Sunday, December 18, 2011

Istiqamah..syok berniaga !

Kemarin setelah sehari aku tolong menjual dgn kak di Ekspo Kepenggunaan Halal 2011 peringkat negeri Perlis di dataran dato' sheikh Ahmad banyak yang aku dapat di sini. Senyuman amat penting kerana senyuman itu lah yang akan dapat memikat hati pelanggan dan juga mengeratkan silaturahim. Senyum itu sedekah :). Waktu menjual tu aku teringat kisah nabi Muhammad SAW, baginda juga merupakan seorang peniaga. 


Rasulullah merupakan seorang yang mempunyai kefasihan dalam tutur katanya. Tutur
katanya lembut, lunak didengar, tidak pernah berbohong dan sentiasa jujur. Oleh itu,
tidak hairanlah apabila baginda mengendalikan perniagaan harta Khadijah, baginda
memperoleh keuntungan yang banyak. Terdapat sebuah hadis yang menceritakan
kefasihan baginda yang telah diriwayatkan oleh Al-Tarmizi dari Syaidatina Aishah:
Bermaksud: "Adalah Rasulullah berkata-kata dengan perkataan yang terang serta jelas
lagi tegas, dapat difahami oleh setiap orang yang mendengarnya (duduk bersama
baginda).
Dalam mencari rezeki Allah yang halal, kita seharusnya berusaha dan akhirnya tawakal. aku teringat pesanan ustaz BA aku, Ustaz Zul. DUIT . D-DOA, U-USAHA, I- IKHTIAR, T-TAWAKAL. Rezeki kalau Allah nak bagi, dia akan bagi. tapi bergantung pada kita lah kan, kalau kita tau tidor je, tak cari rezeki tu mana nak dapat, kan ?

                                                             baru sedia, fuhh penadd :)

Serius penadd ! tapi ahamdulillah, berbaloi sbb dapat mcm2 pngalaman. Peniaga kat situ pun semuanya peramah. Walaupun seharian kat situ, solat 5 waktu tetap mnjadi kewajipan kami. Paling penting, sentiasalah beristiqamah dalam melakukan sesuatu pekerjaan itu.

(Surah Fusilat Ayat ' 6)

Ertinya: Katakanlah ( Wahai Muhammad ): "Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepada Aku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang satu; maka hendaklah kamu teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredhaanya)......

Hallalan toyyibann !

MyEm0.Com

No comments: