Sunday, December 25, 2011

Penantian ini (Chapter 3)

Chapter 3

Aku tak dapat tidur nyenyak pagi itu. Aku lihat jam loceng di sisi menunjukkan pukul 4:00 pagi. Aku teringat pesan Ustaz Juhari yang mengajar pendidikan Islam dalam kelasku, “alang-alang dah bangun awal pagi apa salahnya guna peluang tu untuk bermunajat kepada Allah.”

“Ya Allah, ya Rahman ya Rahim..Tuhan yang menciptakan sekalian alam..                                                  aku hanya lah hamba mu yang hina ya Allah..yang selalu membuat salah, yang selalu mengingkar perintahmu..

Ya Allah, kau ampuni lah dosa ibu, atas perbuatannya dulu, juga kau ampunilah dosaku..Aku memohon ya Allah, kembalikan lah ayah ke sisi ku, sesungguhnya aku merindui kasih sayang seorang ayah..Seorang ayah yang mampu menjadi pemimpinku, memimpin aku menjalani kehidupan sementara ini juga akhirat sana..Seorang ayah yang mampu menjadi imam setiap solatku..Aku memohon padamu ya Allah, aku memohon ya Allah..amin ya rabbal a’lamin..”

Aku menangis dalam doa ku, aku betul-betul berharap dapat berjumpa dengan ayahku.

Pagi itu, aku rasa sungguh segar.  Aku berniat untuk tidak menimbulkan kekecohan pada Cikgu Hamzah hari itu, juga aku ingin meminta maaf kepadanya. Aku mengajak Damia menemaniku berjumpa Cikgu Hamzah di bilik guru.

Aku membuka pintu perlahan lalu berjalan menuju ke Cikgu Hamzah di mejanya. Cikgu Hamzah duduk membelakangiku sambil bersembang dengan Cikgu Rosli.

“Abang kenal tak, Aeesya budak tingkatan tiga?” Aku berhenti tepat di belakang Cikgu Hamzah apabila 
mendengar namaku di sebut.

“Kenal, kenapa?” Cikgu Rosli membalas. Kedua duanya tidak menyedari kehadiran aku dan Damia di belakang. Aku sengaja tidak menganggu mereka berdua kerana aku ingin mengetahui  apa yang ingin di bualkan Cikgu Hamzah tentang diriku.

“Ish, terukla budak tu, melanggar disiplin, malas belajar. Hah, kemarin dia tumpahkan air sirap atas baju  kesayangan saya. Terpaksa saya teruskan mengajar dengan memakai baju begitu. Teruk sungguh.” Aku mulai panas mendengar kutukan Cikgu Hamzah tentang diriku. Cikgu Hamzah ni dah melampau !

“Saya macam tak percaya je, setahu saya Aeesya tu pelajar yang baik dan pintar di sekolah ini.” Cikgu Rosli menafikan. Aku berasa geram lalu menarik tangan Damia pergi dari situ.

“Damia, hari ini berapa haribulan?” Tiba-tiba aku mendapat satu idea untuk mengenakan Cikgu Hamzah. Aku sudah terlupa niat aku hari itu.

“1 haribulan 4.”

Kemudian Damia menyambung,  “Aeesya kau lupakan lah kata-kata Cikgu Hamzah tu..”

Aku mendengar kata-kata Damia itu seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Aku berasa sungguh benci akan Cikgu Hamzah.

5 minit lagi sebelum masa Science tamat aku meminta kebenaran Teacher Shamila untuk keluar ke toilet . Teacher Shamila membenarkan aku keluar kerana aku sudah siap latihan yang di berikan. Selepas ini masa mathematics pula. Aku tahu Cikgu Hamzah akan memasuki kelas 5 minit awal. Jadi aku menggunakan kesempatan ini untuk mengenakannya.

“Arhh, Damia..aku pening kepala, rasa macam nak pengsan.” Aku mengadu kepada Damia apabila melalui kelas kami. Dari makmal science ke toilet sememangnya perlu berjalan melalui kelas kami. Damia mengajak aku masuk ke kelas dan duduk di kerusiku. Dari jauh aku dapat melihat Cikgu Hamzah berjalan di dataran perhimpunan menuju kelas kami. 

“Da..mia..” Aku terus jatuh terduduk. Damia gelisah lalu berkata, “Aeesya bertahan, aku pergi dapatkan bantuan.” Aku dapat melihat Damia berlari menuju ke Cikgu Hamzah. 

“April fool!,”aku menjerit keriangan. Cikgu Hamzah tergamam. Damia kaku. Baju Cikgu Hamzah basah akibat air yang di simbah aku ketika hendak masuk ke kelas tadi. 

Cikgu Hamzah merenung aku seperti hendak menelan aku. Aku tidak peduli. 

“Aeesya Humaira..Nama yang indah tapi sayang, akhlak tak seindah itu.” Selepas menuturkan kata-kata itu, Cikgu Hamzah berlalu pergi. 

“Cikgu Hamzah tak ada dalam bilik guru. Mungkin beliau ada hal, jadi buat kerja masing-masing tapi diam,” Khalis selaku ketua kelas memberi arahan. Aku memandang Damia di sebelah. Selepas kejadian tadi, dia tidak bercakap dengan aku walaupun sepatah. Rasa bersalah mula menyelubungiku. 

“Damia..Aku minta maaf..” 

“Rasulullah SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda SAW bersabda: 

“Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]” 

Selepas berkata demikian, Damia mengeluarkan Al-Misykat iaitu majalah sekolahku. Damia membuka satu muka surat dan menunjuk isyarat supaya aku membacanya. 

“April fool di sambut setelah kejatuhan orang Islam di Granado, Sepanyol berkurun kurun yang lalu. Penduduk Islam di sana di beritahu mereka boleh keluar berlayar menggunakan kapal di pelabuhan. Orang orang Islam takut di tipu lalu mereka pergi melihat kapal tersebut. Esoknya (1 April) mereka membuat persiapan untuk tolak dan mengambil barang keperluan menuju ke pelabuhan. Pada masa itulah, pihak kristian mengambil kesempatan membakar rumah orang Islam dan menyerang orang Islam lalu membunuh ke semuanya.” Setelah panjang lebar Damia menerangkan kepadaku, aku merenungnya lalu menyambung, “Peristiwa ini di raikan tentera kristian.” 

“Penipuan adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka, sama ada pada hari ini (hari April Fool), mahupun pada hari-hari yang lain. Ini kerana Rasulullah sallAllahu `alaihi wassalam bersabda: 

“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.” 

Jadi kamu faham sekarang Aeesya?” Damia bertanya. 

“Ya, aku betul-betul minta maaf..Aku janji aku tak akan buat lagi.” 

“Aeesya juga perlu berjanji, tak akan kurang ajar lagi pada Cikgu Hamzah?” 

Sabda Rasulullah SAW 

“Bukan dari umatku orang yang tidak memuliakan orang tua dan mengasihi anak-anak muda kami dan tidak mempelajari daripada orang-orang alim” -Riwayat Abu Daud- 

Aku mengangguk lalu memeluk Damia erat. Aku sungguh terharu kerana memiliki sahabat sepertinya. Tiba-tiba..Haziq dari kelas sebelah mengetuk pintu kelasku, “Aeesya, pengetua nak jumpa di biliknya, sekarang.” 

Aku terkejut, kenapa pula pengetua nak berjumpa denganku. “Mati lah hang Aeesya..” Khalis mula mengusik. 

Aku segera keluar menuju ke pejabat. Sampainya aku di depan bilik pengetua aku mengucapkan bismillah lalu menolak pintu perlahan. Aku terkejut, Cikgu Hamzah?! 

.. End of Chapter 3 ..

No comments: