Friday, December 30, 2011

Penantian ini (Chapter 4)

sori lambat sikit. dah buat habis dah tapi lupa save terpaksa la taip len. hehe.

Chapter  4
“April fool Aeesya!” Cikgu Hamzah menjerit keriangan selepas melihat aku di depan pintu bilik pengetua. Aku terkejut.  Aisehh, tidak mungkin aku di permain kembali ? Aku merenung tajam Cikgu Hamzah yang sedang membelek belek majalah Solusi seperti tiada apa yang berlaku.

“Err, kalau cikgu sekadar nak bergurau baik saya pergi dulu. Loceng pun dah bunyi saya balik dulu,” aku meminta izin. Aku tidak mahu memburukkan keadaan. Belum sempat aku menutup pintu Cikgu Hamzah membalas, “wait, your mum will be here soon with the principal.”

“Are you kidding mister Hamzah ?” Aku teragak-agak.

“Hahahaha, why not you just wait here and see?”

Aku berasa geram lalu aku masuk dan duduk di kerusi depan meja pengetua berhadapan Cikgu Hamzah. Suasana kembali sunyi. Masing masing memikirkan hal sendiri. Aku fikir Cikgu Hamzah akan menggunakan kesempatan ini untuk memarahi aku sepuas hatinya tapi aku silap. Aku menoleh belakang untuk melihat keadaan Cikgu Hamzah. Aku terkedu, Cikgu Hamzah tidur!

Hati aku tertarik untuk melihat Cikgu Hamzah dengan lebih dekat. Cikgu Hamzah tidur dengan tangannya masih memegang majalah Solusi. Aku menarik perlahan majalah itu dari tangannya. Aku merenung wajahnya. Kenapa wajahnya hampir sama dengan wajahku?

“Hamzah!” Aku terkejut mendengar suara yang amat aku kenali itu. Suara ibu. Aku segera berlari mendapatkan ibu yang nampak terkejut di sebelah pengetua. Sebenarnya aku malu setelah ibu dan pengetua melihat aku merenung wajah Cikgu Hamzah sebegitu. Aku sendiri tidak sedar bila ibu dan pengetua masuk. ‘Haiyaa, payah betul renung wajah orang kacak.’ Aku bermonolog sendirian.

Cikgu Hamzah membuka mata setelah mendengar suara ibu yang agak kuat itu. Dia memandang aku dan ibu silih berganti  kemudian aku terdengar dia berkata, “ka…kakak.”

Kakak? Aku memandang ibu dan ibu memandang aku kembali, “kamu keluar dulu Sya, tunggu ibu kat pagar depan, sekarang.”

Aku berlari keluar lalu menutup pintu. Aku berjalan dengan langkah yang longlai menuju ke kelas untuk mengambil beg. Apa semua ni? Adakah Cikgu Hamzah itu ayahku? Tapi kenapa dia memanggil ibu, kakak?

Usai solat asar, aku keluar ke beranda rumah dan duduk di tangga. Beginilah rutin harianku semenjak aku berumur 5 tahun. Selepas solat asar aku akan duduk di tangga menunggu ayah pulang walaupun hari itu ada ribut, hujan, aku tetap tidak peduli. Aku tetap setia menunggu ayah.

Puan Umi kalsom memandang anaknya sayu dari dalam ruang tamu. Dia juga merindui suaminya tetapi apakan daya, dia juga tidak tahu di mana suaminya berada sekarang.

4 Bulan kemudian..

Aku berasa gembira di samping paksu Hamzah yang dulu merupakan musuh ketatku, cikgu Hamzah. Nama paksu dan ayahku hampir sama, iaitu paksu bernama Hamzah Nasrullah dan ayah Hamzah Nasruddin.

“Aeesya, nanti datang la kenduri rumah paksu,” paksu berkata memecahkan kesunyian dalam dusun yang kecil itu. Dusun kecil itu terletak di belakang rumah aku yang dulu di usahakan ayah dan tokwan.

“Kenduri apa paksu?” Aku bertanya. Aku juga ingin pulang ke rumah nenek kerana hampir 3 tahun aku dan ibu tidak pulang menjenguk nenek. Rumah nenek di Johor manakala rumah kami di Perlis menyukarkan kami untuk ke sana memandangkan kami tidak mempunyai kenderaan.

“Kenduri kahwin paksu.” Buah rambutan yang sedang di pegang aku jatuh juga saat itu tatkala paksu menuturkan ayat itu. Aku memandang paksu yang sedang tersenyum dengan pandangan yang tajam. Aku harap paksu faham bahawa aku tidak setuju kerana aku belum puas lagi bersamanya.

“Siapa perempuan yang paksu nak kahwin tu ? Cun tak ?” Aku bertanya tidak ubah seperti kekasih yang sedang cemburu. Paksu ketawa melihat muka aku waktu itu.

“Mestilah cun tapi anak saudara paksu ini lagi cun!”

“Hehe, Sya memang cun malah cantik sangat plus cute, kan Paksu?”

“Amboi, masuk bakul angkat sendiri nampak.” Aku ketawa dan aku sungguh bahagia bersama paksu juga aku berharap jodoh paksu adalah yang terbaik. Aku tidak dapat menafikan perasaanku waktu itu. Aku amat sedih kerana aku tahu selepas paksu berkahwin, kami tidak akan rapat seperti ini lagi. Hampir 15 tahun aku hidup di dunia ini dan aku tidak pernah mengenali paksu. Kini aku bersyukur kerana dapat berjumpa paksu dan aku juga berharap dapat berjumpa dengan ayah semula.

….

Aku berlari mendapatkan paksu di dalam biliknya yang bakal menjadi bilik pengantin esok hari. Paksu sedang bersiap siap untuk pergi menjalankan upacara akad nikah di masjid. Hari ini kenduri di sebelah pengantin perempuan dahulu kemudian esok barulah kenduri di rumah pengantin lelaki.“Paksu, mana ibu ni, cakap nak sampai dah.” Aku risau memikirkan keadaan ibu. Aku datang ke rumah nenek tiga hari yang lepas bersama paksu. Ibu beritahu bahawa dia akan menyusul pada hari kenduri kerana ada perkara yang perlu di selesaikan.

“Jangan risau sya, kejap lagi sampai lah. Jom, ikut paksu pergi menikah.” Aku tersengih, “kenapa paksu tak cakap je, jom sya kita nikah, jadi isteri nombor dua paksu, hehe.” Paksu ketawa lalu mencubit pipiku lembut. Dia tahu aku memang suka bergurau.

Aku bakal menyaksikan penyatuan dua kasih sayang dengan cara yang sah. Cinta dan kasih sayang adalah penghias utama dalam sesebuah perkahwinan mithali. Jaminan kebahagiaan dalam sebuah keluarga sebenarnya berputik daripada cinta yang mendalam di antara suami isteri berpaksikan Islam. Cinta adalah fitrah setiap manusia cuma bercinta selepas berkahwin adalah cinta yang halal.

"Fitrah Tuhan yang telah diciptakan manusia ke atasnya, tiada pertukaran lagi bagi ciptaan Tuhan itu. Itulah agama yang lurus, akan tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui." Ar-Rum :30

Aku gelisah di samping nenek memikirkan ibu yang belum tiba untuk melihat peristiwa yang amat bermakna ini.

“Saya Hamzah Nasrullah bin Wahab terima nikahnya Aishah Nur Diniah binti Abdullah dengan mas kahwinnya 80 ringgit tunai.” Maka dengan lafaz paksu itu, sah sudah paksu menjadi suami kepada seorang perempuan.

Aku terkedu lalu aku menangis kerana aku tidak rela paksu tinggalkan aku. Nenek berusaha memujukku. Paksu bangun untuk pergi menyarungkan cincin kepada pengantin perempuan. Tiba-tiba aku ternampak kelibat seseorang yang aku kenali, Damia ?

Aku lantas bangun untuk memastikan kelibat Damia di belakang pintu masjid. Telefon paksu berdering tetapi tok cik Miah yang mengangkatnya. Tiba-tiba, tok cik Miah menjerit, “Nas, kakak dan abang kau accident kat Arau!”

Langkah aku terhenti dan tangan paksu yang ketika itu sedang menyarungkan cincin pada jari pengantin perempuan juga berhenti. Aku tidak perlu memastikan ‘kakak’ yang di katakan tok cik Miah kerana paksu mempunyai seorang kakak iaitu ibuku, kakak iparnya. Aku jatuh terduduk. Mata aku kian kabur. Aku dapat lihat paksu, nenek, tok Cik Miah dan beberapa orang yang lain menerpa diriku. Sayup-sayup aku terdengar suara Damia yang menjerit memanggil namaku tetapi aku tak mampu menjawab lagi.

.. End of Chapter 4 ..

No comments: