Sunday, March 10, 2013

Faktor kekusutan

Maaf, sila abaikan gambar ini kerana tiada
kena mengena dengan entrynya. wakaka

Malam ni aku just nak luahkan perasaan aku. Kepala aku kusut sangat. Aku tak boleh study. Banyak faktor yang mmengusutkan kepala aku ni. And maybe faktor-faktor ni jugak sama dengan faktor kekusutan yang di alami oleh pelajar yang lain.
Antaranya,

1) Malas.
-Penyakit ni memang berbahaya, membunuh secara senyap. Sekali hang malas, susah nak rajin  balik. Haa, sekarang penyakit ni sedang menular dengan jinaknya dalam diri aku. Maybe lagi jinak daripada kucing yang hampa bela. So, aku benci malas! Tapi aku tak mampu mengawalnya. Huahua. Bila malas ni, sure banyak kerja kita yang bertangguh kan. Then, for sure jugak, mesti kita akan rasa bertambah kusut bila satu persatu kerja bertambah akibat malas.

2) Keluarga
-Aku paling benci bila ada masalah keluarga. Sebab apa? Sebabnya keluarga yang paling dekat dengan kita. Kadang kadang rasa macam nak lari dari rumah. Nasib baik iman masih kuat, i mean, nasib baik aku cerdik. Yolahh, mau aku lari dari rumah, aku nak makan apa? Nak tidur kat mana? Keselamatan aku terjamin ka? Larat ka aku nak lari jauh jauh? Nak lari 100meter pun dah penat. So, lebih baik aku mengurungkan diri dalam bilik sambil menahan perut aku yang panas akibat terletak overdose pati halia. Ohh...

3) Duit
-Hang ingat hidup dasawarsa ini pakai baju dengan seluar saja ka? Duit mau ada maa. Hang tak ada duit memang tak boleh nak hidup dengan selesa kat dunia ni. But, kerna duit juga laa, kepala hotak aku kusut sekarang. Duit nak pakai untuk segala macam urusan. Memang lack of money la sekarang ni. Ayah aku memang tak kerja hebat macam orang lain yang mak pak depa president america, Mark Zuckerberg ka, Paris Hilton ka, Jackie Chan ka, James Chadwick ka(budak baru lepas study kimia la katakan)..Hmmm...

4) Exam
-Bila tibanya exam week, memang tidur tak lena, makan tak basah, mandi tak kenyang. Ehh? Asyik pikir exam je(maklumlah pelajar cemerlang, wakaka) . Tapi sungguh lah, kusut sangat sebab aku burn the midnight oil. Hampa paham? Aku study last minute. Itu membuatkan kepala aku kusut memikirkan banyak lagi bab yang aku perlu habiskan study malam ni. Emm, hampa rasa yang ni salah aku ka? Salah aku la yer? Ok, hampa diam. Aku tak bersalah.

5) Blogger
-Haa, disebabkan entry ni, aku tak study. Well, ni yang lagi kusut! Arghhhhhh!

*Actually, we can overcome this problem of being frustration by :
1. Talk to a friend
2. Write your successes and failures in a journal 
3. Accept reality
4. Track your progress
5. Take a long walk .
6. Stop blaming yourself 
7. Stop being angry 
8. Take a hot bath or sleep it off 
9. Be around positive people
10. Try to be positive 

*Remember, it is how we deal with it that is important.


Allah is the Best Helper :)


No comments: