Saturday, March 2, 2013

Marilah Menuju Kejayaan

Assalamualaikum, 

Minggu depan dah start exam bagi form5 and form4 SMKAA. A little bit nervous. Hari Khamis yang lepas, form5 ada satu majlis iaitu Majlis Ikrar Gemilang. Sebelum majlis tu, kami semua berkumpul kat dewan untuk satu ceramah motivasi oleh guru kaunseling kami. Alhamdulillah, banyak ilmu dan tips2 yang berguna yang kami dapat. Antaranya...

  • Gangguan Utama Kejayaan
  1. Rakan - Semestinya kita perlu berkawan dengan orang yang juga ingin berjaya bukan hanya mengejar keseronokan semata mata. Tapi, bagi aku, aku akan kawan semua. Bila rasa nak belajar cari kawan yang nak belajar jugak. Bila nak berseronok cari kawan yang nak berseronok juga. Baru sempurna hidup. Hehe. Apapun, kawan yang membawa kita ke lembah kesesatan janganla kita nak ikut pulak k. Kawan je. Jangan ikut dia. :)
  2. Diri Sendiri - Apabila diri kita tiada kesungguhan bagaimana mahu berjaya? Selalu berfikiran positif juga. Kita kena yakin kita mampu mencapai kejayaan.
  3. Muka Buka - Facebook sebenarnya menganggu kita. Kita seperti ketagih akan facebook. Mengapa? Sebab ia bersifat keseronokan. Apatah lagi bila kita post something, mesti kita akan sentiasa menunggu feedback rakan rakan facebook. Kan?
  4. Berpasangan - Bila ada pasangan, pelbagai emosi mampu kita hasilkan. Bila emosi terganggu, rasanya kita boleh study tak? 
  5. TV/Komputer - Minimumkan waktu bersama tv dan komputer. Tapi, aku pulak yang tak minimumkan waktu bersama komputer. Maklumlah tengah menaip sekarang bukan baca buku padahal nak exam minggu depan. hehe
  6. Telefon/SMS - Pelajar ni tak memerlukan phone sebenarnya. Entahla, bagi aku penting. muehehehe. Tapi, aku ngaku, handphone memang menganggu.
  • Kaedah Merangsang kedua dua Belah Otak
  1. Gunakan kedua dua belah tangan semasa belajar
  2. mengalihkan posisi duduk jika berasa letih
  3. Berdiri sebentar
  4. Gerakkan kaki
  5. Gunakan highlighter untuk fakta penting
  6. Gunakan bau wangi
Pelajar cemerlang ialah pelajar BIASA yang berusaha secara LUAR BIASA demi mencapai matlamat hidupnya.

Haa, tu ja yang aku sempat salin, yang lain tu semuanya scan masuk kepala otak haha. Tibanya Majlis Ikrar Gemilang, mak ja yang ada kat sebelah, ayah entah kemana. huhu. InsyaAllah, aku akan tunaikan ikrar aku yang mana mak dan cikgu cikgu menjadi saksinya. Target aku ialah 10A1B , insyaAllah akan aku gapainya juga. Cuma satu soalan yang aku pasti tak boleh jawab, "apakah cita-citaku?" Entahla, aku tak ada cita cita yang khusus. Yang aku tau, aku nak belajar. Niat kerana Allah. Cita-cita tu nak pikir lepas amik exam nanti lah. heh. #PrayForMeYa

my target
yang merah tu matapelajaran yang lemah (:


GoodLuck untuk semua :)

No comments: