Wednesday, December 26, 2012

10 Perkara Untuk Selamat

Sesiapa yg ingin meninggalkan dunia dalam keadaan
selamat maka lakukanlah 10 perkara:
1. Hak kpd diri, iaitu dgn mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada2 dgn rezeki yg ada.
... 2. Hak kpd Malaikat maut, iaitu menqada’kan segala kewajipan yg tertinggal, iaitu dgn memohon maaf drp org yg dizalimi, membuat persiapan utk mati dan merasa cinta kpd Allah S.W.T.
3. Hak kpd kubur, iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jgn suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.
4. Hak kpd Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu jgn berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.
5. Hak kpd Mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakan berzikir, ikhlas dlm amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
6. Hak kpd titian sirat, iaitu buang tabiat suka menumpat, bantu orang beriman dan hidup dlm suasana berjemaah.
7. Hak kpd Malaikat Malik, iaitu menangis lantaran takutkan Allah S.W.T. membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kpd ibu bapa dan memperbaiki akhlak.
8. Hak kpd Malaikat Ridwan, penjaga syurga, iaitu redha kpd qada’ Allah S.W.T. , sabar menerima bala dan bertaubat.
9. Hak kpd Rasulullah s.a.w., iaitu dgn sering berselawat kpd baginda, berpegang kpd sunahnya dan bersaing mencari kelebihan dlm beribadah.
10. Hak kpd Allah, iaitu mengajak manusia kpd kebaikan, mencegah manusia drp melakukan kemungkaran, bencikan kpd sebarang maksiat dan tdk melakukan kejahatan.
Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS, Al-Munafiqun, 63:11).

No comments: