Thursday, March 28, 2013

I Deserve Nothing




Assalamualaikum...

This is really pathetic to me. Makin lama aku makin menyedari, aku deserve nothing. Aku dah try discover my own ability, but, nothing. Aku tak ada satu pun kelebihan yang khusus. Aku sederhana dalam semua perkara. Adakah ini bagus untuk aku? Kenapa aku rasa sedih ?

Aku lihat, setiap orang di sekeliling aku, semuanya ada kelebihan mereka tersendiri. Contohnya, pandai masak, terror dalam subjek2 tertentu,  hebat sukan and banyak lagi. Tapi aku....aku tak pandai masak, aku tak ada subjek2 tertentu yang aku hebat, aku tak ada kelebihan yang khusus. That's why aku tak boleh tentukan matlamat aku! tak boleh tentukan cita-cita aku! tak boleh tentukan masa depan aku! Aku rasa aku tak ada gunanya.....aku rasa marah kat diri sendiri ! Marah! Kenapa aku macam ni? :'( Sedihnyaaaaa....Jelousnyaaa kat kawan-kawan...

Mak selalu kata, kalau tak ada apa-apa waktu hidup kat dunia, sekurang kurangnya kita ada bekalan untuk akhirat. Tapi aku, dua dua pun tak ada. Aku tau sebab ianya diri aku sendiri..Aku belajar selama ini, hanya untuk menunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang anak, dan sebagai seorang manusia yang sentiasa memerlukan serta dahagakan ilmu.

However...aku tau, aku harus bangkit. Aku tak harus goyah hanya kerana aku tiada kelebihan tertentu. Mungkin kelebihan  ialah tidak tahu berputus asa. Yess, i admit it. Aku tak pernah rasa putus asa. Malah, aku akan lebih bersemangat untuk mencapai matlamat aku. :) aku dah penat fikir apa matlamat aku, apa cita cita aku, apa yang aku minat...aku cuma perlu yakin pada diri sendiri. Kan :)

Aku mengaku, aku selalu angkuh dengan kelebihan aku yang tak seberapa. So, bila aku jumpa orang yang lebih hebat daripada aku, barulah aku sedar, aku masih kurang hebat. Aku masih perlu belajar. Thanks to Allah kerana dah menyedarkan aku. Kita tak seharusnya angkuh, lalai, riak dengan kelebihan yang kita ada.

Akhirulkalam, aku dah boleh senyum :)  Ada hikmahnya Allah jadikan aku sebagai manusia yang sederhana. Dia ingin aku tingkatkan usaha, dan tidak akan pernah berputus asa. Aku harap, apa yang berlaku kat aku, akan jadi pengajaran buat semua. :) InsyaAllah.

p/s : exam baru baru ni teruk >< . Tapi banyak subjek yang meningkat. InsyaAllah, akan aku tingkatkan semuanya. :)

They plan and Allah plans. But Allah is the best PLANNERS.


No comments: