Wednesday, December 4, 2013

Budak Lepasan Espiyem

Assalamualaikum..I'm back! :D

See the tajuk? Haha, akhirnya aku dah bebas apabila berakhirnya paper terakhir iaitu paper bahasa arab kertas 1 pada pukul 12.30 tengahari 3 disember 2013! Waaa, cepatnya masa berlalu! Alhamdulillah, syukur sangat..hmm, sepanjang exam, macam macam berlaku. Aku pun taktau kenapa, exam kali ni aku main main, sungguh! Selalunya bila exam, aku akan tidur awal, then bangun awal baca buku, tapi kali ni tak, ya Allah, aku boleh habiskan anime 'Sword Art Online' 25 episode dalam satu hari! Padahal esok tu paper biology! Teruk, kan?

Aku rancang nak belajar memasak kat giatmara. Dah hantar borang, sepatutnya hari ni temu duga tapi ayah aku dah beri kata putus semalam, tak payah pi giatmara, pi PLKN! Hmm, sedihhnyaaa! Kita tak mau pi PLKN, kita takut, 3 bulan, lama tu! Kawan kawan aku ada yg dah start kerja, aku ja tak boleh buat apa. Tapi petang ni rancang nak daftar lesen kereta. Hahaha! Aishah bawak kereta? Astagfirullah..mintak simpang perkara perkara tak elok! 

Aku just nak kongsi, pernah sekali time paper syariah islamiah, banyak yg spot tak naik, yg aku selalu buat latihan tak naik..banyak yg naik tajuk tajuk yg aku tak ber penekanan sangat. Ya Allah memang frust yg amat lah! Aku terfikir, 'belajar teruk teruk, punya lah banyak tapi tak masuk dalam exam pun, buat penat ja belajar!' Astagfirullah, memang waktu ni fikiran aku sempit sangat. Habis paper tu, ayah aku mai amik naik kereta, maklumlah aku demam, dia tak bagi naik motor. Dalam kereta, aku luahkan rasa tidak puas hati aku kat ayah. Tapi apa yg ayah balas? 

Ayah kata, "kakak belajar ikhlas ke tak ni? Kakak belajar untuk berjaya dalam peperiksaan saja ka?"
Aku cuba memproses kata kata ayah dalam otak..Akhirnya aku faham, insaf oii! Apa yg ayah maksudkan ialah kita mencari ilmu lillahi taala, untuk berjaya dunia dan akhirat, untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian supaya dapat redha Allah, bukan untuk lulus peperiksaan, bukan untuk dapat kerja, bukan untuk cari duit! Ayah tak suka anak anaknya belajar agama tinggi tinggi tapi semata mata untuk cari duit, tiada niat untuk Allah..Ya Allah, ampunkanlah aku yg berfikiran sempit ni..Harap harap tiada lah yg berfikiran macam aku ni okay ;)

Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."

Carilah ilmu sahabat! Ubahlah dunia yg kian tenat ini dengan tanganmu!

Barangsiapa yg menempuh satu jalan untuk mencari ilmu,Maka, Allah akan permudahkan baginya jalan ke syurga, MasyaAllah!

Doakan aku yer, semoga aku dapat menempuhi plkn dgn tenang dan selamat! Dan semoga keputusan spm yg akan keluar nanti akan dapat menjadi kebanggaan kpd kedua orang tuaku! Mumtaz! InsyaAllah :)

4 comments:

Niena Reen said...

InsyaAllah akak akan dapat result yang terbaik.. Berserah sahaja pada Allah. Akak dah buat yang terbaik kan? :)

Unknown said...

Aminn, thanks niena :)

M I Z A H L E E said...

Happy freedom dear friend :D
keep praying for our result soon. May Allah ease us. btw, awak skolah mana ?

Unknown said...

Insyaallah :) , saya smk agama arau, perlis :)