Wednesday, August 15, 2012

Tips strategi belajar pada bulan ramadhan

Assalamualaikum, 
Pada hari yang indah ini, aku nak share sikit tips yang aku jumpa dalam majalah Fokus SPM . Harap2 berguna lah yer. Kita selalu pikir, kita berpuasa, mestilah letih, jadi kita buat tak endah akan pelajaran. (Bagi yang bakal menduduki Trial SPM&PMR harapnya tak la begini ea ^^). Sebenarnya, bila berpuasa kekuatan kita akan lebih daripada kekuatan diri orang yang tidak berpuasa. Kenapa ? Kerana apabila berpuasa kita dilatih untuk bersabar, menjauhkan diri dari perkara mungkar dan menjalani kehidupan seharian seperti biasa walaupun lapar.

So, ini strategi belajar yang perlu kita ikuti sepanjang bulan ramadhan ini.



1. Bercuti dari mengulangkaji ?
   It's mean, adakah kita perlu bercuti daripada mengulangkaji pelajaran kerana berpuasa dan letih ? Adakah kita akan melipatgandakan semula usaha selepas hari raya. Semestinya, kita akan rasa menyesal kerana kita akan ketinggalan jauh dan mengalami kerugian besar dengan membiarkan masa berlalu begitu sahaja.


2. Tetap gigih berusaha
Kenapa perlu tunduk dengan kelaparan ? Mengapa perlu mengalah dengan keletihan ? Justeru, kita seharusnya mengambil peluang ini dengan tetap gigh berusaha kerana kita mempunyai banyak masa apabila tidak makan. Jika hari ini kita tunduk dengan kelemahan diri, kita tidak akan kuat pada masa hadapan.


3. Cabaran utama
Kelaparan , keletihan dan rasa mengantuk sememangnya merupan cabaran buat kita sewaktu menjalani ibadah puasa. Oleh itu, kita perlu meminimunkan cabaran cabaran tersebut.
a. mengambil makanan berkhasiat
b. tidur yang secukupnya
c. sesuaikan gaya dan trend pembelajaran 
d. jangan tinggal sahur
4. Memanfaatkan masa
a. Jangan tidur selepas sahur sebaliknya bacalah buku, menelaah atau mengaji.
b. Membaca fakta@nota seperti sejarah atau geografi sementara menunggu waktu berbuka 

5. KUALITI vs KUANTITI
Kita perlu ingat bahawa kualiti lebih pening daripada kuantiti. Lebih banyak ilmu yang dapat dikuasai dalam masa satu jam menelaah dengan penuh tumpuan berbanding tiga jam menghadap buku dengan fikiran yang melayang entah ke mana.

Semoga ianya berguna dan dapat di amalkan walaupun bukan pada bulan puasa ! 
Selamat beramal :) 


#actually entry ni nak post lama dah cuma tak sempat, takpa lah, share jugak nohh, boleh guna bila2 masa or tahun depan pulak !

No comments: