Sunday, January 6, 2013

Kelas Baru

Assalamualaikum w.b.t kawan kawan.
Kita sudah sedia maklum, kita kini berada dalam tahun 2013. Automatiknya, setiap orang umurnya juga akan meningkat kepada satu angka seperti aku yang dah mencapai umur 17 tahun secara tdk rasminya lah.

Apa yang aku nk story kat sini ialah kelas. Aku tak tau la aku ni nasib malang atau nasib baik. Selama ni aku target aku dapat kelas umar, tiba tiba sebaliknya pulak aku dapat..aku dapat kelas abu bakar, kelas first. Kenapa aku tak mau kelas ni ? 

First of all, aku rasa aku tak layak ada dalam kelas tu, aku rasa bersalah kat kawan2 yg turun kelas. Aku takda lah cerdik sangat sebab tu aku rasa tak layak yg amat. Sejak first time kaki aku jejak lam kelas tu, aku dah menggigil. Aku nampak banyak pesaing yang hebat2. Hati aku berbisik, 'mampukah aku bertahan dan bersaing dgn mereka?'.

Second reason, aku ni jenis yang belajar kena santai sama. Aku takleh straight ja belajar. Kadang kdang aku main2, kdg2 aku serius. kalau dulu, dalam kelas boleh gurau gurau time cikgu mengajar pun, tapi kali ni...serius jaa....waaaaa

Hmm, kawan aku ada tanya, 'hang okey ke dok dlm kelas tu? or hang nak buat cam perangai tahun lepas?' aku terasa diperli la jugak. haha, tapi aku cuba pikir positif. Tahun lepas aku kena turun kelas dari umar ke othman, aku menangis bagai nak rak dan asyik menyusahkan org ja. Akhirnya aku redha dan lihat hasilnya, aku begitu gmbira belajar dlm kelas othman pulak sampaikan taknak naik kelas abu bakar. pelik kan? 

So, di sini, aku sekali redha. Aku dapat rasakan yang Allah dah makbulkan doa aku. Aku nak jauh daripada dua makhluk Allah ni, bukan kerana benci cuma tak mau ada sengketa lagi. Allah dah pun jauhkan aku dari depa dua, nak tgok muka dlm sehari pun payah. Alhamdulillah. Satu lagi, Allah dah permudahkan jalan buat aku untuk belajar bersungguh sungguh. Yelah, bila naik kelas tu mesti kena pulun lebih lagi. Mana boleh main main kan. 

Aku berharap, setahun aku dlm kelas tu, aku mampu mengubah sikap aku dari malas kepada rajin, dari banyak mulut kepada kurang sikit la kan. Aku tau setiap apa yang Allah berikan kepada hambanya pasti ada hikmah tertentu. Think positive, i know i can ! 
Please doa kan aku :) moga berjaya SPM tahun ini. InsyaAllah.

#2013 , please be nice to me :D

Calon SPM yang belaasss!

No comments: