Wednesday, October 29, 2014

Kisah baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera! acewah! 
"Hoi pa habaq?? Lama tak muncui naa? Hang hilang pi mana?" Hahahaha!
Mesti yang ni yang hangpa semua nak kata kat aku kan? Oh well, maklumlah lama sangat aku menghilang. Teheee. Aku sihat ja alhamdulillah. Sekarang aku ada kat rumah sebab tengah bercuti, cuti sem. Cuti sem? Haaa, teka aku sambung belajaq mana sekarang? ;)

Lama tak bercerita ni of course la banyak cerita baru nak gosip. Tapi bukan nak gosip pasai orang lain lah, semuanya tentang diri aku sendiri. :) 

Alhamdulillah, aku berjaya menjejakkan kaki ke bumi Universiti Sains Islam Malaysia sebagai salah seorang pelajar tamhidi kat sana. Apadia tamhidi ni? Tamhidi ni macam asasi jugakla cuma nama ja lain. Tamhidi dalam bahasa arab yang maksudnya 'persediaan'. Aku rasa bersyukur sangat sebab Usim adalah impian aku dari dulu. Kenapa? Sebab aku inginkan persekitaran pembelajaran yang islamik, sebagaimana aku belajar kat SMKAA dulu. Apa orang panggil, bi'ah solehah :D 

Hah, pasai PLKN tu pulak? Haa, alhamdulillah jugak, aku berjaya tempuh dengan baik. PLKN ni tak macam orang selalu cerita pun, sebab bila kita pergi dan rasa sendiri semua pengalaman tu barulah kita tahu betapa berharganya sesuatu tu. So, lebih baik kita cuba sendiri dan judge sendiri daripada orang yg tlg judgekan untuk kita sebab semua org tak sama pendapatnya. Bagi aku PLKN ni sesuatu yg baru dan menyeronokkan cuma kena pandai bawak diri ye cik adik semua.




PLKN Kem Tasik Meranti Kump 1 Siri 11 2014 akan terus segar dalam ingatan aku. :)

Lepas habis je PLKN aku terus daftar kelas memandu, nak ambik lesen kereta. Haha tapi aku sempat pegi dua kelas ja sebab em cikgu dia agak em miang. Huhu. Aku stop tanpa inform apa apa pun kat tempat aku belajar tu. Cikgu tu pun buat taktau ja. Hmm burn macam tu ja duit aku. Waaaa T.T

Tengah cuti ni boring tak tau nak buat apa. Huhu. Kawan kawan ada yg still study, tak cuti lagi. Btw, nak tau hidup sebagai pelajar tamhidi macam mana? Wait for the next entry :)


No comments: