka dawman qareeb
(Ramadan, Ramadan,
How I wish you were always near)

Love is everywhere
So much peace fills up the air
Ramadan month of the Quran
I feel it inside of me, strengthening my Iman
But how I wish you’d be
Here with me all year around

Chorus
I just love the way you make me feel
Every time you come around you breathe life into my soul
And I promise that
I’ll try throughout the year
To keep your spirit alive
In my heart it never dies
Oh Ramadan



Salam Ramadhan :)

No comments: