Sunday, December 25, 2011

Penantian ini (Chapter 1)

Kelas pagi itu riuh rendah dengan suara pelajarnya. Aku hanya berdiam diri di tempatku sambil menyiapkan nota science yang belum sempat aku buat semalam.  Ingin juga aku menyertai rakan rakan berbual tetapi segera aku membatalkan niat itu memandangkan banyak lagi kerja rumah belum kusiapkan. 

Tiba-tiba, seorang lelaki yang agak tampan masuk ke dalam kelas lalu memberi salam.
Selepas kami menjawab salam, dia memperkenalkan dirinya.

 “Saya guru baru yang akan mengajar kamu Mathematic menggantikan Cikgu Haslina. Nama saya Hamzah.”

“Ehh, nama cikgu sama la dengan nama bapak si Aeesya tu”., Shahban tiba-tiba mencelah. Semua pelajar dalam kelas itu mengiakannya.

Aku hanya diam. Aku cukup tak suka bila orang menyebut-nyebut nama ayahku.
“Oh, betulkah ? Nampaknya saya kembar ayah Aeesya lah, hehe.” Gurau Cikgu Hamzah. Kemudian dia meminta kami diam dan mengeluarkan buku teks untuk mulakan pembelajaran.

“Ehh, Aeesya, entah-entah dia ayah kau ?” kata Damia sambil tangannya ligat menulis nota di depan.

“Mengarutlah kau, kalau dia ayah aku, takkan lah dia tak kenal anak sendiri ?”

“Hey, kau sendiri pun tak pernah kenal siapa ayah kau, kan?” Aku terdiam mendengar kata-kata Damia. Apa yang dikatakan Damia itu tepat sekali. Aku tak pernah mengenali ayahku. Ayah telah bercerai dengan ibu dan pergi membawa diri kerana luka di hati ayah setelah ibu mencuranginya.  Waktu itu, aku baru berumur 2 tahun. Semenjak itu, ibu membuang semua gambar ayah sehingga tiada satu pun untuk aku tatap sekarang. Sampai sekarang aku tak pernah mengenali rupa ayahku.

‘Aku benci ibu !’ Ayat itu, di ulang kembali dalam benakku. Ya, aku sangat membenci ibu walaupun ibu sudah menyesal dengan perbuatannya sekarang. Aku menganggap ibu sengaja hendak memisahkan diriku dengan ayah.

“Aeesya bangun !” Tiba tiba Cikgu Hamzah menempelak.

‘Aduhai, apasal pula ni?’ Gumamku dalam hati.

“Dari tadi cikgu lihat kamu asyik berangan je.” Katanya sambil berjalan kearahku. “Hah, tengok ! Satu apa pun tak salin lagi. Orang lain salin habis dah.”

Aku mendongak sikit untuk melihat muka Cikgu Hamzah yang tampan itu tapi nampak bengis kerana menahan marah. “Sa..saya minta maaf cikgu..” “Dah, kamu pergi jawab semua soalan yang cikgu tulis di whiteboard tu sekarang!”

Aku terketar berjalan ke depan. Aku  memang cukup lemah dalam matapelajaran Mathematics ni. Akibatnya hari itu aku di kerja kan teruk oleh Cikgu Hamzah. Mulai saat itu, aku mula berdendam dengan Cikgu Hamzah ! Ada bawah ada atas, ada esok Aeesya balas !


Ibu memanggilku untuk makan malam bersamanya. Aku keluar dengan langkah yang longlai menuju ke dapur. Ibu hairan melihatku yang seperti ‘zombi’ itu. Sewaktu menyuap nasi ibu bertanya kepada ku, “ibu lihat Sya macam ada masalah je, cerita lah kat ibu mana tau ibu boleh tolong?”

Aku tak jadi menyuapkan nasi itu ke dalam mulut. Tak ada selera aku teringat kejadian pagi tadi lalu aku membuka mulut untuk bercerita. Walaupun aku membenci ibu tapi tak de lah sampai aku tak menjaga hatinya. 

“Ibu rasa betul tak dia ayah Sya?” Aku melihat ibu menunduk tatkala aku mengeluarkan pertanyaan itu dari mulutku yang comel itu. Ahh, kenapa aku tanya soalan itu..kan ibu dah sedih. Hurmm, mana mungkin Cikgu Hamzah itu ayahku kerana ibu beritahu dulu ayah lari ke luar negara. Jordon tak silap. Kadang-kadang rasa macam kelakar je ayah lari. Selalunya dengar ibu yang lari. Tapi, ini lah realiti hidup keluargaku. Hati ayah mungkin sukar di ubati sebab tu ayah pergi..

Aku meneruskan suapanku sehingga akhir. Ibu langsung tidak bercakap selepas aku mengeluarkan pertanyaan itu. Rasa bersalah mula menyelebungiku. Selepas menyiapkan homework aku ke bilik ibu. Aku terdengar ibu menangis dari dalam bilik sambil lagu ‘For the Rest of My life’ di alun penuh syahdu oleh Maher Zain di corong radio.

Aku terdengar ibu merintih, “abang..maafkan umi bang..Umi silap dalam menilai cinta abang..maafkan umi.” Aku juga turut menangis di sebalik pintu, ‘oh, ayah pulanglah ! Sya rindu ayah !’ Dan lagu itu terus beralun sehingga kalimahnya yang terakhir.
I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I...I`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO

And theres a couple word I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I...I`ll be there for you
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I...I`ll be there for you
I know that deep in my heart.

.. End of Chapter 1 ..

No comments: