Friday, September 13, 2013

Tips hilangkan rasa bosan

Assalamualaikum..


Sekarang musim hujan kan? Aku nak ambil kesempatan ini untuk memperingati semua orang agar menjaga keselamatan di jalan raya, and kesihatan diri. Okayy? Bila hujan mesti susah untuk kita keluar tak kira lah ke sekolah, kerja or whatever. Apatah lagi pelajar seperti aku yang baru selesai menjawab semua paper TRIAL SPM. For sure nak rehat rehat je kan? Haha. Then, bila hujan ja mesti kita terperap dalam rumah ja. Aku selalu rasa bosan bila hujan. Tak tahu nak buat apa. Nak study pun dah malas. Hampa pun bosan? Yeker? So, meh saya nak share sikit tips menghadapi bosan. Ehemm

1. Jangan berseorangan
-Elakkan daripada berseorangan. Kalau boleh cari lah sesiapa buat teman. Kalau kat rumah, ajaklah adik ke, abang ke, kakak ke, atuk, nenek, mak ayah, mak mentua, cucu cicit untuk teman hampa sembang. Aku konfomm punyalah hampa tak bosan. Sembang pi lahh apapun topik. Kalau hampa cakap sorang memanglah bosan. Cuba la cakap dengan orang lain, mesti ada saja balasan. Kan? Sekurang kurangnya ada jugak orang nak ajak bertekak. Haha :P
-If kat rumah hampa tu takdak orang, bukak la internet, sekarang kan bnyak laman sosial, bukaklah facebook and twitter hampa tu. Nak taruh sampai berhabuk buat apa?

2. Buat perkara yang di sukai
-Yang ni paling aku suka. Contohla hampa suka tidur. So, kalau hampa bosan, tidur je lah lama mana pun. Tapi make sure solat jgn tinggal! Tidur didahulukan, solat diutamakan! :P Ada jugak orang yang bila bosan je dia suka makan. So, jangan la hina orang yg gemuk tu, kesian dia, mesti dia selalu rasa bosan kan? :P
Buat je lah apa yg hampa suka buat time bosan. Mesti tak bosan dahh! Tak percaya cer tryyyy!

3. Buat semua kerja yg perlu
-Bosan ni menguntungkan. Kenapa? Sebab bila bosan, hampa boleh isi rasa bosan dengan buat semua benda yg perlu. Contohnya, homework, assignment, kemas rumah, lap rumah, cuci rumah. Selalunya bila aku bosan, aku suka kemas bilik.

4. Keluar makan angin
-Tak semestinya makan angin ni keluar melancong. Dalam rumah pun boleh makan angin. Dalam rumah jugak hampa boleh keluarkan angin tak kiralah menggunakan method yg mana satu sama ada melalui belakang atau atas. Maksud aku, hampa keluar la ronda ronda depan rumah, tengok dunia ciptaan Allah yang begitu hebat ni. Dapat pahala tau tak? Rumah aku kat kampung, keliling sawah padi, so, aku akan pergi berjalan jalan tepi sawah padi, tengok padi yg kian menguning,(tapi sekarang musim menuai). Rasa tenang sangat and automatik hilang rasa bosan.



Ok, itu saja yang ingin aku kongsikan. Maaf kalau hampa try tak jadi. Hope hampa tak bosan dah!! Orang yang bosan ni selalunya orang yg malasssssss! Hahahaha, babaiiii xD


2 comments:

Niena Reen said...

tips yg boleh digunapakai. :) mmg kalau sembang dgn org, hilanglah sikit rasa bosan. kdg2 tu bukak laptop pon rasa bosan. eh, seronoknya keluar rumah keliling bendang. sejuk mata memandang. tapi saya kat sini keluar rumah tngok kelapa sawit je lah eyh dpn rumah. hahaha. :D

Aeesya humaira' said...

Betul2, bukak laptop pun rasa bosan. Ehh, kelapa sawit la tak bosan. Sebab boleh main kejar2 dgn tikus dan ular :P gurau je k :) hehe