Tuesday, March 5, 2013

Tidur Siang Hari (Qialulah)

Imam Al Ghazali di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’ telah berkata: “Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor.”



Syaitan tidak melakukan Qailulah, oleh itu orang-orang mukmin yang melakukan Qailulah atau tidur sejenak sebelum solat Zohor selama 10-40 minit akan memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari.


Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti.

Sabda Rasulullah S.A.W:"Lakukanlah qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani untuk melakukan qailulah". (Riwayat Al-Thabrani).



Haa, so, kita semua dah tahu kan manfaat qialulah ni, sunnah nabi juga. Aku kan exam minggu ni. Memang kepala otak ni telah digunakan semaksima mungkinlah. Aku sangat sangat lah menyokong qialulah. Tahun lepas, apabila aku rasa letih dan mengantok sangat time exam, aku akan tidur dalam 5-10 minit jugak lah. Bila bangun, aku rasa cergas semula and automatik idea datang mencurah curah. Bagaimana dengan hampa semua pulak? 

Tiba-tiba hari ni, pk pentadbiran sekolah aku marah budak budak tidur time amik exam. Yelah, mungkin dia tak mahu kami membuang masa tapi kalau budak tu tengah qailulah, biarkan saja..Hampa pun kena ingat, nak qialulah pun biar kena tempat. If rasa dah mengantok teruk sangat or dah tak leh pikir baru lelap.

Tapi, exam akhir tahun lepas, sekali pun aku tak tidur, memang tak sempat nak tidur pun. Memang pulun habis habisan lah. HAHA 

Hari ini? Hahaha, paper 3 Bio memang sah sah nak lingkup. Plan experiment yang soalan last tu aku tak boleh jawab. Soalan tu tak familiar. Sebab tu tak study and hasilnya, tak boleh jawab. But, it's okey, aku pasrah. Setakat tu ja yang aku mampu. Hampa jangan jadi macam aku, study semua tau, pastu qialulah time jawab exam k. Muehehe..Dah la merepek. tatata



No comments: