Sunday, November 27, 2011

Maafkan saya Mak ..

Assalamualaikum ..
Hari ni, aku telah melakukan kesalahan yang belum pernah aku lakukan.
Tadi waktu makan tengahari, mak memanggil aku makan sekali . Aku cuma berkata, "jap lagi lah mak". mak panggil hampir sepuluh kali xsilap, begitu juga yang aku jawab. Barulah aku tersedar, mak mungkin terasa hati dgn aku. sebelum ni bila dia panggil aku terus muncul tapi kali ni ?
Khusyuk tgok cta korea pnya pasal lah nih ! huhuhuhu, maafkan kakak mak ! bila aku ke meja makan, aku nampak makanan masih terhidang .. kemudian mak berkata "Jom makan, mak teman, kita boleh sembang2 walaupun mak dah makan". Then mak senyum, ya Allah, manis sungguh senyuman mak. Aku sedihh..mak layan aku dgn baik walaupun dia terasa hati dgn sikapku . Betapa besarnya pengorbanan mak. Maafkan kakak ya mak...kakak janji xbuat dah..

korang nak tahu satu kisah tak ? Kisah Juraij ~


Suatu hari, ketika Juraij sedang mengerjakan solat sunat, ibunya memanggil agar Juraij datang segera utk menolongnya. Panggilan itu didengar oleh Juraij tapi Juraij ragu, antara meneruskan solat sunat atau menyahut panggilan ibunya. Akhirnya Juraij meneruskan solat sunat hingga 3x ibunya memanggil. Ibunya kecil hati krn sudah 3x memanggil tetapi Juraij tidak menyahut & tidak dtg kepadanya. Dari mulutnya, keluar kata2; YA Allah, janganlah Juraij mati sebelum dirinya mendapat fitnah. Setelah selesai solat, Juraij menyahut panggilan ibunya, tapi ibunya sudah marah dan kecil hati, dan menganggap Juraij sbg anak derhaka.

Tidak berapa lama slps itu, datang seorang perempuan hamil ke surau Juraij dan duduk di sudut surau. Pagi2 ketika orang pergi ke surau utk solat subuh, maka mereka pun tercengang, siapa gerangan wanita hamil yang duduk di sudut surau itu. Maka org datang kepadanya menanyakan siapakah dia dan kenapa berada di surau itu. Perempuan itu menjawab bahawa dia adalah perempuan yang telah diperkosa oleh Juraij dan hamil kerananya. Semua org tercengang dan kehairanan, kenapa Juraij yg begitu taat beribadat boleh terpedaya dengan ppuan itu sehingga hamil. Mereka yg hadir pulang ke rumah masing2 membicarakan peristiwa yg berlaku kpd Juraij. Maka Juraij ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara.

Setelah ppuan itu melahirkan bayinya, maka Juraij dibawa ke pengadilan utk dijatuhkan hukuman setimpal dengan pbuatannya. Mula2, hakim menanyakan kpd Juraij betulkah bayi yang lahir itu bayinya sendiri. Maka Juraij menjawab, bayi itu bukanlah anaknya. Kemudian, ditanya kpd ppuan itu. Ppuan itu mjawab bahawa bayi itu adalah anak Juraij. Juraij meminta kpd hakim, agar diadakan saksi. Hakim menanyakan siapa yg akan jd saksi itu, Juraij mengharapkan agar bayi yg baru lahir itu menjadi saksi. Hakim kehairanan, tidak mungkin bayi itu dijadikan saksi dan boleh berbicara. Juraij mengharapkan agar bayi itu tetap menjadi saksi dan ditanya siapa bapanya, insyaAllah dia akan menjawab sebagaimana diharapkan.

Akhirnya hakim menerima permintaan Juraij dan meletakkan telunjuk pd pusat bayi itu dan bertanya; ya babus, man abuka (hai bayi, siapakah bapamu)? Maka bayi itu ditakdirkan Allah pandai bercakap; Abi raa’iyal ghanam (ayah saya tukang gembala kambing). Maka terlepaslah Juraij dr tuduhan ppuan itu iaitu memfitnah dan mencemarkan nama baiknya. Jelaslah, bahawa ayah bayi itu bukan lah Juraij tetapi tukang gembala kambing.

Itulah natijah yg diterima Juraij krn tidak menyahut panggilan ibunya semasa beliau sedang solat sunat sehingga ibunya memanggil 3x. Menurut hukum, solat sunat boleh dibatalkan untuk menyahut panggilan ibu… Wallahua’lam…



Lihatlah, panggilan ibu lebih penting dari solat sunat ! Inikan pula aku yg hanya kerana tgok drama KOREA ? 


Muhasabahkan lah diri teman-teman . Moga apa yg berlaku pada diri ku hari ini menjadi pengajaran kpd kita semua walaupun perkara yg nmpk kecil tapi sebenarnya besar di sisi Allah.


Mak , saya SAYANG mak !


Thankyou for reading !jyeahhh

No comments: