Sunday, December 25, 2011

Penantian ini (Chapter 2)

Chapter 2

Keesokannya, aku terlewat ke sekolah kerana stokingku hilang. Ibu dan aku kalut mencari tetapi tak berjumpa, akhirnya aku tekad juga ke sekolah walaupun tidak berstoking. Ketika tiba di sekolah, aku lihat pagar sekolah terbuka lalu aku segera berlari melewati padang sekolah. Namun, nasib tidak menyebelahiku apabila aku terdengar suara yang amat aku benci.

“Aeesya, berhenti !” Kelihatan Cikgu Hamzah berlari dari dewan ke arahku. Aku buat-buat tak dengar panggilannya lalu aku meneruskan langkahku menuju ke kelas 3 Umar yang agak jauh ke belakang sekolah.

Tiba-tiba Cikgu Hamzah merentap tanganku, “kamu lewat ke sekolah ya..”

“Hey ! Apa ni cikgu, pegang tangan orang pula !” Aku cuba melepaskan tanganku dari genggamannya dan akhirnya berjaya. Aku mendengus perlahan sambil kakiku laju mengorak langkah menuju ke kelas. Sayup-sayup aku terdengar suara Cikgu Hamzah menjerit.

“Kamu kurang ajar Aeesya !”

Setibanya di kelas aku bersyukur kerana Cikgu Rohaizah yang mengajar Sejarah belum masuk kelas lagi. Aku masuk melalui pintu belakang kerana mejaku juga berada di belakang sekali barisan tengah. Memang adat sekolahku, pelajar lelaki di depan manakala pelajar perempuan dapat tempat di belakang.
Rakan sekelas yang lain hanya mampu menggeleng kepala melihat aku yang ‘slumber’ je duduk. Aku tahu mereka tidak akan report sama cikgu sebab ada juga di kalangan mereka yang selalu datang lewat. Hehe, nasib aku sungguh baik !

Aku memegang gelas berisi air sirap itu dengan cermat  setelah beratur panjang hendak membelinya. Hari ini, aku dan kawan-kawanku yang lain rehat di kantin. Begitulah kami setiap hari, hari ini kantin, esok koperasi, lusa kantin semula dan begitulah seterusnya.

Belum sempat aku tiba di tempat duduk kami, Fazren melambai dari luar kantin sambil menjerit memanggil namaku. Aku segera mengalihkan pandanganku dan melambai kembali Fazren. Tiba-tiba..Bushhh !

Bunyi itu agak kuat di perdengaran, aku terkejut lalu terjerit kecil. Dalam hati aku beristighfar sebanyak mungkin. Aku cuba mendongakkan kepala melihat insan yang telah terlanggar denganku. Aku terkedu. Cikgu Hamzah?  Aku lihat bajunya yang kelabu itu kemerah merahan akibat air sirapku yang tertumpah. Tak semena-menanya aku ketawa. 

“Kah, kah, kah”. 

Geli hati aku melihat muka Cikgu Hamzah yang berkerut kerut memandang bajunya. Semua pelajar yang ada di situ memandang aku dengan pelik. Aku tak peduli, aku belum puas ketawa.
Aku terus ketawa tanpa menyedari risiko yang bakal menimpa aku. Damia menarik tanganku lalu berjalan laju meninggalkan kantin.

“Apsal kau ni Damia? Aku tak puas lagi tatap muka cikgu yang huduh tu.” Aku menyuarakan rasa tidak puas hati sebentar tadi apabila kami melalui library.

“Gila kau, yang kau gelak kat cikgu tu kenapa. Nampak sangat macam kau sengaja. Kau tau tak, cikgu ‘kesayangan’ kau tu salah seorang guru disiplin walaupun baru kat sini.” Damia menerangkan keadaan sebenar.

Aku terdiam..Biar benar cikgu tak berotak tu cikgu disiplin. Aku menelan air liur ku perlahan, ‘gulp’.

“And Sya, lepas rehat masa math tau.” Damia mengingatkan.

Habislah aku ! aku cuba memikir kemungkinan yang akan berlaku. Oh tidak ! aku harus bertindak.
“Damia aku sakit perutlah, kau masuk kelas dulu la.” Aku cuba membuat muka seperti menahan kerut.

“Ok, tapi jangan lambat, kang mengamuk lagi cikgu tu.”

Setelah Damia berlalu, aku tersenyum. Hehe, hebat juga aku berlakon.

Dalam kelas, Damia gelisah melihat tempat duduk Aeesya yang masih kosong. Tadi, Cikgu Hamzah sudah bertanya akan Aeesya. Setelah Damia menerangkan kenapa Aeesya masuk lambat, Cikgu Hamzah berkata, “lagi 10minit kalau dia tak masuk kelas maknanya dia ponteng.”

Setelah 10 minit berlalu, Cikgu Hamzah melihat jam tangan. Damia berdebar debar. Tiba-tiba, Aeesya muncul dari belakang pintu kelas, sambil memegang perut. “Aduh, cikgu..saya minta maaf.”

“Kenapa lambat?” soal Cikgu Hamzah.

“Saya sakit perut.”  Balasku.

“Dah, duduk tempat kamu.”

“Tak boleh cikgu, saya nak masuk bilik rawatan. Saya sudah meminta kebenaran Ustazah Sharifah.” Aku berkata sambil menunjukkan kunci bilik rawatan.

“Tak boleh kah kamu masuk kelas dan belajar?”

“Tak boleh cikguuu, saya sangat sakit.”

“Teruk sangatkah?”

“Teruk cikgu.”

“Sakit macam mana?”

Aku mula geram kerana dia bertanya banyak soalan.

“Sakit la cikgu, cikgu tak pernah sakit ke?”

“Kamu sakit apa sebenarnya?”

“Saya….senggugut la cikguuu !” Aku geram dan akhirnya aku mengeluarkan ayat itu. Damia tersengih kerana dia tahu aku tak period. Pelajar lelaki dalam kelasku lagi lah tersengih. Aku membiarkan. Aku langsung tak tahu malu kerana tu semua bukan betul.

“Saya minta maaf kerana banyak bertanya. Kamu boleh pergi.”

Aku nampak muka Cikgu Hamzah kemerahan. Mungkin dia malu kerana menyebabkan aku terpaksa memberitahu hal itu walaupun bukannya benar.
Aku tergelak kecil lalu pergi ke bilik rawatan.

.. End of Chapter 2 ..

No comments: